Sketsa Kehidupan Di Bumi Anbiya’

Jauh perjalanan luas pemandangan. Berada di perantauan sebenarnya adalah satu pengalaman yang amat berharga. Mesir bumi anbiya’. Orang sering beranggapan, bila duduk di Mesir ni, balik ke tanah air, jadi malaikatlah. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Bagi yang pernah menjejaki bumi Mesir, saya yakin dan pasti ada pandangannya yang tersendiri. Jika disingkap sejarah lampau, Mesir bukan saja pernah dihuni oleh para anbiya’, di Mesir juga kita akan dapati sejahat-jahat manusia juga pernah menhuninya iaitu firaun la’natullah. Sebenarnya, saya bercadang untuk mengambil peluang dengan ruang yang telah saya sediakan dalam blog ini untuk berkongsi pengalaman kehidupan di bumi Mesir ini. Saya yakin, nama Mesir ni sudah masyhur di kalangan kita, namun tidak semua orang dapat mengenali bumi Mesir sepenuhnya terutamanya dari aspek sejarah kewujudannya, kehidupan masyarakatnya dan sebagainya. Untuk permulaan ini, ruangan ini masih lagi dalam proses untuk penyusunan. Begitu juga dengan maklumat-maklumat yang boleh dikongsi juga amatlah sedikit. Namun, mungkin setakat ini apa yang saya dapat kongsi, lebih kepada kehidupan masyarakat di sini dan saya sebenarnya lebih tertarik untuk berkongsi dengan semua tentang sejarah kewujudan institusi pendidikan yang terkemuka di seluruh dunia iaitu Al-azhar. Bila disebut nama Al-azhar, sudah tentu yang ada difikiran kita bahawa al-azhar ini adalah sebuah universiti. Akan tetapi, sebenarnya fungsi al-azhar adalah lebih besar dari itu. Apatah lagi, ia bukan sahaja mercu tanda negara Mesir, bahkan sebenarnya ia adalah mercu tanda umat Islam yang perlu dipelihara.

Pada artikel kali ini, yang mampu saya kongsi ialah berkisarkan kehidupan seharian masyarakat arab Mesir. Mesir mempunyai taburan penduduk yang begitu padat. Oleh sebab itu, bila disebut jumlah penduduk di ibu negara Mesir iaitu Kaherah, ramai yang terkejut kerana jumlahnya hampir menyamai atau mungkin lebih lagi berbanding penduduk di seluruh bumi Malaysia. Berkenaan geoegrafi, taburan penduduk, ekonomi negara Mesir ini, saya akan cuba kongsi kepada semua pada artikel yang akan datang.

Beberapa hari yang lalu, saya sempat mengambil gambar-gambar kenderaan awam yang merupakan antara penggerak nadi penghubung yang terpenting di bumi Mesir. Dengan kepadatan penduduk yang begitu ketara, siapa sangka kenderaan-kenderaan awam ini tidak pernah sunyi dari hiruk pikuk manusia siang dan malam. Berbeza dengan situasi di Malaysia. Bas dan keretapi biasanya penuh sesak terutamanya di bandar-bandar utama khususnya bandar Kaherah. Di sini, tambangnya amat murah terutamanya bagi tambang bas awam. Namun, bas jugalah yang sentiasa penuh sehinggakan dalam perjalanan yang memakan masa serta jarak yang jauh kita terpaksa bersesak-sesak dan berdiri. Waktu itu, kita akan menyatakan, perkara yang paling kita tidak suka dan paling memenatkan adalah ketika menaiki bas. Di tambah pula dengan keriuhan masyarakat arab yang terkenal dengan mesra alamnya. Suara yang lantang, apatah lagi ketika bertengkar. Di dalam bas, situasi tersebut dah menjadi kebiasaan.

Begitu juga dengan keretapinya. Ia juga merupakan kenderaan yang popular di kalangan penduduk Mesir. Jika di bandar kaherah, ia dipanggil Metro dan jika di Kuala Lumpur ia dipanggil LRT. Mesir jika tidak silap sebenarnya telah mendahului Malaysia lagi dari menyediakan perkhidmatan keretapi seperti ini bahkan apa yang mengagumkan saya, kebanyakan laluan atau landasan keretapi tersebut di bina di bawah tanah. Semua ini apa yang terdapat di bandar Kaherah. Tambangnya sedikit mahal, tapi kira puas hati sebab laju.

Teksinya pula, di sini bagi setiap negeri, warna-warna teksi berbeza mengikut di mana teksi-teksi tersebut beroperasi. Contohnya, di bandar Kaherah, teksinya berwarna hitam putih. Namun, tambangnya sedikit mahala berbanding kenderaaan awam yang lain. Sistem kadar tambangnya juga biasanya ditentukan oleh pemandunya. Bukan berdasarkan ‘meter’ atau kadar-kadar yang telah ditetapkan. Sistem ini adakalanya, memberikan kelebihan kepada pemandu-pemandu teksinya untuk mengaut keuntungan yang lebih. Mangsanya pula adalah penumpang dan yang paling ketara menerima kesannya adalah orang asing seperti kami. Kadangkala kita terpaksa bertengkar dahulu baru dapat harga yang berpatutan. Mungkin inilah budaya mereka. Budaya suka tawar menawar termasuklah dalam urusan jual beli bersama mereka. Ianya memang menguji kesabaran.

Saya rasa beginilah sedikit gambaran yang dapat saya kongsikan, terutamanya berkenaan dengan penggunaan kenderaan awam yang menjadi penghubung dari satu tempat ke tempat yang lain. Cumanya di sini, saya mengharapkan respon atau sebarang teguran dan idea dari semua, tentang bagaimana sepatutnya saya akan susun artikel berkenaan bumi Mesir ini, atau yang berkaitan dengannya. Saya sendiri masih memikirkan sesuatu yang terbaik untuk di kongsi selain menjadi koleksi peribadi saya sebagai tanda kenang-kenangan saya selama saya menhuni bumi yang saya tak nafikan sememangnya banyak cabaran dan dugaaan. Setiap tempat mungkin berbeza dan inilah yang ingin saya kongsikan bersama. Sesungguhnya, Allah menjadikan sesuatu ada hikmahnya, dan untuknya, sebagai hamba Allah kita perlu mengambil peluang serta nikmat yang dikurniakan kepada kita untuk berfikir serta mencari hikmah setiap kejadian. Mudah-mudahan usaha kita itu, akan menambahkan lagi keimanan kita terhadap Allah s.w.t Sekian terima kasih.

24 Respon to “Life Journal”


  1. 1 diya Oktober 27, 2007 at 7:01 am

    assalammualaikum…

    mula-mula tertanya-tanya juga diya, kenapa link entry ini dipastekan di YM. Tapi alhamdulillah diya faham. Pokok persoalannya adalah bagaimana, susunan artikel berkenaan bumi Mesir atau yang berkaitan dengannya kan?

    Kalau saya yang sememangnya meminati sejarah ketamadunan Islam semasa persediaan pra-U dahulu, saya lebih suka jalan penceritaan awak disusun mengikut kategori. Dari aspek pendidikan, tradisi, adat dan budaya, keagamaan dan sebagainya.

    Tapi sebagai penulis, kadang-kadang kita tak boleh terlalu terikat dengan situasi yang ditetapkan. Menulis mengikut kata hati dan berdasarkan pengamatan awak, justeru tinta yang bergerak akan lebih lancar. Insya-Allah.

  2. 2 Life Of AKU The Episode Oktober 27, 2007 at 6:36 pm

    waalaikumussalam diya : terima kasih atas pandangan tersebut .. saya tengah fikir, sama ada saya nak buat blog baru atau saya sekadar paparkan di bahagian posting sahaja takut jadi serabut .. sebenarnya, banyak yang boleh dikongsi, cuma material atau maklumat nye saja yang tak ada … apa pun saya akan cuba untuk merealisasikan hasrat dan minat saya sebagai satu usaha untuk mengisi masa lapang serta menambahkan maklumat dan ilmu terutamanya untuk diri saya, begitu juga org lain, terima kasih … diya

  3. 3 [ cintabadi ] Oktober 31, 2007 at 5:52 pm

    Assalamualaikum,
    Erhmm..kalo diberi kesempatan izin waktu..diharap sangat supaya akhi boleh buat satu blog khas untuk bercakap tentang bumi Mesir ni..

    =)
    p/s : berminat nk th bnyk perkara tentang mesir

  4. 4 Life Of Aku November 1, 2007 at 12:03 am

    cinta abadi : waalaikumussalam, terima kasih atas cadangan tu, memang baik .. cumanya untuk memaparkan satu artikel berbentuk jurnal memerlukan maklumat yang banyak dan lebih bermanfaat, insyaAllah saya cuba, dalam kesempatan yang ada ini. Untuk menyediakan blog khas, saya akan pertimbangkan. Terima kasih atas saranan dan pandangan cinta abadi … 🙂

  5. 5 zulkhair November 2, 2007 at 4:47 am

    Jadikan buku catatan di Mesir. Catat apa yang menarik dan dapat beri pengajaran bersama pengalaman yang real!

  6. 6 Life Of AKU The Episode November 2, 2007 at 2:31 pm

    ahlan ya saudara zulkhair : terima kasih atas pandangan tersebut, insyaAllah saya usahakan,

  7. 7 arsaili November 3, 2007 at 3:57 am

    Pengalaman yg tidak kurang menakutkan dan juga penuh inputs

  8. 8 Life Of Aku November 3, 2007 at 8:49 pm

    to …. juga menggelikan hati … 🙂

  9. 9 Maliki xp Disember 28, 2007 at 2:30 am

    Assalamualaikum wbt…

    Seronok sekali membaca life journal sedara..teruskan penulisan ini, x sabar nk ikuti ape kesudahannya. Sedara tulis la ala² ibnu batutah dulu²… hehe

  10. 10 muslim sejati Februari 23, 2008 at 10:16 am

    xde gambr lelaki mesir yg hensem2 ker?

  11. 12 musafir Januari 10, 2009 at 3:11 pm

    salam alaik..

    permulaan yg menarik..
    sy harap awak akn troskan penulisan ini..

  12. 14 tattibau Januari 16, 2009 at 7:55 am

    Kini 2009, saya melawat Mesir pada tahun 2001, dah lapan tahun pun. Pengamatan saya tentang Mesir (Kaherah) ialah;
    1. Kereta yang begitu banyak dijalanan, berjuta-juta banyaknya. Dahtu mereka membunyikan hon kereta memasing tak henti2 macam bunyi wisel dalam pertandingan hoki. Kereta2 macam mana baru sekalipun mesti kelabu dengan abuk.
    2. Kat flat2 Pelajar Malaysia tu saya terkejut boleh guna Kad ATM Maybank!
    3. Barang2 kulit banyak serta murah dijual, terutamanya dekat Mesjid Hasan Husain tu.
    4. Kubor Besar ditepi jalan pergi Airport tu ada ramai penghuninya. Maksud saya orang2 miskin tinggal dikubor2 tu.
    Mungkin ‘Life of aku’ boleh muatkan keadaan terkini pula!

    • 15 Life Of AKU The Episode Januari 16, 2009 at 4:12 pm

      sangat betul … lain tempat lain gayanya, dan itulah bumi anbiya’ yang meninggalkan seribu kenangan buat diri saya, saya merinduinya ….

  13. 16 kartika Julai 5, 2009 at 8:40 am

    saya mau jadi wanita baik

  14. 17 LnddMiles Julai 23, 2009 at 1:00 am

    Pretty cool post. I just stumbled upon your blog and wanted to say
    that I have really liked reading your blog posts. Anyway
    I’ll be subscribing to your blog and I hope you post again soon!

  15. 19 Extenze Ogos 5, 2009 at 8:48 am

    I don’t usually reply to posts but I will in this case. I’ve been experiencing this very same problem with a new WordPress installation of mine. I’ve spent weeks calibrating and getting it ready when all of a sudden… I cannot delete any content. It’s a workaround that, although isn’t perfect, does the trick so thanks! I really hope this problem gets solved properly asap.

  16. 20 Fatin Nadhirah Ogos 22, 2009 at 7:54 am

    Ahlan Wasahlan. Ana Ismi Fatin min Kuala Lumbur.
    Saya terjumpa blog ni di Yahoo! . Saya akan ke sana tak lama lagi, maybe awak boleh aturkan semua cerita mesir dalam satu blog sahaja, senang jugak. By the way, saya dah forward kan url blog ni kepada kawan kawan saya yang akan seiring ke mesir juga nanti, supaya diorang dapat baca and tambah pengetahuan la tentang macam mana hidup di mesir. cerita la pengalaman belajar di sana atau cara nak deal dengan orang arab. maybe keselamatan wanita wanita di sana.

  17. 21 zuhairi aat Ogos 22, 2009 at 9:22 am

    slm.. trima kasih atas perkongsian pngalaman saudara..
    sy juga spndapat dgn fatin nadhirah ni.. =)
    cuma sy ingin tmbh..
    boleh tak saudara cuba kongsi juga resipi2 makanan egypt yg boleh dipelajari & dipraktikkn oleh students msia di sana sbagai santapan harian mereka??

  18. 22 Life Of AKU The Episode Ogos 26, 2009 at 6:21 pm

    waalaikumussalam …. ukhti fatin dan zuhairi … terima kasih atas kunjungan ke blog ini … sebenarnya entri life journal ni sudah lama tidak diupdate … namun insyaAllah saya akan usehekan untuk sama-sama berkongsi pengalaman sewaktu dimesir … apapun, insyaAllah ….terima kasih atas cadangan tu … buat pengetahuan fatin dan zuhairi, sekarang saya telah kembali ke Malaysia … berada di mesir memang satu pengalaman yg begitu berharga …. saya doakan kalian yang bakal berangkat ke bumi berdebu itu …dapat manfaatkan nikmat tersebut dengan selayaknya … selamat maju jaya dan terima kasih sekali lagi atas kunjungan kalian

  19. 23 Fatin Nadhirah September 17, 2009 at 7:05 am

    bumi berdebu? aaha thanks!

  20. 24 zuhairi aat September 17, 2009 at 7:08 am

    trime kasih byk2 ye.. slm pjuangan!! =)


Tinggalkan komen




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 114,285 Pengunjung