Posts Tagged 'Tazkirah'

Adik Nurul Nadhirah : Bila Manusia Melawan Fitrah

Imej

Bismillah walhamdulillah,

‘ kalau aku dapat sapa yang buat, memang aku cincang-cincang orang tu ‘

Mungkin itulah yang akan terdetik dalam hati kita .

Entri ini sebenarnya saya tulis sewaktu tragedi yang berlaku ke atas adik Nurin Jazlin beberapa tahun yang lalu, mungkin boleh dikongsi bersama lantaran peristiwa tragis yang Terus membaca ‘Adik Nurul Nadhirah : Bila Manusia Melawan Fitrah’

Advertisements

Mengingat Dosa Untuk Insaf

ImejBismillah walhamdulillah,

Sahabat dan teman sekalian, seringkali dalam blog mahupun laman facebook, saya menimbulkan hal dosa dan pahala. Ketahuilah, antara sebab mengapa hati tidak tenang, hidup tak aman dan serba tak menjadi, adalah natijah dari dosa yang telah kita lakukan.

‘ Mengingat Dosa bukan untuk putus asa, tapi untuk insaf ‘

Sekali buat salah bukan bermakna salah untuk selama-lamanya. Putus asa sangatlah dicela. Ianya ibarat mengurangkan atau Terus membaca ‘Mengingat Dosa Untuk Insaf’

Saat Indah : Belajar dan Mengajar

Imej

Bismillah walhamdulillah.

Saat Indah : Belajar dan mengajar

Kedua-duanya memang indah. Kerana

 (من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة )قال رسول الله ( ص) :

“ Barangsiapa berusaha menuju satu jalan menuntut ilmu, Allah s.w.t akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga

 (اغد عالما او متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك )وقال أيضا :

“              Berpagilah kamu sebagai seorang ‘alim,atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar ilmu atau (sekurang-kurangnya) cintakan ilmu dan janganlah jadi golongan kelima (iaitu orang yang tidak tergolong dari 4 ciri yang disebutkan) maka binasalah “

Bagi diri saya, belajar itu lebih indah sesuai dengan keberhajatan saya terhadap penambahan ilmu yg sangat sedikit @ ‘ bertambah kurang ‘. Bolehkah ilmu berkurang ? Allah berkuasa ke atas sesuatu. Satu kenyataan yang wajib untuk kita imani. Antara faktor ilmu boleh berkurang ialah :

1- jauh untuk mengamalkan ilmu tersebut

2- banyak melakukan maksiat

3-belajar tak ikhlas

Imam Waqie’ pernah berpesan kepada anak muridnya iaitu Imam As-syafei :

“ sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat “

Lantaran itu, kita mesti berusaha ke arah ‘sifar maksiat ‘ , jika mustahil sekurang-kurangnya kita dapat ‘meminimizekan’ kadar atau kuantitinya dari hari kehari. Saya suka untuk berkongsi kehebatan sifat Allah Maha Pengampun kerana sifat tersebut memberi peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Justeru, selagi diberi nyawa dan kehidupan, maka tiada alasan untuk kita tidak berubah.

Sebenarnya, belajar dan mengajar telah pun kita (praktik) dalam kehidupan kita samaada secara lansung ataupun tidak, dan secara sedar atau diluar sedar. Kalau tidak menjadi guru di sekolah, paling tidak, kita menjadi guru kepada anak-anak , adik-adik kita. Maka, belajar apatah lagi !. Zaman sekarang hampir mustahil orang tak berpeluang untuk belajar khususnya di Malaysia dan kecil bilangannya. Tapi yang sengaja tak nak belajar itulah yang Terus membaca ‘Saat Indah : Belajar dan Mengajar’

Diari 1 Ramadhan : Sesaat Membawa Maut

Image2034

Bismillah walhamdulillah …

1 Ramadhan

Perjalanan sejauh lebih kurang 400km menuju ke      selatan selangor begitu menginsafkan saya. Peristiwa yang datang tanpa sebarang isyarat membuatkan saya terkedu buat beberapa ketika. Beberapa bulan yang lalu sebelum peristiwa tersebut saya pernah terlanggar seorang pakcik sewaktu ingin menziarahi sahabat yang kematian ayahnya. Mujur pakcik itu tak apa-apa melainkan hanya luka kecil. Hari ni pakcik itu telah pergi ke pangkuan Ilahi dan untuk kali keduanya, peritiwa seperti itu berulang kembali pada 1 ramadhan baru-baru ini. Alhamdulillah nasib baik bukan orang yang dilanggar tapi Terus membaca ‘Diari 1 Ramadhan : Sesaat Membawa Maut’


" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 109,457 Pengunjung