Archive for the 'Uncategorized' Category

Rindu

Bismillah Walhamdulillah …… dh berzaman tinggal blog ni. Sampai terlupa password akaun Life Of Aku. Hari ini dalam sejarah , dgn izin Allah dapat juga saya menulis yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaan saya duduk di hadapan PC & duduk di Cybercafe . agak-agak jika sy sambung semula minat saya, ada tak yg berminat utk jenguk blog saya ni ? ….

Mengingat Dosa Untuk Insaf

ImejBismillah walhamdulillah,

Sahabat dan teman sekalian, seringkali dalam blog mahupun laman facebook, saya menimbulkan hal dosa dan pahala. Ketahuilah, antara sebab mengapa hati tidak tenang, hidup tak aman dan serba tak menjadi, adalah natijah dari dosa yang telah kita lakukan.

‘ Mengingat Dosa bukan untuk putus asa, tapi untuk insaf ‘

Sekali buat salah bukan bermakna salah untuk selama-lamanya. Putus asa sangatlah dicela. Ianya ibarat mengurangkan atau Terus membaca ‘Mengingat Dosa Untuk Insaf’

Saat Indah : Belajar dan Mengajar

Imej

Bismillah walhamdulillah.

Saat Indah : Belajar dan mengajar

Kedua-duanya memang indah. Kerana

 (من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة )قال رسول الله ( ص) :

“ Barangsiapa berusaha menuju satu jalan menuntut ilmu, Allah s.w.t akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga

 (اغد عالما او متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك )وقال أيضا :

“              Berpagilah kamu sebagai seorang ‘alim,atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar ilmu atau (sekurang-kurangnya) cintakan ilmu dan janganlah jadi golongan kelima (iaitu orang yang tidak tergolong dari 4 ciri yang disebutkan) maka binasalah “

Bagi diri saya, belajar itu lebih indah sesuai dengan keberhajatan saya terhadap penambahan ilmu yg sangat sedikit @ ‘ bertambah kurang ‘. Bolehkah ilmu berkurang ? Allah berkuasa ke atas sesuatu. Satu kenyataan yang wajib untuk kita imani. Antara faktor ilmu boleh berkurang ialah :

1- jauh untuk mengamalkan ilmu tersebut

2- banyak melakukan maksiat

3-belajar tak ikhlas

Imam Waqie’ pernah berpesan kepada anak muridnya iaitu Imam As-syafei :

“ sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat “

Lantaran itu, kita mesti berusaha ke arah ‘sifar maksiat ‘ , jika mustahil sekurang-kurangnya kita dapat ‘meminimizekan’ kadar atau kuantitinya dari hari kehari. Saya suka untuk berkongsi kehebatan sifat Allah Maha Pengampun kerana sifat tersebut memberi peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Justeru, selagi diberi nyawa dan kehidupan, maka tiada alasan untuk kita tidak berubah.

Sebenarnya, belajar dan mengajar telah pun kita (praktik) dalam kehidupan kita samaada secara lansung ataupun tidak, dan secara sedar atau diluar sedar. Kalau tidak menjadi guru di sekolah, paling tidak, kita menjadi guru kepada anak-anak , adik-adik kita. Maka, belajar apatah lagi !. Zaman sekarang hampir mustahil orang tak berpeluang untuk belajar khususnya di Malaysia dan kecil bilangannya. Tapi yang sengaja tak nak belajar itulah yang Terus membaca ‘Saat Indah : Belajar dan Mengajar’

Hijrah : Dari Syurga Ke Penjara

Bismillah walhamdulillah… Siapa yang mahu melepaskan syurga lantas melulu ke penjara.

” Gila apa ? ”

” Ad-dunya jannatu lil kafir, was-sijnu lil mukmin ” ( dunia itu syurga bagi orang kafir, dan penjara bagi orang Mukmin )

Maka, kesenangan dan kebahagian hakiki adalah di syurga nanti. Adapun kesenangan di dunia ini hanya tempelan semata. Mengapa sanggup melepaskan syurga sebenar semata-mata kerana syurga palsu yang banyak menipu.

Memahami konsep hijrah suatu keberuntungan yang jelas. Hijrah bukan semata melibatkan perjalanan, bahkan lebih besar dari itu.

Syurga yang dimaksudkan adalah satu tempat bagi manusia menjadikan dunia adalah segala-galanya dan penjara itu adalah satu tempat bagi manusia yang bersusah payah mencari syurga hakiki tanpa mengabaikan dunia dan tempatnya juga adalah di dunia.

Muhasabah dan nilailah di mana kita. Hijrah tidak hanya perkara yang kita sukai, bahkan sekalipun ianya dibenci, hijrah menjadi benar dan bukan lagi palsu.

Marilah kita bersama-sama, berhijrah ke penjara …. yang di dalamnya telah terbina jambatan ke syurga . Bersama menegakkan amar maaruf, nahi mungkar dalam diri,keluarga,masyarakat dan negara.

 

The Story Of ‘Karipap’

Bismillah alhamdulillah. Tonight, i’m alone. Nobody at home. Huh, so bored but not bad. Alhamdulillah. I’m okay. Yesterday, i slept in my member’s house. May be… a a a what people said? ‘hilangkan tension’. Maybelah. Final exam are finished. So, just take a time to nuetral my head.Todays with my friends, we maked a ‘karipap’. Heh, i just looked but i helped them. I fried it. So …….. Terus membaca ‘The Story Of ‘Karipap’’


" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 109,229 Pengunjung