Archive for the 'Tazkirah' Category

Adik Nurul Nadhirah : Bila Manusia Melawan Fitrah

Imej

Bismillah walhamdulillah,

‘ kalau aku dapat sapa yang buat, memang aku cincang-cincang orang tu ‘

Mungkin itulah yang akan terdetik dalam hati kita .

Entri ini sebenarnya saya tulis sewaktu tragedi yang berlaku ke atas adik Nurin Jazlin beberapa tahun yang lalu, mungkin boleh dikongsi bersama lantaran peristiwa tragis yang Terus membaca ‘Adik Nurul Nadhirah : Bila Manusia Melawan Fitrah’

Advertisements

Sinar Rumahtangga

ImejBismillah walhamdulillah.

Bila bercakap soal suami isteri, adakalanya kita tidak mampu. Namun Biarlah ia terkena pada diri sendiri. Asalkan memberi manfaat. Berharaplah pada Tuhan yang berkuasa merubah apa saja. Dari buruk kepada baik, dan sebaliknya. ” Siapa yang tahu ? ” melainkan hanya si suami dan isteri .

Kehidupan berumahtangga adalah sebuah kehidupan yang berbeza dari kehidupan berseorangan. Tanggungjawab semakin bertambah, ada juga beralih arah keutamaannya. Sangat banyak. Bagi kita yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan hidup berumahtangga. Marilah kita sama-sama beristighfar.

Sabar, toleransi, lemah lembut, amanah dan jujur, penyayang sangat dituntut. Suami dan isteri perlu memahami kehendak antara satu sama lain. Bila berlaku salah faham. Jangan lah hanya dituding kepada si suami sahaja. Begitu juga sebaliknya. Fikirkan apa puncanya.

” Suami belum selamat. Isteri perlu berjaga-jaga.”

Suami boleh masuk neraka, hanya kerana si Isterinya. dan isteri boleh masuk neraka hanya kerana tidak mentaati suaminya. Masing-masing berpeluang merasai panas api neraka jika masing-masing memilih jalan tersebut. Tarbiyah dalam rumahtangga Suami yang bisu dari mentarbiyah isteri dgn didikan agama adalah suami yg tidak bertanggungjawab dan dicela dalam agama.Isteri perlu beri peluang kepada si suami untuk mengislahi diri suami sendiri dan mentarbiyah diri si isteri. Kepada para suami, sedarlah ianya satu kewajipan untuk memberi kefahaman agar si isteri menjadi isteri yang solehah. Sepatutnya kesilapan lalu, jangan dimomokkan dalam kehidupan hari ini dan masa akan datang. Si isteri yang hanya mengungkit dan mencari kesalahan suami, perlu menginsafi diri. Begitu juga suami.

كل بنى ءادم الخطاءين وخير الخطاءين التوبين “

setiap anak Adam ada melakukan kesalahan, dan sebaik2 org yg melakukan kesalahan adalah org yg bertaubat “

Hadis di atas adalah sebuah hadis yang memberi sinar kepada si suami dan si isteri yg pernah dan sedang berputus asa dalam hidup berumahtangga.

Allah sangat sayang kepada hambanya dikalangan suami dan isteri juga yg menjernihkan hubungan rumahtangga ke arah yang lebih baik. Jika sebaliknya berlaku, kita terus mengeruhkan keadaan, lalu terjadilah babak-babak pertengkaran, pergaduhan, ungkit-mengungkit dan yg seumpamanya. Maka, bertepuk tanganlah si syaitan yang sentiasa menanti mana-mana pasangan suami isteri untuk berpisah. Wallahua’lam

Video Klip : The Day Of Departure

Wasiat Sheikh Sya’rawi Kepada Husni Mubarak

Berikut adalah video wasiat Sheik Sya’rawi kepada Husni Mubarak

Bismillah walhamdulillah,

Ketika sedang memikirkan nasib bumi Mesir pagi tadi, saya teringatkan sebuah video yang pernah saya tonton suatu masa dulu. Wasiat Sheikh Sya’rawi kepada umat Islam dan wasiat khusus yang ditujukan kepada Presiden Husni Mubarak. Saya tidak lah mengetahui  biografi Sheikh secara mendalam, walaupun saya pernah berkesempatan menziarahi makamnya dan pernah berada di bumi di mana beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya, namun saya percaya bahawa beliau adalah seorang tokoh ulama’ yang diiktiraf  keilmuannya. Jika di Mesir, gambar-gambar beliau banyak terpampang di kedai-kedai, di kalendar, begitu juga kitab-kitab karangannya dan juga tafsir Sya’rawi membuktikan bahawa beliau bukan orang biasa.

Sekalipun aku tidak pernah bertentang mata, aku terasa ingin berjumpa dengan mu, Ya Allah temukanlah aku dengan insan ini.

Wasiat yang diberikan begitu meninsafkan kita semua, iaitu kita semua adalah di bawah kekuasaan Allah s.w.t. Sebenarnya wasiat tersebut ditujukan kepada semua pemimpin Islam di dunia. Maaf saya katakan, Wasiat yang dahlunya didengari sendiri oleh Husni Mubarak, kini wasiat itu hanya tinggal wasiat baginya. Tidak lebih dari itu. Apakah dia lemah daya ingatannya ? tak mungkin. Yang pasti, Husni Mubarak telah mengenepikan nasihat seorang ulama’ besar , maka apakah nasihat rakyat akan didengarinya ?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Terjemahan Wasiat Sheikh Sya’rawi :

Kredit untuk Thaqofah.com

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang).

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;

“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Krisis Bumi Kinanah , Apa kesudahannya ?

Wallahua’lam,

itulah  jawapan yang paling tepat. Namun, segalanya mungkin. Apa yang kita semua mahu adalah tiada lagi rusuhan, disamping bertukarnya pucuk pimpinan. Apa yang telah berlaku di Palestin dan Iraq, akhirnya rakyat sesama rakyat bertelagah. Di Mesir, bibit kearah itu, sudah tercetus, bila penyokong dan penentang Husni yang tak Mubarak itu  dah bertempur. Nauzubillah. Isunya sekarang, masih ada manusia yang buta, entah kerana apa sehinggakan ‘ Husni yang sudah tidak Mubarak’  itu hendak dipertahankannya lagi.

Dari satu sudut, itulah ujian buat sang manusia yang Terus membaca ‘Krisis Bumi Kinanah , Apa kesudahannya ?’

Dosa Yang Terlepas Dipandang

Bismillah walhamdulillah,

Dah lama rasanya tak diupdate blog ni. Harapnya masih ada pengunjung yang menjengok blog ni. Wallahua’lam.

Adakalanya, saya merindui saat-saat bersama blog life of aku. Berinteraksi dengan rakan-rakan blog. Tapi, sekarang saya kehilangan ‘itu’ dan kemungkinan saat itu tak akan berulang.

Dalam fatrah saya berdiam diri, sebenarnya banyak perkara yang saya lalui, susah,senang,sibuk, dan bermacam-macam lagi yang akhirnya hanyalah kalimah ‘astaghfirullah’ yang terucap dibibir.

Keadaan-keadaan yang menimpa saya, adakalanya saya hadapinya dengan keluhan . Saya sendiri tidak sedar yang sebenarnya ia tidak baik untuk kekuatan mental dan spiritual.

” asyik-asyik saya ja kena buat ” jelas saya kepada mak

” tak apalah, dapat pahala lebih ” jawab mak dengan nada lembut

Saya terkedu dan ‘termalu’ kerana saya tahu tentang itu, tapi mengapa saya still mengeluh. Itulah kesilapan yang kekadang kita tidak menyedarinya. Dan itulah yang sebenarnya membimbangkan kita.

“astaghfirullah”

Istifadahnya ialah dalam setiap perkataan, perbuatan dan ikrar kita, kita kena berhati-hati. Supaya tidak berlaku ‘terlepas pandang’ apabila melakukan dosa. Sebab kita hanya menujukan dosa itu seperti meninggalkan sembahnyang, mencuri dsb. Itu yang kita nampak. Sesungguhnya Allah maha pengampun. Jangan lupa untuk sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Siiru ‘ala barokatillah.

Salam kembali …..

 

 

Klip Haul Imam Haddad dan Ceramah Sheikh Habib Umar Di Shah Alam

Wakil habaib sedang memperdengarkan sebuah qasidah yang shahdu dan menginsafkan jiwa

Sheikh Habib Umar memberikan ceramahnya sementara di sebelahnya penterjemah daripada UIA

Bismillah walhamdulillah, Majlis Haul Imam Haddad yang berlansung petang semalam sungguh bererti buat diri saya. Serasa saya, itulah kali pertama saya menghadiri majlis seperti itu yang dihadiri oleh para habaib dan sheikh yang menjadi tonggak utama dalam meneruskan perjuangan yang telah dibawa oleh para anbiya’ iaitulah menyebarkan Islam serta mengajak sekalian umat mentauhidkan Allah dengan sepenuhnya. Bagi saya,majlis haul Imam Haddad adalah majlis yang dapat membentuk jiwa dan rohani kerana telah diketahui makhluk yang bernama manusia itu terdiri daripada beberapa unsur, iaitulah jasadiah dan rohaniah. Maka, kedua-duanya perlulah dipelihara.

Bagi diri saya, sebelum ini hanya pernah mendengar nama Imam Al-haddad melalui ratibnya. Imam Al-haddad adalah hamba Allah yang tergolong dikalangan “ahlul yaqin”. Hatinya fana’ daripada sifat keji sehinggakan tidak merasa terhina dengan segala perkara yang merendahkannya. Pernah seorang anak disuruh seorang ayah agar anaknya itu pergi menghantar sebilah pisau untuk ditajamkan oleh tukang besi. Di dalam bahasa arab, al-haddad bermaksud tukang besi. Dengan sebab sifat kekanakan yang ada pada anak itu, maka anak itu menghantar pisau tersebut kepada Imam Al-haddad yang disangkanya tukang besi. Dipendekkan cerita, ayah kepada si anak tersebut mengetahui yang anaknya telah tersilap menghantar pisau itu kerana anaknya memberitahu bahawa orang yang ,menajamkan pisau itu tidak mahu mengambil duit upah. Usai diselidik anaknya itu, benarlah si anak itu telah menghantar pisau itu kepada orang yang dihormati, iaitulah Imam Al-haddad. Tidak semena-mena dengan perasaan malu, si ayah pergi berjump[a dengan Imam Al-haddad lalu meminta maaf dan menyatakan perasaan malunya terhadap kelakuan anak kecilnya itu. Lalu Imam Al-haddad pun berkata kepada si ayah

” Kalau kau benar cintakan aku, jangan kau marahi anak itu, kerana aku tidak sedikit pun merasa terhina “

wallahua’lam ……

Begitu sucinya hati seorang hamba yang benar-benar ikhlas … ringkasan kisah Imam Al-haddad yang diceritakan oleh Sheikh Habib Umar begitu menyuntik semangat jiwa hamba yang ingin jadi seperti Imam Al-haddad. Lebih kurang 300 tahun jarak kehidupan antara Imam Haddad dengan kita. Begitupun baru mengenalinya, tapi dirasakan dekat dengannya. Imam al-haddad adalah seorang hamba seperti kita namun ketinggian yakinnya menjadi pemisah . Imam Al-haddad bukanlah tuhan untuk diabdikan, tapi dia seorang hamba yang boleh dijadikan inspirasi dan wasilah kepada mendekatkan diri kepada tuhan agar mencontohinya serta beramal zikir-zikir ma’thur yang disusun olehnya.

Al-fatihah buat Imam Al-haddad

Beliau ialah Al-Allamah Al-Imam As-Sayyid Al-Habib Abdullah Bin Alwi Al-HaddadbAl-Alawi Al-Husaini atau lebih dikenali dengan nama Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau dilahirkan pada tahun 1634 dan meninggal dunia pada tahun 1720.

 


" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 109,457 Pengunjung