Archive for the 'Muhasabah' Category

Sinar Rumahtangga

ImejBismillah walhamdulillah.

Bila bercakap soal suami isteri, adakalanya kita tidak mampu. Namun Biarlah ia terkena pada diri sendiri. Asalkan memberi manfaat. Berharaplah pada Tuhan yang berkuasa merubah apa saja. Dari buruk kepada baik, dan sebaliknya. ” Siapa yang tahu ? ” melainkan hanya si suami dan isteri .

Kehidupan berumahtangga adalah sebuah kehidupan yang berbeza dari kehidupan berseorangan. Tanggungjawab semakin bertambah, ada juga beralih arah keutamaannya. Sangat banyak. Bagi kita yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan hidup berumahtangga. Marilah kita sama-sama beristighfar.

Sabar, toleransi, lemah lembut, amanah dan jujur, penyayang sangat dituntut. Suami dan isteri perlu memahami kehendak antara satu sama lain. Bila berlaku salah faham. Jangan lah hanya dituding kepada si suami sahaja. Begitu juga sebaliknya. Fikirkan apa puncanya.

” Suami belum selamat. Isteri perlu berjaga-jaga.”

Suami boleh masuk neraka, hanya kerana si Isterinya. dan isteri boleh masuk neraka hanya kerana tidak mentaati suaminya. Masing-masing berpeluang merasai panas api neraka jika masing-masing memilih jalan tersebut. Tarbiyah dalam rumahtangga Suami yang bisu dari mentarbiyah isteri dgn didikan agama adalah suami yg tidak bertanggungjawab dan dicela dalam agama.Isteri perlu beri peluang kepada si suami untuk mengislahi diri suami sendiri dan mentarbiyah diri si isteri. Kepada para suami, sedarlah ianya satu kewajipan untuk memberi kefahaman agar si isteri menjadi isteri yang solehah. Sepatutnya kesilapan lalu, jangan dimomokkan dalam kehidupan hari ini dan masa akan datang. Si isteri yang hanya mengungkit dan mencari kesalahan suami, perlu menginsafi diri. Begitu juga suami.

كل بنى ءادم الخطاءين وخير الخطاءين التوبين “

setiap anak Adam ada melakukan kesalahan, dan sebaik2 org yg melakukan kesalahan adalah org yg bertaubat “

Hadis di atas adalah sebuah hadis yang memberi sinar kepada si suami dan si isteri yg pernah dan sedang berputus asa dalam hidup berumahtangga.

Allah sangat sayang kepada hambanya dikalangan suami dan isteri juga yg menjernihkan hubungan rumahtangga ke arah yang lebih baik. Jika sebaliknya berlaku, kita terus mengeruhkan keadaan, lalu terjadilah babak-babak pertengkaran, pergaduhan, ungkit-mengungkit dan yg seumpamanya. Maka, bertepuk tanganlah si syaitan yang sentiasa menanti mana-mana pasangan suami isteri untuk berpisah. Wallahua’lam

Advertisements

Ramadhan Momentum Perubahan


Suasana yang begitu sinonim ketika bulan Ramadhan di Mesir

Bismillah walhamdulilah,

” Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui ” Surah al-Baqarah : 183

Tak sangka, rupanya Ramdhan akan tiba lagi. Adakalanya saya rasa takut untuk menghadapi Ramadhan.

Mengapa ?

Saya takut tidak dapat memanfaatkan keistimewaan bulan kurnian Allah yang banyak itu dengan sebaiknya. Lalu saya akan menyesal tak sudah. Memang tidak dapat dinafikan, kehadiran Ramadhan juga menimbulkan bibit-bibit rasa gembira dan kehadirannya juga mencetus rasa hiba dikala mengimbau kenangan Ramadhan yang lalu ketika di rantauan. Iya ! saya masih ingat . Walaupun Allah menjadikan setiap tempat itu berbeza-beza, namun tempat yang berbeza itu tetap melalui bulan Ramadhan yang sama. Hal tersebut memang tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang wujud itulah membuatkan ianya sukar untuk dilupakan. Anda pernah makan ‘eish’ ? (sejenis roti arab) dan Terus membaca ‘Ramadhan Momentum Perubahan’

Saya Letih

766846211_1a805d3540_m

retype ….

Tak sangka entri yang bertajuk ‘ saya letih ‘ versi original tak dapat di publish. Ianya hilang serta merta sewaktu menyimpannya sebagai draf. Masuk ni dah banyak kali perkara yang sama berlaku.

Salah siapa ? dan mengapa ?

Saya tiada Terus membaca ‘Saya Letih’

Budak Syaitan : Siapa Sebenarnya ?

syaitan

Bismillah walhamdulillah ..

Budak syaitan. Iya mungkin itulah simbolik bagi menjelaskan realiti segelintir remaja masa kini yang telah rosak. Maaf ! saya tidak maksudkannya. Gelaran seumpanya juga seperti sampah masyarakat, budak pelesit, budak jahat, budak rosak dan sebagainya sentiasa dilemparkan kepada mereka. Maka yang termasuk di dalam golongan orang yang menggelarkan mereka seperti nama-nama di atas adalah segelintir manusia yang bergelar ustaz atau pendakwah.

Salah atau tidak ?

” hari ini, remaja muslim telah rosak, mereka berperangai seperti syaitan ! ” kata seorang ustaz dengan lantangnya

Ungkapan seumpama itu  mungkin pernah kita dengar atau mungkin biasa kita dengar ..

Saya lontarkan soalan ini untuk kita fikirkan bersama. Namun , satu perkara yang Terus membaca ‘Budak Syaitan : Siapa Sebenarnya ?’

Kerajaan Perpaduan : Berilah Ruang

” alif laam miim, apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, kami telah beriman, tanpa mereka dapat ujian, dan sesungguhnya telah Kami uji orang-orang yang sebelum mereka supaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta (dengan jelas dan nyata ) ” al- ‘Ankabut : 1-3

Semenjak berakhirnya Muktamar PAS, isu kerajaan perpaduan masih menjadi perbualan hangat. Saya ‘malas’ nak mengulasnya dan memang tak pandai nak mengulas apatah lagi ianya ada kaitan dengan nama besar di dalam parti Islam. Dalam masa yang sama kita sendiri pun masih belum tahu ‘kerajaan perpaduan’ yang dimaksudkan itu bagaimana. Apakah kerajaan perpaduan itu memberi maksud bergabung dengan UMNO, atau sekadar memberi maksud berbincang dengan UMNO atau apa-apa saja.

Apa yang menyedihkan ialah, isu ini telah menghambat sesetengah penyokong dan Terus membaca ‘Kerajaan Perpaduan : Berilah Ruang’


" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 109,717 Pengunjung