Archive for the 'Berita' Category

Adik Nurul Nadhirah : Bila Manusia Melawan Fitrah

Imej

Bismillah walhamdulillah,

‘ kalau aku dapat sapa yang buat, memang aku cincang-cincang orang tu ‘

Mungkin itulah yang akan terdetik dalam hati kita .

Entri ini sebenarnya saya tulis sewaktu tragedi yang berlaku ke atas adik Nurin Jazlin beberapa tahun yang lalu, mungkin boleh dikongsi bersama lantaran peristiwa tragis yang Terus membaca ‘Adik Nurul Nadhirah : Bila Manusia Melawan Fitrah’

Klip Haul Imam Haddad dan Ceramah Sheikh Habib Umar Di Shah Alam

Wakil habaib sedang memperdengarkan sebuah qasidah yang shahdu dan menginsafkan jiwa

Sheikh Habib Umar memberikan ceramahnya sementara di sebelahnya penterjemah daripada UIA

Bismillah walhamdulillah, Majlis Haul Imam Haddad yang berlansung petang semalam sungguh bererti buat diri saya. Serasa saya, itulah kali pertama saya menghadiri majlis seperti itu yang dihadiri oleh para habaib dan sheikh yang menjadi tonggak utama dalam meneruskan perjuangan yang telah dibawa oleh para anbiya’ iaitulah menyebarkan Islam serta mengajak sekalian umat mentauhidkan Allah dengan sepenuhnya. Bagi saya,majlis haul Imam Haddad adalah majlis yang dapat membentuk jiwa dan rohani kerana telah diketahui makhluk yang bernama manusia itu terdiri daripada beberapa unsur, iaitulah jasadiah dan rohaniah. Maka, kedua-duanya perlulah dipelihara.

Bagi diri saya, sebelum ini hanya pernah mendengar nama Imam Al-haddad melalui ratibnya. Imam Al-haddad adalah hamba Allah yang tergolong dikalangan “ahlul yaqin”. Hatinya fana’ daripada sifat keji sehinggakan tidak merasa terhina dengan segala perkara yang merendahkannya. Pernah seorang anak disuruh seorang ayah agar anaknya itu pergi menghantar sebilah pisau untuk ditajamkan oleh tukang besi. Di dalam bahasa arab, al-haddad bermaksud tukang besi. Dengan sebab sifat kekanakan yang ada pada anak itu, maka anak itu menghantar pisau tersebut kepada Imam Al-haddad yang disangkanya tukang besi. Dipendekkan cerita, ayah kepada si anak tersebut mengetahui yang anaknya telah tersilap menghantar pisau itu kerana anaknya memberitahu bahawa orang yang ,menajamkan pisau itu tidak mahu mengambil duit upah. Usai diselidik anaknya itu, benarlah si anak itu telah menghantar pisau itu kepada orang yang dihormati, iaitulah Imam Al-haddad. Tidak semena-mena dengan perasaan malu, si ayah pergi berjump[a dengan Imam Al-haddad lalu meminta maaf dan menyatakan perasaan malunya terhadap kelakuan anak kecilnya itu. Lalu Imam Al-haddad pun berkata kepada si ayah

” Kalau kau benar cintakan aku, jangan kau marahi anak itu, kerana aku tidak sedikit pun merasa terhina “

wallahua’lam ……

Begitu sucinya hati seorang hamba yang benar-benar ikhlas … ringkasan kisah Imam Al-haddad yang diceritakan oleh Sheikh Habib Umar begitu menyuntik semangat jiwa hamba yang ingin jadi seperti Imam Al-haddad. Lebih kurang 300 tahun jarak kehidupan antara Imam Haddad dengan kita. Begitupun baru mengenalinya, tapi dirasakan dekat dengannya. Imam al-haddad adalah seorang hamba seperti kita namun ketinggian yakinnya menjadi pemisah . Imam Al-haddad bukanlah tuhan untuk diabdikan, tapi dia seorang hamba yang boleh dijadikan inspirasi dan wasilah kepada mendekatkan diri kepada tuhan agar mencontohinya serta beramal zikir-zikir ma’thur yang disusun olehnya.

Al-fatihah buat Imam Al-haddad

Beliau ialah Al-Allamah Al-Imam As-Sayyid Al-Habib Abdullah Bin Alwi Al-HaddadbAl-Alawi Al-Husaini atau lebih dikenali dengan nama Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau dilahirkan pada tahun 1634 dan meninggal dunia pada tahun 1720.

 

Ramadhan : Its Not Too Late

Bismillah walhamdulillah, dah masuk malam ke-16 bulan Ramadhan dan hampir melangkau ke fasa 10 malam terakhir,  but its not too late …..

iya ! masih belum terlambat untuk kita semua

Kita  perlu Muhasabah adakah masih ada amalan-amalan yang dianjurkan untuk dibuat masih belum terlaksana atau tertangguh ? atau sebaliknya, kita meluangkan masa berharga ini dengan perkara yang Terus membaca ‘Ramadhan : Its Not Too Late’

Berjumpa Dengan Ketua Saintis Dunia

Inilah ketua saintis dunia yang dimaksudkan. Mungkin anda juga pernah berjumpa dengannya

Bismillah walhamdulillah,

11:15 pg, 25 Julai 2010

             Sampai saja di tempat parking ,dengan cuaca yang panas terik, aku labuhkan kedua kaki untuk terus berjalan … pasar minggu seksyen 13, sebelah stadium siapa tak kenal. Hari ni sesak sangat. Sebelum aku mencapai tempe, santan, tahu kering, pesanan isteriku yang katanya nak buat lontong, aku panjangkan kaki ke gerai-gerai yang membuatkan aku ‘kalut’ . Tak tahu mana satu yang ingin  disinggahi.

             Dalam langkah yang sedikit terpaksa dek panas yang membakar kulit, aku tertarik dengan seorang tua yang dikelilingi beberapa orang sedang menyampaikan sesuatu .

saya dalah profeser fizik kerajaan Malaysia ! ” kata orang tua itu

Baru kali pertama aku berjumpa dengannya….. badan ku seolah dikunci untuk berdiri di bawah sinaran matahari, mendengar apa yang sedang disampaikannya.

” think out of the box ” kata orang tua itu

” berfikir dengan otak kanan “

itu adalah antara trademark nya. Pada pagi itu Terus membaca ‘Berjumpa Dengan Ketua Saintis Dunia’

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan Terus membaca ‘Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara’

Ustaz Hassan Syukri Dalam Kenangan

Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama
ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama Terus membaca ‘Ustaz Hassan Syukri Dalam Kenangan’

Senarai 12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara

Info diperolehi dari : LifeLine4Gaza

31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan


" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 109,229 Pengunjung