Wasiat Sheikh Sya’rawi Kepada Husni Mubarak

Berikut adalah video wasiat Sheik Sya’rawi kepada Husni Mubarak

Bismillah walhamdulillah,

Ketika sedang memikirkan nasib bumi Mesir pagi tadi, saya teringatkan sebuah video yang pernah saya tonton suatu masa dulu. Wasiat Sheikh Sya’rawi kepada umat Islam dan wasiat khusus yang ditujukan kepada Presiden Husni Mubarak. Saya tidak lah mengetahui  biografi Sheikh secara mendalam, walaupun saya pernah berkesempatan menziarahi makamnya dan pernah berada di bumi di mana beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya, namun saya percaya bahawa beliau adalah seorang tokoh ulama’ yang diiktiraf  keilmuannya. Jika di Mesir, gambar-gambar beliau banyak terpampang di kedai-kedai, di kalendar, begitu juga kitab-kitab karangannya dan juga tafsir Sya’rawi membuktikan bahawa beliau bukan orang biasa.

Sekalipun aku tidak pernah bertentang mata, aku terasa ingin berjumpa dengan mu, Ya Allah temukanlah aku dengan insan ini.

Wasiat yang diberikan begitu meninsafkan kita semua, iaitu kita semua adalah di bawah kekuasaan Allah s.w.t. Sebenarnya wasiat tersebut ditujukan kepada semua pemimpin Islam di dunia. Maaf saya katakan, Wasiat yang dahlunya didengari sendiri oleh Husni Mubarak, kini wasiat itu hanya tinggal wasiat baginya. Tidak lebih dari itu. Apakah dia lemah daya ingatannya ? tak mungkin. Yang pasti, Husni Mubarak telah mengenepikan nasihat seorang ulama’ besar , maka apakah nasihat rakyat akan didengarinya ?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Terjemahan Wasiat Sheikh Sya’rawi :

Kredit untuk Thaqofah.com

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang).

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;

“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

2 Responses to “Wasiat Sheikh Sya’rawi Kepada Husni Mubarak”


  1. 1 khairulorama Februari 9, 2011 at 2:44 am

    terima kasih dgn posting ini

  2. 2 raudhatulmardhiah Julai 3, 2011 at 10:52 am

    assalamua’laikum wbt…

    ana pun teringin berjumpa sheikh sya’rawi…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: