Krisis Bumi Kinanah , Apa kesudahannya ?

Wallahua’lam,

itulah  jawapan yang paling tepat. Namun, segalanya mungkin. Apa yang kita semua mahu adalah tiada lagi rusuhan, disamping bertukarnya pucuk pimpinan. Apa yang telah berlaku di Palestin dan Iraq, akhirnya rakyat sesama rakyat bertelagah. Di Mesir, bibit kearah itu, sudah tercetus, bila penyokong dan penentang Husni yang tak Mubarak itu  dah bertempur. Nauzubillah. Isunya sekarang, masih ada manusia yang buta, entah kerana apa sehinggakan ‘ Husni yang sudah tidak Mubarak’  itu hendak dipertahankannya lagi.

Dari satu sudut, itulah ujian buat sang manusia yang beriman. Adakalanya, orang mempersoalkan, mengapa sesama negara, sesama agama, sesama kaum hendak bertelagah ? Sahabat-sahabat sekalian, apa nak hairan ! hatta orang Islam sekalipun, ianya adalah satu realiti kehidupan. Islam adalah agama yang benar. Tapi kedapatan sang manusia yang bernama Muslim telah mencorakkan Islam dengan acuannya sendiri.

Sebab itu, kedapatan manusia yang merasakan dia berada di dalam dilema. Bak kata pepatah

Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati anak

Apa susah, sokong je yang hak, tolak saja yang batil. Melainkan, ada sang manusia yang masih teringatkan periuk nasinya, hartanya dan dunianya

Sahabat-sahabat sekalian, yang benar telah jelas, barangsiapa menegakkan kebenaran, Allah akan meredhainya, sekalipun dipandang hina disisi manusia.

Justeru, krisis bumi kinanah, adalah pertembungan antara hak dengan yang batil. Sudah pasti yang hak akan memperolehi haknya suatu hari nanti, kalau tidak hari ini. Jawapan kepada kesudahannya , Sesungguhnya, kemenangan hampir tiba. Walau apapun berlaku, kiranya terkorban biarlah shahid hendaknya, kalau menang biarlah benar disisinya.

0 Responses to “Krisis Bumi Kinanah , Apa kesudahannya ?”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: