Puisi Buat Husni Mubarak : Satu Dunia Tahu

Husni Mubarak,

Satu dunia tahu, kau tu penipu. Tapi kau tetap begitu. Rakyat terus kau tipu. Yang miskin kau biar begitu. Yang menentang kau pukul bertalu. Dah kau pilih jalan yang itu. Rakyat merusuh kau lantik khadam baru. Khadam lama kau campak bak hampas tebu.

Satu dunia tahu, kau tu dah tertipu. Tapi kau masih tersenyum sebab kau sangka rakyat yang begitu. Apa tidaknya, pangkat, darjat dan kuasa itu yang kau tuju. Hari ini, rakyat dah berbulu, lalu kau balun mereka denganpeluru. Sudah jelas kau berhati batu. Tak apalah, dah kau nak begitu.

Satu dunia tahu, kau buat rakyat macam keldai pengangkat kayu. Hari ini rakyat marah tak menentu. Baru sibuk kau nak bantu. Alahai, bilalah kau nak tunduk malu, kalau bukan dengan rakyat, takkan dengan Allah pun tak rasa malu. Apa nak hairan, satu dunia tahu kau memang begitu.

Kalau begitu, biar satu dunia terus sumpah seranah mu. Dah kau rasa senang hidup begitu. Tapi aku tahu, tubuh kau terkulai layu . Sebab kau sangka rakyat tak berani nak menyergah mu. Dah, kau pun terus melulu.  Rakyat marah  jadi sejarah dalam kepimpinan mu. Hari ini, aku setia menunggu kejatuhan mu tanpa jemu. Sebab aku dah geram dengan perangai mu.Ingatlah marah rakyat bukan hanya pada mu, sebab perangai mu, ramai pemimpin yang dok meniru.Jadi puisi ini tidaklah ku tuju semata untuk mu. Tapi dunia dah tumpu kepada mu. Apa nak buat, dah kau corak hidupmu dengan begitu. Kami serah pada Tuhan yang satu, tapi terima dulu pukulan hebat dari rakyat mu. Yang kau siksa  sejak 30 tahun yang lalu

0 Responses to “Puisi Buat Husni Mubarak : Satu Dunia Tahu”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: