Klip Haul Imam Haddad dan Ceramah Sheikh Habib Umar Di Shah Alam

Wakil habaib sedang memperdengarkan sebuah qasidah yang shahdu dan menginsafkan jiwa

Sheikh Habib Umar memberikan ceramahnya sementara di sebelahnya penterjemah daripada UIA

Bismillah walhamdulillah, Majlis Haul Imam Haddad yang berlansung petang semalam sungguh bererti buat diri saya. Serasa saya, itulah kali pertama saya menghadiri majlis seperti itu yang dihadiri oleh para habaib dan sheikh yang menjadi tonggak utama dalam meneruskan perjuangan yang telah dibawa oleh para anbiya’ iaitulah menyebarkan Islam serta mengajak sekalian umat mentauhidkan Allah dengan sepenuhnya. Bagi saya,majlis haul Imam Haddad adalah majlis yang dapat membentuk jiwa dan rohani kerana telah diketahui makhluk yang bernama manusia itu terdiri daripada beberapa unsur, iaitulah jasadiah dan rohaniah. Maka, kedua-duanya perlulah dipelihara.

Bagi diri saya, sebelum ini hanya pernah mendengar nama Imam Al-haddad melalui ratibnya. Imam Al-haddad adalah hamba Allah yang tergolong dikalangan “ahlul yaqin”. Hatinya fana’ daripada sifat keji sehinggakan tidak merasa terhina dengan segala perkara yang merendahkannya. Pernah seorang anak disuruh seorang ayah agar anaknya itu pergi menghantar sebilah pisau untuk ditajamkan oleh tukang besi. Di dalam bahasa arab, al-haddad bermaksud tukang besi. Dengan sebab sifat kekanakan yang ada pada anak itu, maka anak itu menghantar pisau tersebut kepada Imam Al-haddad yang disangkanya tukang besi. Dipendekkan cerita, ayah kepada si anak tersebut mengetahui yang anaknya telah tersilap menghantar pisau itu kerana anaknya memberitahu bahawa orang yang ,menajamkan pisau itu tidak mahu mengambil duit upah. Usai diselidik anaknya itu, benarlah si anak itu telah menghantar pisau itu kepada orang yang dihormati, iaitulah Imam Al-haddad. Tidak semena-mena dengan perasaan malu, si ayah pergi berjump[a dengan Imam Al-haddad lalu meminta maaf dan menyatakan perasaan malunya terhadap kelakuan anak kecilnya itu. Lalu Imam Al-haddad pun berkata kepada si ayah

” Kalau kau benar cintakan aku, jangan kau marahi anak itu, kerana aku tidak sedikit pun merasa terhina “

wallahua’lam ……

Begitu sucinya hati seorang hamba yang benar-benar ikhlas … ringkasan kisah Imam Al-haddad yang diceritakan oleh Sheikh Habib Umar begitu menyuntik semangat jiwa hamba yang ingin jadi seperti Imam Al-haddad. Lebih kurang 300 tahun jarak kehidupan antara Imam Haddad dengan kita. Begitupun baru mengenalinya, tapi dirasakan dekat dengannya. Imam al-haddad adalah seorang hamba seperti kita namun ketinggian yakinnya menjadi pemisah . Imam Al-haddad bukanlah tuhan untuk diabdikan, tapi dia seorang hamba yang boleh dijadikan inspirasi dan wasilah kepada mendekatkan diri kepada tuhan agar mencontohinya serta beramal zikir-zikir ma’thur yang disusun olehnya.

Al-fatihah buat Imam Al-haddad

Beliau ialah Al-Allamah Al-Imam As-Sayyid Al-Habib Abdullah Bin Alwi Al-HaddadbAl-Alawi Al-Husaini atau lebih dikenali dengan nama Habib Abdullah Al-Haddad. Beliau dilahirkan pada tahun 1634 dan meninggal dunia pada tahun 1720.

 

0 Responses to “Klip Haul Imam Haddad dan Ceramah Sheikh Habib Umar Di Shah Alam”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: