Sifir Menuju Redha Allah

Sifir Menuju Redha Allah

Kalau 2 x 5 jawabnya 10. Dalam menuju redha Allah, sifirnya juga tidak ubah seperti sifir matematik. Saya yakin semua dah maklum apakah sifir menuju redha Allah. Entri ini sekadar ingin berkongsi peringatan yang menjadi tunjang kepada kekuatan umat Islam iaitu saling memberi  peringatan

“ dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi  manfaat kepada orang mu’min”

Lawan kepada menuju redha Allah ialah menuju kemurkaan Allah. Maka sifir menuju kemurkaan Allah ialah ?

Saya tak akan sebut apakah dia, kerana kita juga telah maklum.

Sifir menuju redha Allah ialah kembali kepada Islam (‘ajaran al-quran dan as-sunnah)

“ sekiranya kamu ada berlaku kekhilafan dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada al-quran dan as-sunnah “

Masalah politik, rumah tangga, perniagaan, dan segenap aspek kehidupan dapat diselesaikan. Sesuai dengan motto jamaah ikhwanul muslimin, islam hual hal. Islam adalah jalan penyelesaian.

Sekali lagi saya ingin peringatkan bahawa Islam adalah jalan penyelesaian. Islam, Islam, Islam … 

Moral dari sudut politik : pilihlah parti yang menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai dustur (perlembagaan).

Moral dari sudut kekeluargaan : Jagalah solat insyaAllah rumahtangga bahagia

Moral dari sudut perniagaan : Jauhkan diri dari memakan riba’

Moral dari sudut kemasyarakatan : Janganlah dekati zina, apatah lagi melakukan zina

Moral dari sudut ibadah : buatlah ibadah kerana Allah semata-mata kerana amal yang diterima adalah amal yang ikhlas bukan ditujukan selain dari Allah

Moral dari sudut Akhlak : Jangan malu buat kebaikan, tapi malulah bila hendak membuat kemungkaran

Moral dari sudut undang-undang : Tunaikan lah hak Allah, hududnya, qisasnya dll.

Moral dari sudut bersosial : jagalan batasan pergaulan di mana saja anda berada, di luar , di rumah mahupun di facebook.

Moral dari sudut penampilan : Tutuplah aurat.

Wallahua’lam.

 

 

 

0 Responses to “Sifir Menuju Redha Allah”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: