Ramadhan : Its Not Too Late

Bismillah walhamdulillah, dah masuk malam ke-16 bulan Ramadhan dan hampir melangkau ke fasa 10 malam terakhir,  but its not too late …..

iya ! masih belum terlambat untuk kita semua

Kita  perlu Muhasabah adakah masih ada amalan-amalan yang dianjurkan untuk dibuat masih belum terlaksana atau tertangguh ? atau sebaliknya, kita meluangkan masa berharga ini dengan perkara yang membawa boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t serta yang sia-sia.

Di  Antara amalan yang dianjurkan untuk kita amalkannya  ialah tilawah al-quran. Rasulullah kalau bulan Ramadhan , baginda lebih banyak membaca al-quran berbanding bulan-bulan lain. Dan dalam bulan Ramadhan juga Rasulullah bertalaqqi dengan Malaikat Jibril a.s dan itulah kali terakhir Rasulullah memperdengarkan bacaannya sebelum mengehembuskan nafasnya yang terakhir.

Sabda baginda :

” barangsiapa membaca satu huruf daripada kitabullah (al-quran) maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap kebaikan pecah kepada sepuluh pula, ” …………….

Bayangkan kalau kita membaca 30 juz dalam bulan ramadhan, berapa banyak huruf yang kita telah baca ? kena pulak di bulan Ramadhan yang Allah janjikan ganjaran berlipat ganda. Maka, ini lah masanya untuk kita melabur yang keuntungannya kita akan tuai di akhirat kelak. Namun, baca saja tidak memadai kalau kita tidak menghayati, amal dan menjadikannya sebagai pedoman.

Nabi juga ada sebut

” perumpamaan mu’min yang membaca al-quran adalah seperti buah atrujah ( buah yang sedap baunya dan rasanya, manakala mu’min yang tak baca al-quran seperti buah tamar yang tak ada bau tapi rasanya sedap. Manakala golongan yang ke-3 ialah orang fasik yang membaca al-quran seperti buah raihanah yang sedap baunya tapi rasanya tak sedap. Dan golongan terakhir ialah orang fasik yang tidak membaca al-quran seperti buah yang tak sedap baunya dan juga rasanya “

Namun ada satu perkara yang paling aku takut ialah , nabi ada bersabda

”  berapa ramai orang yang membaca al-quran tapi quran melaknatnya “

Nauzubillahminzalik. Maksudnya, orang yang baca al-quran tidak mengamalkannya serta membaca tanpa menjaga hak-haknya yakni tajwid dan yang berkaitan dengannya akan dilaknat oleh Allah s.w.t.

Begitu juga dengan puasa, nabi juga ada sebut

” berapa ramai orang yang puasa, tapi tidaklah baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga saja “

Banyak perkara yang ingin aku muhasabah dan kongsikan bersama. Nabi ada bersabda yang maksudnya

” sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika dia berbuka doanya tidak ditolak (mustajab) “

Tapi harus diingat, syarat doa diterima, puasanya kenalah benar-benar

“ imanan wahtisaban “ yakni penuh keimanan dan kesungguhan. Bukan , puasa tahan makan dan minum semata-mata. Wallahua’lam. Aku rasa , kita kena bertindak segera dan bangun dari lena. Ramadhan yang ada takkan menunggu kita, bahkan akan meninggalkan kita. Nabi ada bersabda

“ kalaulah kita tahu tentang kelebihan ramadhan,nescaya kita akan minta ramadhan itu sepanjang tahun

Moralnya di sini, adakah kita benar-benar beriman dengan nya ? sesuai dengan maksud iman,

“ taqrir billisan, tasdiq bil qalb wa ‘amal bil jawarih “ (ucap dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramala dengan anggota

Janganlah kita jadi seperti satu golongan yang diakhirat nanti, minta kepada Allah supaya dikembalikan ke muka dunia lalu mereka nak beramal ibadah, sebab mereka telah melihat kebenaran yaumul akhiroh (hari akhirat).

Wallahua’lam …..selamat beramal ….

2 Responses to “Ramadhan : Its Not Too Late”


  1. 1 jeff Ogos 26, 2010 at 2:47 am

    takut. insaf. syahdu. semua ada dirasai melalui pesanan ini. hendakNya, semoga kita dapat yang baik-baik dari Allah ..

  2. 2 nuriman Ogos 30, 2010 at 10:29 pm

    salam ramadhan salam aidilfitri maaf zahir dan batin…semoga kita semua termasuk dalam golongan org2 yg beriman amiiin


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: