Nostalgia Nasi Ambeng

Bismillah walhamdulillah, ramadhan kareem…

10 tahun dulu mungkin nama nasi ambeng begitu ‘janggal’ bagi rakyat Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, nama nasi ambeng begitu megah dipersada peminat makanan tradisional orang jawa.Bersempena bulan ramadhan ni, aku bukan nak menghangatkan segelintir masyarakat yang salah faham dengan kemuliaan ramadhan yang sudah pastinya bukan terletak pada makanannya. Semua sudah maklum insyaAllah. Namun, diruang  dan kesempatan yang ada, aku sekadar ingin berkongsi nostalgia nasi ambeng yang tak lapuk dek zaman mahupun ingatan.

10@15 tahun yang lalu,            

Makan bersama dalam dulang . Ada barokah padanya . Tapi jangan sampai berebut lauk

Waktu itu, nak dapat makan nasi ambeng tiap-tiap hari hampir mustahil. Kenalah tunggu ada jemputan kenduri tahlil, cukur rambut atau doa selamat. Tapi sekali-sekali orang tua ku, pernah juga menyediakannya di rumah. Nak diceritakan nikmatnya nasi ambeng ni, akulah antara anak kecil yang top dalam bab-bab makan nasi ambeng ni. Lauk seketul ayam masak kicap yang dimakan bersama, begitu mengujakan aku, sehingga terpaksa mengumpul picisan dan siatan ayam yang aku cuilnya dengan tangan , lalu ku simpankannya dibawah helaian daun pisang , di atas kertas surat khabar menjadi timbunan ayam yang bakal ku makan dengan penuh girang. Lalu, adik-adik aku juga tak lepaskan peluang untuk menyertai ‘pertandingan merebut ayam’ yang akhirnya mencetuskan pertelingkahan .

Serunding kelapa (menu wajib dalam nasi ambeng )

Serunding kelapa,’ mi besor’ (mi goreng ) , ayam kicap, gere bulu ayam (ikan masin bulu ayam) tumisan tempe dicampu sayur, setompok nasi sudah cukup untuk dinamakan nasi ambeng.

Dulu juga, ada orang yang alergik dengan nasi ambeng, sebab amalan memakan nasi ambeng diaplikasikan secara berjemah. Pastinya tangan-tangan yang banyak itu akan menggaul , mencuil dan mengais hiding nasi beserta lauk yang satu itu. Atau mudah katanya, ada segelintir yang ‘tak lalu’ nak makan dengan gaya begitu. Amalan makan dalam satu talam juga sinonim dengan nasi ambeng. Namun, peredaran zaman dan masa , maka lahirlah insan-insan yang memahami kehendak si peminat nasi ambeng dan orang-orang yang baru berjinak-jinak dengannya, ianya dibuat dengan kapasiti yang lebih kecil. Sebungkus untuk seorang makan. Dan sekarang, kita dapat lihat di pasar, di tepi jalan ada gerai-gerai dan warung-warung yang menjual nasi ambeng . Hari ini, nasi ambeng dapat dinikmati di mana saja, dan pada bila-bila masa di kampong mahupun di Bandar. Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang belum mengenali nasi ambeng seperti mana ia mengenali ayam KFC, atau Pizza hut. Tapi itu semua tak penting, sebab makanan tradisional orang Jawa ini begitu unik dan sedap dimakan.

 “Lain dari yang biasa”

 Begitulah nostalgianya Nasi Ambeng. Namun begitu, kalau ghairah sangat dengan menu ini, jangan lah sampai timbul perasaan ghairah, tama’ dan banyak makan kerana sifat itu adalah sifat yang tercela. Jangan sampai jadi kawan syaitan.

7 Responses to “Nostalgia Nasi Ambeng”


  1. 1 jeff Ogos 19, 2010 at 9:08 am

    yang berebut itulah antara barakahnya .. sebab di situlah belajar utk berlaku adil dan memberi ruang kepada orang lain. atau pun belajar untuk pasrah dan rela menerima apa yang ditakdirkan diperolehi diri sendiri dan orang lain. hehe

  2. 2 Life Of AKU The Episode Ogos 21, 2010 at 3:19 am

    syukran u jeff

  3. 3 nasyafiza Ogos 23, 2010 at 4:03 am

    err.. tau kat kat pasar ramadhan mana yg ada jual nasi ambeng? area dkt2 dgn bangsar-cheras ker..

    • 4 Life Of AKU The Episode Ogos 23, 2010 at 2:40 pm

      nasyafiza : xtau lah, kalau kat shah alam adalah, kat bazar sksyen 13, stadium shah alam …. tp skang dah banyak kat bazzar2…

  4. 5 azharharudin Ogos 27, 2010 at 10:07 am

    …di Banting, ade nasi ambeng dengan lauk ayam ungkep..hmmm sedap.

  5. 7 Norrimahgoh Jun 5, 2016 at 9:07 am

    Jika di untai kenangan makan nasi ambeng ini sebenarnya cara ibu bapa dahulu mendidik anak2 menghargai rezki , jangan membazir , berkongsi rezki yg ada , bersyukur , adalakanya ketika itu walaupun lewat bapak balik kenduri sanggup tunggu sebab bukan senang nak makan lauk ayam , jika diingat semula rasanya mahu menitis air mata ini mengenang arwah mak yg akak mencuil ayam seketul utk di bagikan sama rata adik beradik , adilnya mak , sayangnya mak pada kami semua namun semuanya tinggal kenangan ,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: