Jangan Membudakkan Budak-Budak

” ala…biasalah kamal, budak-budak ” jelas Cikgu K kepada ku

Aku cuba mendengar dan cuba untuk menerima.

Sampai bila kita nak mebudakkan budak-budak ?

Malam semalam hari aku bertugas. Kebetulan waktu aku datang ronda-ronda di asrama, kedengaran jeritan suara keseronokan dari suara pelajar asrama. Sudah pasti. Bagi aku, ianya tidak mencerminkan akhlak yang mulia. Aku menegur mereka dengan nada yang kuat (marah)

Wallahua’lam. Memang mereka masih ‘budak’. Tapi bagi aku janganlah di budakkan sangat mereka itu. Sehinggakan , bila mereka melakukan suatu yang melanggar batas-batas seorang Muslim. Kita seolah mengalah dan akur atas nama kebudakkan mereka.

” tak apalah, budak-budak, faham-faham jelah ”

Aku bukan bermaksud nak mengajar atau mengajak supaya kita bersikap tegang atau garang dengan mereka. Tapi nak guru-guru faham, yang jawapan sebegitu bukanlah suatu jalan penyelesaian bahkan memburukkan keadaan.

” melentur buluh biarlah dari rebungnya ”

Sama-samalah kita fikirkannya. Maaf, nampak gaya tulisan aku macam berbaur kemarahan. Oh, maaf, tidak sama sekali. Mungkin gaya tulisan begini mudah nak diolah. Kalau aku guna gaya bahasa berbunga, mungkin tak ter’publish’ entri ini.

Bila ada yang kata, ” biasalah, tak apalah, jangan berkeras, ” aku akur dalam keterpaksaan.

Moral : Jangan jadikan alasan mereka budak lagi, tapi fikirkan suatu yang terbaik untuk melahirkan generasi cemerlang dari aspek akhlak dan sikap.

Wallahua’lam

3 Responses to “Jangan Membudakkan Budak-Budak”


  1. 1 penembak tepat Ogos 2, 2010 at 7:02 am

    Batasan mengalah dengan kanak-kanak selalu ada hadnya.Setuju dengan pendapat tuan.

  2. 2 Life Of AKU The Episode Ogos 2, 2010 at 1:56 pm

    syukran penembak tepat

  3. 3 Joy Kalonas Ogos 14, 2010 at 12:37 am

    Bro.. aku pinjam gambar dari blog ko, boleh tengok kat sini.. http://www.sususejat.com/p/yang-baik-adalah-milik-kita.html

    minta halal yea =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: