Nasib Adik Nasrullah

Adik Nasrullah , wajahnya mengenangkan aku kepada seseorang

Bismillah walhamdulillah,

            Beberapa hari yang lalu, sewaktu di stesen minyak CalTEX, seksyen 11, aku dan isteri ternampak seorang budak yang sedang berdiri bersendirian. Nampak lenggok tubuhnya gelisah seperti menanti seseorang. Kami dari awal lagi telah congak-congak.

          Budak itu, adalah seperti budak-budak di kedai-kedai mamak, atau medan selera yang sering mintak sumbangan untuk sekolah mereka. Aku bukan nak pesimis dengan mereka. Tapi aku ingin tahu kebenaran. Mereka tak salah, dan aku pula ada hak. Lalu, aku dan isteri cuba menghampiri budak itu. Banyak juga benda yang kami bual. Seperti biasa isteri ku menjadi wartawan, aku pula tangkap gambar. Nak dipendekkan cerita.

Saya sekolah kat kedah ” jawab nya

ustaz yang hantar, mak ayah izinkan untuk kutip derma “

sekarang duduk di damansara

sekejap lagi ustaz datang ambil

Kami cuba untuk menerima segala penjelasannya. Soalan yang bertubi-tubi mampu di jawab dengan lancar. Akhirnya kami percaya. Namun , tak lama kemudian, ada sebuah kereta proton iswara masuk ke stesyen minyak tersebut lalu menghentikan kenderaannya di sebelah setesyen tersebut. Tiba-tiba , budak itu terus menuju kearah kereta tersebut. Kami hanya melihat dan menganggap, itulah ustaz yang dimaksudkan. Sebelum itu, isteri aku perasan yang pemandu kereta tersebut menepuk tangan. Kemudian ,kereta itu pun berlalu pergi .Kami tertanya-tanya

ustaz dia ke tu ?

Melihat gaya memandunya, tak nampak lansung macam gaya ustaz. Kami cuba mengekorinya, namun kereta tersebut bergerak begitu laju, macam dikejar kereta polis. Aku ragu dengan ustaz yang dimaksudkan oleh budak itu. Atau ‘ustaz’ itu ada dalang kepada sendikit mengekploitasi kanak-kanak ? aku masih tertanya dan ingin mengetahui kebenarannya.

Kisah ini bukan untuk menghina atau mencemuh si peminta derma atau sedekah. Tetapi ingin mencari sesuatu yang mencurigakan. Dan apakah nasib Adik Nasrullah kini ?

 

 

Kereta Iswara yang dipanju laju, begitu mencurigakan

6 Responses to “Nasib Adik Nasrullah”


  1. 1 zahraannur Julai 28, 2010 at 3:15 am

    macam macam gaya budak budak yang duduk di kaki lima meminta derma. di bank, stesen minyak dsb. adakah mereka betul2 meminta derma atau…. ????
    kesian+curious.

  2. 3 zahraannur Julai 28, 2010 at 3:37 am

    gave them money but tell them to use it by themselves. belanja untuk diri sendiri. buat makan.

  3. 4 Life Of AKU The Episode Julai 28, 2010 at 4:54 am

    betul juge tu

  4. 5 norizam Julai 29, 2010 at 12:35 am

    eh..kesiannya, kalau kita bawa je budak ni ke balai polis adakah kecurigaan kita dapat kepastian

  5. 6 Life Of AKU The Episode Julai 29, 2010 at 2:47 am

    tapi en norizam, cara dia jawab tu, nampak betul ceritanya ….wallahua’lam, ad


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: