Berjumpa Dengan Ketua Saintis Dunia

Inilah ketua saintis dunia yang dimaksudkan. Mungkin anda juga pernah berjumpa dengannya

Bismillah walhamdulillah,

11:15 pg, 25 Julai 2010

             Sampai saja di tempat parking ,dengan cuaca yang panas terik, aku labuhkan kedua kaki untuk terus berjalan … pasar minggu seksyen 13, sebelah stadium siapa tak kenal. Hari ni sesak sangat. Sebelum aku mencapai tempe, santan, tahu kering, pesanan isteriku yang katanya nak buat lontong, aku panjangkan kaki ke gerai-gerai yang membuatkan aku ‘kalut’ . Tak tahu mana satu yang ingin  disinggahi.

             Dalam langkah yang sedikit terpaksa dek panas yang membakar kulit, aku tertarik dengan seorang tua yang dikelilingi beberapa orang sedang menyampaikan sesuatu .

saya dalah profeser fizik kerajaan Malaysia ! ” kata orang tua itu

Baru kali pertama aku berjumpa dengannya….. badan ku seolah dikunci untuk berdiri di bawah sinaran matahari, mendengar apa yang sedang disampaikannya.

” think out of the box ” kata orang tua itu

” berfikir dengan otak kanan “

itu adalah antara trademark nya. Pada pagi itu , dia menerangkan kepada semua yang ada tentang sifir.

” sifir yang dipelajari sekolah, adalah sifir menghafal, tak ajak budak berfikir lansung”

Pandangan yang bersifat kontra itu begitu aku setujui. Pandangan beliau adalah pandangan yang  berasas. Semua yang berdiri disekelilingnya, khusu’ dan adakalanya tergelak. Ada pulak yang mencatatnya. Mungkin , nak buat modal mengajar anak-anak, atau student di sekolah.

 

 

Sifir 11 = sifir highway yang antara yang diajar pada pagi tersebut. kaedahnya adalah kaedah berfikir, aku dah dapat satu ilmu yang boleh buat modal mengajar di kelas

Namun, satu persoaalannya ?

Mengapa dia memilih jalan sebegitu ? atau dia tidak diendahkan lansung atas sebab penampilannya, atau ?

aku malas nak fikir, tapi yang aku panas hati, sewaktu beliau memberikan penerangannya, ada suara-suara beruk yang menyindirnya dengan macam-macam bahasa. Walaupun pakaiannya tidak sekemas ‘dia’ yang sekadar menjadi salesman kereta. Tapi maruah dan harga ‘diri’ (salesman itu ) tercela jika nak dibandingkan orang tua  yang hanya mengenakan jubah biru yang lusuh, dan nampak kesan jahitan. Namun, ilmunya begitu tinggi.

” sesungguhnya allah tidak melihat pada batang tubuh seseorang itu, akan tetepi amal kamu dan hati kamu “

orang tua yang saya maksudkan dalam cerita tadi ialah

ABDUL HALIM BIN BISTAMAM

KETUA SAINTIS DUNIA

nama beliau aku dapat dari senaskhah buku hasil tangan beliau yang tercatat nama dan gelarannya. Buku photostat yang berharga rm 5, memberi ilmu dan pengajaran buat manusia bernama hamba. Segala teori yang diperkenalkan olehnya, begitu masuk akal. Wallahua’lam

32 Responses to “Berjumpa Dengan Ketua Saintis Dunia”


  1. 1 mumtazah Julai 25, 2010 at 2:22 pm

    Saya pernah berjumpa dengan beliau. Teringin nak jumpa lagi dengan beliau. Tuan jumpa dia di mana?

  2. 2 Life Of AKU The Episode Julai 26, 2010 at 4:25 am

    mumtazah : di shah alam seksyen 11, pasar stadium

  3. 3 faerrin Julai 29, 2010 at 3:04 am

    saya pernah berpeluang berjumpa dengan beliau, cuma tidak berkesempatan mendapatkan buku beliau, dari mana tuan dapatkan buku cetakan fotostat itu?

  4. 6 lifeofaku Julai 29, 2010 at 10:54 am

    saya beli dengan beliau …waktu tu beliau ada bawa

  5. 7 fadod Julai 30, 2010 at 6:40 am

    salam,

    mmg menarik kuliyah beliau dan saya tergerak utk membeli buku nya. sebenarnya sudah lama saya perhatikan beliau, cuma belum sempat hendak mendengar kuliyah nye..

    tapi kali ni berkesempatan di masjid negara.hehehe.. mmg logik.

  6. 8 Life Of AKU The Episode Julai 30, 2010 at 4:36 pm

    ye betul ,,,,

  7. 9 syam al islam Ogos 22, 2010 at 5:07 pm

    pakcik ni aku mula dgr kuliah free dia dlm thn 2002/03 di UM, kl… lepas tu .. sy masih follow smpi skrng bila terserempak di kl…. org lain pandang dia pelik…. tapi sy rasa… dia ok… tak de masalah

  8. 12 ajejeng Ogos 27, 2010 at 2:15 pm

    assalamualaikum…saya betul2 memerlukan sesuatu seperti ini..jalan yang saya lalui sekarang terlalu banyak simpang dan traffic light..

  9. 13 Nazri September 5, 2010 at 6:43 pm

    Pak Cik kadang ada kat Medan Mara KL…Dia ade lalu kat area situ. Smlm baru aku ckp ngan dia..Slalu jugak nmpk😀

  10. 14 Nazri September 5, 2010 at 6:43 pm

    Pak Cik ni kadang2 ada kat Medan Mara KL…Dia ade lalu kat area situ. Smlm baru aku ckp ngan dia..Slalu jugak nmpk😀

  11. 15 oqip Oktober 7, 2010 at 3:18 pm

    actualy aku penah TDO satu bilik ngn dy,de la dlm 4org that time,sblum subuh dy da bgun,p msjd..itu rutin dy…anyway leh search goole’ketua saintis dunia’,artikel dlm kosmo…try search,tmubual wrtawn ngn pakcik tersebut..mzb

  12. 16 nazren Januari 30, 2011 at 9:01 am

    mahu buku beliau….but how..

  13. 19 farok halim Mac 5, 2011 at 2:51 pm

    Ketua Saintis sedang berada di P.Pinang utnuk road tour Otak Kanan Melayu..Bagi sesiapa yang tidak pernah berjumpa dengan beliau,jangan lepaskan peluang keemasan ini..Mengembara atau bermusafir merupakan tradisi orang-orang soleh. Ianya merupakan antara cara untuk mendidik akal, roh dan nafsu seseorang insan. Akal, roh dan nafsu yang terdidik akan melahirkan manusia yang berperibadi Agong.

  14. 20 Tanpa Nama April 13, 2012 at 6:54 am

    smlm dia ada di tapak pasar mlm tanah merah jitra kedah

  15. 21 toyu April 18, 2012 at 6:24 am

    awat tak bleh access pun link web site tu : http://abdulhalimbistamam.com/

  16. 22 toyu April 18, 2012 at 6:27 am

    dah cuba 4 – 5 kali buka awat tak bleh access pun link web site tu : http://abdulhalimbistamam.com/

  17. 23 Ruslinda binti Wan chik Mei 23, 2012 at 12:47 am

    Saya telah mendengar ceramah yang diberikan oleh Cikgu Halim pada 21 – 22 Mei 2012 di PTSB dan saya dapat merumuskan bahawa beliau adalah seorang yang dapat mengubah pemikiran setiap orang yang mendengarnya, juga berfikir dan merenung apa yang dikatakan adalah masuk akal ….. walaupun saya tidak berpelajaran tinggi ….. saya rasakan semuanya boleh diterima jika orang itu berfikir …..
    Terima kasih kerana memberi pandangan yang luas didepan saya ……

    Tahniah ….. Cikgu Halim ….

  18. 24 Tanpa Nama Julai 6, 2012 at 12:31 am

    saya nampak beliau 2 hari lepas kat jalan india mesjid jamek🙂

  19. 25 zahid Oktober 27, 2012 at 3:50 pm

    hari khamis ada di depan sogo beri ceramah disana…

  20. 26 SHARIF November 11, 2012 at 4:00 pm

    bru tdi jumpa dia kt depan sogo…mmg respect ngan dia…klu tgk fizikal mmg susah nk mempercayai.tpi pakcik ni punyai otak geliga..teorinya mmg amat meyakinkn..kena dgn gelaran ketua saintis malaysia yg tergantung didadanya..SALUTE PAKCIK…

  21. 27 NR April 15, 2013 at 11:57 pm

    Bru hri ahad sy jumpa die kat dpn sogo… mmg seorg yg brani… sgt bijak dgn kata2nya… nmpak ada smangat utk memperkasakan org melayu… harap kerajaan dpt membantu cikgu Halim… tbik spring laa….

  22. 28 Sham April 25, 2013 at 11:44 am

    salam… kpd en farok halim selaku anaknya saya ingin bertanya kenapa laman sesawang http://abdulhalimbistamam.com/ tak boleh buka?
    cikgu halim ada ke mempunyai jadual syarahannya di mana2?

  23. 29 isz Julai 5, 2013 at 6:25 am

    kepada abdul halim atau anak nya farok,kalau boleh upkan balik website en abdul halim agak mudah org mengikuti perkembangan nya. Jikalau ada masalah ttg hosting / domain,boleh hubungi saya.tQ

  24. 30 daus Julai 29, 2013 at 12:22 am

    cikgu halim ade kt bazaar ramadhan nilai 1

  25. 31 Tanpa Nama Oktober 7, 2013 at 9:27 am

    tande road tour ke kat jb ni…teringin nak dengar philosophi dari beliau.

  26. 32 nurulsyazwani rosli Oktober 24, 2013 at 3:52 am

    Assalamualaikum.. saya berminat untuk membuat kajian tentang Tuan Abdul Halim Bistamam. Saya merupakan pelajar semester 3, ijazah sarjana muda pengurusan dan teknologi pejabat, uitm melaka. saya amat berbesar hati kiranya encik boleh berkongsi tentang buku yang berharga rm5. boleh kiranya encik emailkan kepada saya di nurulsyazwani7190@gmail.com. atau hubungi 0177194578. terima kasih encik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: