Hajat Atok Tak Kesampaian

 

Pondok hasil tangan abah, meggunakan kayu-kayu terpakai

Bismillah walhamdulillah,

Walau hanya semalaman aku berada di kampung. Tapi begitu bermakna bagi diri aku sebagai seorang anak.

” abah ! kita ada program, tak balik kot ” jelas ku dekat abah dengan nada serba salah

” laa … kok tak balik, mak dah tunggu ” balas abah dengan nada gurauan

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk pulang. Alhamdulillah, aku rasa tenang bila sampai ke kampung.

” hati orang tua kenalah dijaga “

Iya ! aku tak sanggup nak hampakan mereka. Pagi keesokannya, aku sempat tinjau-tinjau keliling rumah. Macam-macam yang aku perhatikan. Sekali-sekala, terimbau kenangan lalu. Atuk yang dah lama pergi. Namun, dia tetap dikenang. Apatah lagi, bila ternampak sebatang pokok kelapa yang membesar sihat. Tapi, di batangnya, terlihat satu takukan seakan pokok itu menuggu masa untuk ditumbangkan. Takukan itu, adalah hasil daripada tetakan sebilah parang dari tangan seorang insan yang bernama Atuk Juki. Kini, dia tiada lagi. Arwah atuk yang selalu buat kami tergelak bila mengenangkannya.

Inilah batang pokok kelapa yang aku maksudkan. Pokoknya semakin meninggi .

Jalok cesss ! (mintak air gas )

Itu adalah trademark nya. Cess, maksudnya air gas. Kini, hampir 3 dekad , arwah atuk meninggalkan kami. Kampung halamanku, begitu banyak mengimbau kenangan silam yang begitu memilukan. Kerana ada kenangan terindah yang tak dapat dilupakan antara aku, atuk, mak , abah, wak-wak, bibik-bibik, dan semuanya ………

Rambutan , buah tradisonal yang semakin dilupakan.  Banyak pokok-pokok yang berbuah, dibiarkan saja buahnya sehingga busuk. Orang sekarang makan, buah import

 

Inilah rumah arwah atuk, sekarang, paman Jelan yang duduk

Rumah orang tuaku yang dah banyak perubahan

0 Responses to “Hajat Atok Tak Kesampaian”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: