Pergi Clubbing, Hilang Stress

Bismillah walhamdulillah ….

maca mana nak hilangkan stress ?

Kalau ditanya begitu, memang aku tidak ada jawapan lain, melainkan mengadu kepada Allah atau mudahnya

beribadah

samaada solat, baca quran, muhasabah diri, ambil wudhu’, berzikir, dan yang seumpama dengannya. Itulah jawapan paling ideal. Namun, tidak menjadi kesalahan jika ada cara yang lain , asalkan ianya tidak bercanggah dengan syara’. 

stress lah, jom pekena carlsberg sebotol dua

rokok sebatang !

Itu adalah cara yang salah dan bercanggah oleh syara’

” ana, jom beli kamera , abang rasa nak tangkap gambar lah, boleh hilangkan stress ” aku beri cadangan dengan penuh sungguh

” apa isteri tak boleh tenangkan fikiran ke ? ” balas isteriku seolah nak mematikan hujah ku

Aku terkesima seketika. Itulah wanita. Aku hanya tersengih.  Banyak cara sebenarnya. Namun, cara terbaik sepertimana yang telah aku sebutkan di atas tadi. Wallaubagaimanapun, bolehlah diiringi dengan perkara-perkara sampingan. Macam aku, aku memang teringin sangat nak beli

Kamera DSLR

Tapi harganya tak kurang dari seribu setengah ….. Itulah namanya ‘ keinginan’ . Keinginan yang didorong oleh hawa nafsu. Nafsu menginginkan sesuatu yang menyeronokkan. Kalau tak dipandu, maka ‘naik kepala’ lah jadinya.

Nak hilangkan stress jangan biarkan nafsu yang jadi ‘driver’ tapi biarlah hati dan iman kita agar segalanya strees menjadi pulih, bukan punah. Orang yang ‘senteng otaknya ‘ dia akan kata

Jom clubbing,

Lebih teruk lagi

Aku nak bunuh diri

Nauzubillah minzalik …..astaghfirullah …… nafsu memang degil, tapi boleh dijinakkan. Kalau ikut sejarah, nafsu pada asalnya, tak mahu mengaku Allah itu tuhannya, yang dia kata

Lu lu, gua , gua …

Namun setelah beberapa kali direndam di dalam api neraka, barulah nafsu mengaku bahawa Allah itu tuhannya, dan dia adalah hambaNya. Begitu juga, kita. Kita dengan nafsu, mesti ‘act’ dan jangan manjakannya. Puasa adalah salah satu jalan terbaik nak mengajar nafsu. Dia suka sangat bab-bab makan ni. Bab-bab malas, nak tidur, adalah ‘fovourite’ nafsu.

Iya ! aku juga sering diuji dengan nafsu. Terutamanya bab makan. Walaupun berat aku tak sampai ‘1 tan ‘ = 1000kg. Namun, aku suka cerita pasal makan. Nauzubillah min syaiton wan nafs

“ sesunggunhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “

Surah Yusuf : 53

Kesimpulannya : Carilah jalan terbaik untuk menghilangkan stress. Stress dan sedih saling kait mengait. Al-quran banyak ayat-ayat motivasi yang menceritakan bagaimana nak hilangkan stress. Nak bercakap pun kena fikir dulu. Takut-takut kita tersimpang. Wallahua’lam …

0 Responses to “Pergi Clubbing, Hilang Stress”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: