Indahnya Alam Persekolahan

 

Gambar kenangan bersama Ustazah Azura sewaktu di Maahad dahulu

” Abang’ malam ni tak yah gi sekolah lah ” bisik Hana (isteriku) dengan nada keletihan

Dalam hati memang terdetik juga tak nak ke sekolah malam ni. Tapi rasa serba salah dibuatnya. Minggu hadapan , minggu ‘imtihan’ bagi student-student aku. Yang paling genting sekali, adalah pelajar STAM. Minggu mereka semua menghadapi ujian lisan al-Quran. Kebetulan itulah subjek yang aku ajar. Takut juga rasanya, sebab masih ramai lagi anak didik aku yang belum menghabiskan surah hafazan yang telah ditetapkan. Sebab tu aku ‘deal’ dengan mereka untuk buat kelas tasmi’ malam. Namun malam ni, amatlah letih. Tak seperti biasa. Wallahua’lam. Sebenarnya dah biasa juga. Cuma cari alasan nak ‘cancel’ kelas. eh ! gurau ja. Tapi  memang minggu ni, waktu aku sangatlah padat dengan pelbagai program. Hari ni pulak, kelas berderet. Fikir pulak pasal pelajar SMA.

” serahkan diri “

aku rasa, itulah yang membuatkan letih aku hilang. Kalau aku fikir sangat, pasal rehat, nak relaks, enjoy. Maka, semuanya akan jadi serabut. dengan kata mudahnya, ikhlaskan  diri.

” al-waajibat kathirum minal auqat “

Tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu yang ada. Memang benar. Itulah hakikat sebenarnya yang sukar untuk kita terima.

Sebenarnya, cerita aku pasal zaman persekolahan , belum sampai kepada maksudnya. Malam tadi selepas solat isyak. Aku nak inform dekat anak murid aku yang aku tak dapat nak buat kelas tasmie’ macam semalam. Jadi, aku pun pergi ke sekolah, sampai je di tepi kelas, dari jauh sebelah tingkap bersebelahan padang, aku terdengar suara anak murid ku, seperti sedang berlatih teater. Sungguh-sungguh nampaknya mereka tu. Aku bunyikkan hon motor aku, sebagai isyarat memanggil salah seorang daripada anak murid ku.

” malam ni, ustaz tak dapat buat kelas ya ! ” jelas ku, dengan nada yang sedikit menjerit.

” belajar bersyair, subjek adab nusus “

” ok-ok, takpa ustaz ” jawab salah seorang dari mereka.

” buat ape tu ? berlatih apa ? ” tanya ku ingin tahu

Oh ! aku ingatkan nak perform kat pentas mana tadi. Aku nampak keceriaan di wajah mereka. Tak nampak pun wajah-wajah kerisauan. Tok guru pulak yang risau. Memang tak dapat dinafikan. Apa tidaknya. Ramai juga anak-anak murid ku  yang masih belum menghafal surah-surah yang ditetapkan. bukan saja pelajar STAM, malah pelajar tingkatan 3 pun boleh tahan juga. Nak taknak, aku terpaksa arah mereka berdiri dari mula kelas sampai habis kelas aku. Lebih kurang sejam. Allhamdulillah, ada sedikit perubahan. Namun , kerisauan tetap bertakhta. Apa tidaknya. mereka macam belum sedar atau tak sedar lansung yang mereka ada tanggungjawab iaitu sebagai seorang pelajar dan penuntut ilmu.

” sesungguhnya, sabar itu adalah sebahagian daripada iman “

Aku perlu akur dan berusaha untuk menjadi insan yang sabar dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

berbalik pada cerita tadi. Wajah-wajah ceria anak-anak didik ku dari pelajar STAM, mengingatkan aku dan kawan-kawan sekolah rendah dulu. Yang terlintas di fikiranku ialah arwah Jemil “( azmil ). Kenangan main tembak-tembak guna pistol kertas memang aku tak lupa. Aku jadi robocop.

”  Iya !  sebenarnya persahabatan adalah sesuatu yang indah sekiranya kita peliharanya tanpa ada sebarang perasaan hasad dan dengki ‘

” ustaz, macam mana kalau kita ada kawan, tapi dia asyik ejek kita ja, lepas tu kita dah tegur, dia buat tak tahu ja ” tanya salah seorang dari anak murid ku

Aku cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik. Kebetulan waktu tu , tajuk pelajaran yang kami bincangkan adalah tentang adab berkawan. Apa yang dapat aku simpulkan ialah, anak-anak murid ku sedang berhadapan dengan konflik persahabatan. Pelajar tingkatan 4 pun begitu. Mengapa ? jawapannya ada. Namun, aku rasa setakat ini sahaja cerita yang dapat aku kongsikan. Sebab aku cerita , adalah kerana terharu melihat wajah-wajah ceria anak murid ku , pelajar STAM yang ceria bersama rakan-rakannya. Begitulah indahnya alam persekolahan, juga persahabatan

Salam kembali

2 Responses to “Indahnya Alam Persekolahan”


  1. 1 jeff Julai 9, 2010 at 1:00 am

    gambar lama. semangatnya masih sama🙂

  2. 2 Life Of AKU The Episode Julai 9, 2010 at 1:12 am

    syukran u jeff


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: