Menu Berbuka Paling Disukai

Jus Kedondong Asam Boi

kedondongBismillah walhamdulillah,

Kalau sebut berbuka , siapa yang tak teruja. Berbuka kalau tak sebut pasal makanan mesti pelik. Kerana taklah namanya berbuka kalau tak makan. Berbuka puasa waktu bulan Ramadhan merupakan suatu kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Namun, di sana ada juga yang perlu dijaga. Contohnya , waktu berbuka janganlah  makan terlalu banyak atau istilahnya bagi orang yang banyak makan ni ianya dipanggil ” syarhut to’am “.

Persediaan berbuka juga mestilah sederhana dan jangan ada pembaziran. Kalau membazir, nanti jadi saudara syaitan atau sepertimana yang disebutkan di dalam al-quran “ikhwanash syayatin”. Nauzubillah min zalik.

Menu berbuka

Alhamdulillah, sepanjang menikmati juadah berbuka, saya rasa berselera dengan menu yang dihidangkan , samaada ianya dihidangkan oleh mak saya, mak mertua mahupun isteri saya. Tapi memang tak dapat dinafikan, pasti ada satu-satu menu yang begitu menyelerakan. Dan bila saya pergi ke baazar ramadhan, memang semuanya nampak sedap. Setakat ni kalau pergi ke baazar ramadhan, saya suka murtabak. Sebenarnya, kalau bab makanan ni, saya cerewet sikit dan saya suka meneroka rata-rata tempat untuk merasai nikmat makanan sesuatu tempat. Oleh sebab itulah biasanya saya akan cerita dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja bahawa antara minat  saya ialah suka memasak dan bercerita soal makanan. Pengalaman hidup selama 3 tahun setengah di Mesir banyak memberikan kenangan, diantaranya ialah kelainan menu makanannya yang berorientasikan citarasa padang pasir. ” Masyakkal ” organ dalaman yang digoreng kemudian dimakan bersama ‘salatoh’ atau sayur campur itulah menu yang sukar dijumpai ditempat lain. Kalau waktu berbukanya hidangan ruz billaban atau nasi dengan susu, dan air rendaman buah tamar biasa dihidangkan di ‘maidatur rahman’ yang terdapat dilorong-lorong atau disediakan sendiri oleh masjid-masjid.

Murtabak Perantautelur masak kicap

Murtabak Dan Telur Masak Kicap

Di malaysia pula,

iya ! telur masak kicap pun sudah cukup . Apatah lagi menu tersebut disediakan oleh mak saya. Bagi saya, masak kicapnya tak dapat ditandingi oleh sesiapa. Cukuplah menu berbuka disertai dengan air-air buah yang sedikit masam kemudian diletakkan ke dalamnya dengan beberapa ketul ais. Itulah air kegemaran  saya. Setakat ni, air buah kedondong yang saya beli di bazaar ramadhan sungai petani adalah air yang paling sedap dan menjadi kesukaan saya. Dan begitulah ceritanya.

Sebenarnya entri saya tulis kerana sekadar memenuhi kehendak santai-santai di dalam berblog. Kalau nak diisi dengan yang penuh bermanfaat, adakalanya boleh stress dibuatnya sebab kurangya idea dan ilmu didada. Masing-masing ada minat dan kesukaan di dalam memilih juadah berbuka. Bagi saya, tak kisah pun apa jenis makanan yang dihidangkan. Sebab kita perlu belajar untuk menerima seadanya. Dan itulah yang diajar kepada kita supaya bersifat ‘qona’ah’ iaitu memadai apa yang ada.

Tentang tajuk entri saya, dah pun tercapai maksudnya. Anda pula bagaimana ? menu apa yang paling anda suka ? kalau sudi kongsilah bersama. Salam Ramadhan.

” Madrasah Ramadhan momentum Perubahan “

8 Responses to “Menu Berbuka Paling Disukai”


  1. 2 Life Of AKU The Episode September 1, 2009 at 10:45 am

    salam, mak ngah … terima kasih … petang semalam baru merasa bubur lambuk masjed jamek … kebetulan kawan dari penang dia baru balik, bawak bubur lambuk penang, tapi tsedihnya waktu tu dah kenyang .. jadi tak dapatlah nak merasa sebab bubur tu dah diberi pada kawan yang lain …

  2. 5 hayad September 2, 2009 at 9:30 pm

    walaaa tu bhs org2 muda nak menyatakan bende tu sgt best or sedap, hehehe

  3. 7 hayad September 3, 2009 at 3:37 pm

    muda yg tak berapa nak muda dah😀

  4. 8 Life Of AKU The Episode September 3, 2009 at 10:24 pm

    kalau dah tua mengaku muda, tu yg jadi awet mude


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: