Merdekakah Aku ?

child_merdekaBismillah walhamdulillah,

Merdekakah Aku ?

Soalan yang patut kita fikirkan. Saya sendiri tidak pasti dari sudut manakah kemerdekaan yang ingin ketengahkan. Secara umumnya , sebahagian besar rakyat Malaysia memahami erti hari merdeka. Paling kurang mereka akan mengatakan hari merdeka itu adalah hari di mana tanah melayu bebas dari cengkaman penjajah iaitu pada 31 Ogos 1957.

Adakah kemerdekaan yang kita perolehi benar-benar bermakna ?

Secara uumnya juga , semua akan mengatakan

” iya ! ianya begitu bermakna “

Namun, adakah kemerdekaan tanah melayu dari penjajah itu benar-benar dihayati sehinggakan setiap rakyat memaknakan erti merdeka lebih daripada itu ? Saya sendiri masih belum dapat berbuat begitu. Memaknakan erti merdeka bukanlah sekadar merayakan hari 31 Ogos 1957. Ianya boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek kehidupan. Sekalipun , 31 ogos yang menjadi fokus, ia juga perlu dilihat dengan pandangan batin. Maksud saya, dengan menjadikan peristiwa-peristiwa penting sebelum dan semasa mencapai kemerdekaan sebagai panduan dan pengajaran. Realiti bumi Malaysia hari ini sebenarnya masih tidak dapat lari dari serpihan minda penjajah. Dan sememangnya itulah yang penjajah inginkan. Kalau mereka tidak dapat jajah tanah kita buat selamanya, bagi mereka sudah untung jika ada yang mengikut langkahnya.

Erti Merdeka

Untuk mengupasnya, bagi saya sehari pun tidak cukup. Namun, ada beberapa perkara yang mesti difikirkan. Antaranya ialah :

1- merdekakah kita dari cengkaman nafsu jahat dan hasutan syaitan

Memang tidak dapat dinafikan, 2 makhluk ini senantiasa mendampingi kita. Namun, apakah usaha kita untuk memerdekakan diri dari cengkaman mereka ? Jika difikir , syaitan dan nafsu tidaklah sekejam British atau Jepun yang datang ke tanah melayu, kerana mereka hanya menghasut tanpa menggunakan kekerasan. Walaupun begitu, 2 makhluk inilah yang sebenarnya telah membelenggu manusia , lalu tiadalah istilah kemerdekaan iaitu merdeka daripada cengkaman nafsu jahat dan hasutan syaitan. Kiranya kita tunduk dengan mereka, maka senantiasalah kita menjadi hamba kepadanya. Maka jawapannya, aku belum merdeka lagi dari cengkaman nafsu dan hasutan syaitan.

2- Merdekakah kita daripada sifat tercela ?

Modal insan yang dicanangkan hanyalah omong kosong sekiranya sifat-sifat tercela masih terpahat di dalam diri kita. Pada hakikatnya , manusia bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan, sekalipun tercatatnya peraturan samaada yang tercatat di dalam ‘ahkam syariyyah’ mahupun di dalam perlembagaan Malaysia. Apatah lagi, sifat ini bersifat batin melainkan hanya Allah yang benar-benar dapat melihatnya. Maka, seandainya sifat-sifat tercela masih ada, hidup manusia takkan bersatu padu apatah lagi merdeka kerana manusia akan selalu dengki mendengki, ‘dajal-mendajal’, fitnah memfitnah dan bertelingkah. Kalau begitu, maknanya aku belum merdeka daripada sifat-sifat tercela.

3- Merdekakah kita dari fahaman Islam yang songsang ?

Iya ! ini adalah amat penting. Kita harus merdekakan diri kita dari fahaman Islam sonsang atau sesat. Kalau sesat, maka itu bukanlah Islam sekalipun digandingkan dengan kalimah Islam. Islam sebenar, yang tidak sesat itu adalah sepertimana yang dijelaskan melalui perantaraannya iaitu al-quran dan as-sunnah sebagai ‘dusturuna’ (perlembagaan Islam). Bagaimana ingin mengetahuinya ? mudah saja jawapannya

” berusahalah untuk belajar menjadi faham “

Ketahuilah, banyak ilmu tidak semestinya faham. Kerana faham itu adalah anugerah Allah yang diberikan kepada hamba-hambanya yang ikhlas. Namun, ada pula manusia yang faham, tapi ‘menyengajakan’ diri buat-buat tidak faham. Mengapa ? Jawapannya ada di bawah

4- Merdekakah kita daripada dunia dan harta benda ?

Iya. Dunia adalah salah satu punca manusia melupakan apa yang telah difahami. Dunia bukanlah salah untuk dicari bahkan ianya perlu sebagai perantara menuju ke syurga. Namun, kalau dunia dinobat sebagai perkara paling utama, jadilah kita sepertimana qarun yang sombong dengan harta. Kita belum merdeka lagi sebenarnya, andai kita gusar dunia dan harta benda tidak berada di tangan kita. Kita juga belum merdeka andai dunia dan harta yang ada di tangan menjadikan kita tamak dan haloba lalu alpa. Maka, sekiranya begitu, aku belumlah merdeka daripada cengkaman dunia dan harta benda

4- Merdekakah kita dari kezaliman ?

Cuba anda renungkan. Memang maksud zalim itu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Iya ! kalau anda sebagai Muslim, solat itu tanggungjawab yang wajib untuk dilaksanakannya. Oleh itu, andai kita tanggalinya, maka kita adalah zalim. Saya rasa semua telah maklum. Seterusnya, dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia, benarkah kita bebas dan merdeka daripada ‘api kezaliman’ ?

” sudah tentulah bebas, kan Malaysia ni aman dan damai “

Mungkin ini jawapan sebahagian daripada anda. Bagi saya, ianya masih belum sempurna. Mengapa ? cubalah anda fikir kemudian khabarkanlah dan kongsikannya kepada saya. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dimerdekakan. Apa yang pasti bagi umat Islam, istilah merdeka haruslah difahami dengan erti kata yang sebenar dan ianya perlu dihalusi dengan penuh teliti. Jangan semuanya merdeka, sehingga suruhan dan larangan Allah diabaikan. Sekian wallahua’lam

” Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, moga nikmat kemerdekaan ini berpanjangan dan menjadikan kita manusia yang bersyukur kepada-Nya ”

0 Responses to “Merdekakah Aku ?”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: