Diari 1 Ramadhan : Sesaat Membawa Maut

Image2034

Bismillah walhamdulillah …

1 Ramadhan

Perjalanan sejauh lebih kurang 400km menuju ke      selatan selangor begitu menginsafkan saya. Peristiwa yang datang tanpa sebarang isyarat membuatkan saya terkedu buat beberapa ketika. Beberapa bulan yang lalu sebelum peristiwa tersebut saya pernah terlanggar seorang pakcik sewaktu ingin menziarahi sahabat yang kematian ayahnya. Mujur pakcik itu tak apa-apa melainkan hanya luka kecil. Hari ni pakcik itu telah pergi ke pangkuan Ilahi dan untuk kali keduanya, peritiwa seperti itu berulang kembali pada 1 ramadhan baru-baru ini. Alhamdulillah nasib baik bukan orang yang dilanggar tapi hanya besi pembahagi jalan di lebuhraya utara selatan. Seingat saya kejadian itu berlaku di tanjung malim. Peristiwa itu berlaku dalam sekelip mata sahaja. Puncanya,

terlelap

Apa yang menginsafkan ialah, saya dan isteri masih hidup sehingga saat ini. Saya yakin, kesilapan saya itu boleh mengundang maut walaupun sesaat. Kereta yang saya pandu melanggar besi dan bergeser dalam beberapa saat. Kesannya RM350 dihabiskan di kedai cat. Sewaktu peristiwa itu, nasib baik saya terjaga, walaupun saya seolah berada diawang-awangan. Sang isteri yang juga kepenatan , menyergah saya. Saya sendiri hampir lupa bagaimana saya mengawalnya. Apa yang pasti, selepas kejadian itu saya hanya terdiam lalu berhenti ke tepi.

Iya ! Saya hampir maut . 1 Ramadhan yang lalu begitu menguji saya. Isteri saya hanya mendiamkan diri. Waktu itu saya hilang akal dan apa yang saya mampu hanyalah beristighfar. Walaubagaimanapun, saya bersyukur Allah telah menyelamatkan saya dan isteri saya walaupun terpaksa memaksakan diri mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan pada kereta.

” nasib baik, sempat kawal kereta ! kalau tak , mungkin dan masuk jalan sebelah , takdepun kena langgar dengan lori kontena ” jelas saya kepada bang zaidi, sewaktu berbual di masjid

Semua rakan-rakan menasihatkan,

” ambil rehat dalam 15minit dekat R&R ke, kalau mengantuk ” kata seorang teman

Iya ! ianya begitu menginsafkan saya

Moral :

1- Berhati-hati ketika memandu di jalan raya

2- Ketika memandu banyakkanlah mengingati Allah dengan berzikir

3- Jangan memandu di dalam keadaan mengantuk dan keletihan’

4- Jika ajal telah tiba, tiada siapa dapat menghalangnya

2 Responses to “Diari 1 Ramadhan : Sesaat Membawa Maut”


  1. 1 anakkawi Ogos 29, 2009 at 7:05 pm

    iya, aku juga pernah terlelap masa memandu, ternaik la ke divider seketika. nasib baik ada divider, klo terus masuk parit?

    aku juga pernah mamai semasa memandu, ntah macamna yang aku tau, aku dah sampai ke rumah. aku ingat aku cuma sedar bila kereta sudah sampai ke simpang dan selekoh, buka mata dan tanganku secara automatiknya memusing stering, sekali, dua kali, tiga kali, dan empat.. ntah.. yang pasti perjalanan ke rumahku ada banyak simpang dan roundboard.

    aku juga hampir terlelap semasa memandu, tiada r&r, cuma terus berheti di tepi warung, (aku nampak byk kete, blasah je berhenti), rendahkan seat dan terus… lelap…

    ahahah, itu satu obat yg sgt baik, kalau xtahan sangat, tidur aja, aku pernah tidur 2-3 jam di r&r dan tepi jalan semata2 kerana kepenatan memandu…

    • 2 Life Of AKU The Episode Ogos 30, 2009 at 12:20 am

      kadang–kadang kite confident tak ngantuk bile nak drivte, tp ia dtg secara tibe-tibe … itu yg bahaya tu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: