Ramadhan Momentum Perubahan


Suasana yang begitu sinonim ketika bulan Ramadhan di Mesir

Bismillah walhamdulilah,

” Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui ” Surah al-Baqarah : 183

Tak sangka, rupanya Ramdhan akan tiba lagi. Adakalanya saya rasa takut untuk menghadapi Ramadhan.

Mengapa ?

Saya takut tidak dapat memanfaatkan keistimewaan bulan kurnian Allah yang banyak itu dengan sebaiknya. Lalu saya akan menyesal tak sudah. Memang tidak dapat dinafikan, kehadiran Ramadhan juga menimbulkan bibit-bibit rasa gembira dan kehadirannya juga mencetus rasa hiba dikala mengimbau kenangan Ramadhan yang lalu ketika di rantauan. Iya ! saya masih ingat . Walaupun Allah menjadikan setiap tempat itu berbeza-beza, namun tempat yang berbeza itu tetap melalui bulan Ramadhan yang sama. Hal tersebut memang tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang wujud itulah membuatkan ianya sukar untuk dilupakan. Anda pernah makan ‘eish’ ? (sejenis roti arab) dan makan ‘ruz billaban’ ( nasi dengan susu) ? Bagaimana pula dengan berbuka puasa di ‘maidaturrahman’ ? Mungkin ianya jarang-jarang didapati di negara ini, tapi di negara arab seperti Mesir ianya menjadi suatu kelaziman bagi ‘masriyyin’ atau orang-orang Mesir.

Hari ini, hampir 2 tahun saya meninggalkan bumi itu. Adakalanya saya lupa lansung tentangnya, namun bila diimbas kembali, terus hati ini menjadi hiba. Saya ni jenis kekok bila berjauhan dengan keluarga. Tapi, bagi saya Mesir begitu kuat menarik saya untuk sentiasa mengingatinya. Pengalaman melalui beberapa kali Ramadhan di Mesir memang ada kelainan.

Ramadhan Momentum Perubahan

Saya ingin menjadikan ia sebagai motto perjalanan Ramadhan yang bakal saya lalui insyaAllah. Bukan bermaksud untuk mengenepikan bulan-bulan yang lain dan saya yakin anda semua memahaminya tanpa perlu saya menjelaskannya. Kelmarin saya sibuk menanda kertas jawapan ujian bagi pelajar tingkatan 2 Sek Men Berasarama Penuh Integrasi Gombak. Dalam ujian tersebut, diantara soalan yang ditanya ianya berkaitan dengan bulan Ramadhan, maksud, keistimewaannya serta amalan-amalan utama di dalamnya. Saya terfikir juga, selama saya hidup ini, saya masih belum dapat mengingati maksud Ramadhan itu. Astagfirullah. Mungkin ianya disebabkan saya menganggap enteng atau memang saya malas untuk ambil tahu. Iya ! saya memandangnya sebagai suatu rahmat. Walaupun saya seorang yang memiliki ijazah, pernah belajar di luar negara, tapi saya tidak boleh memandang rendah dengan ilmu yang dipelajari oleh pelajar sekolah menengah. Waktu itu barulah saya mengerti, sedikitnya ilmu di dalam diri. Mungkin anda pernah mengalami situasi sebegini atau mungkin anda sentiasa berada di zon selamat. Saya rasa, banyak pengajaran yang telah saya perolehi sepanjang berada di sekolah tersebut sebagai guru praktikal.

‘ hidup itu adalah pelajaran ‘

Iya ! kita boleh belajar melalui kehidupan sekiranya kita mahu dan dengan belajarlah manusia itu menjadi tahu. Oleh sebab itulah. Quran dengan gaya bahasanya banyak menimbulkan persoalan tentang ‘hidup berfikir dan hidup mengambil pengajaran’. Lantas, manusia yang lansung mengabaikannya menjadi dungu akibat sikap tidak mahu mengambil tahu. Adakalanya saya hampir mengalah di dalam medan perjuangan. Bayangkan anda menjadi guru yang sedikit tahunya ? Suatu perkara yang tidak harus anda abaikan ialah, tugas guru bukanlah semudah yang disangkakan walaupun guru banyak diberi cuti seperti murid-murid sekolah. Kalau sekadar nak dapat gaji, tugas itu memang mudah. Tapi sekiranya kita menjadi guru untuk membina modal insan, saya rasa gaji yang diterima tidak lah setimpal dengan tugasnya. Tak mustahil guru boleh gila, sekiranya dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya dan dalam masa yang sama dia mengalami tekanan yang begitu hebat. Iya ! sekali lagi ingin saya tegaskan, tugas sebenar guru bukan seperti mengupas kulit kacang yang rapuh , tapi ia ibarat ‘mengoncek’ kulit buah durian yang gugur belum waktuknya. Fikir-fikirkanlah .

Sebenarnya, dah lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Iya ! adakalanya kita perlu sesuatu yang meransang. Kerana dengan ransangan itulah membuatkan kita pantas untuk melakukan sesuatu kerja. Ataupun kita sendiri harus mencetuskannya tanpa meminta orang lain untuk meransang kita. Maaf ! jangan salah sangka. ‘Ransang’ yang saya maksudkan ialah motivasi. Al-quran juga banyak menggunakan kaedah meransang di dalam menyeru manusia melakukan kebaikan.Oleh sebab itulah, kita juga perlu menggunakannya di dalam meneruskan kelansungan proses dakwah apatah lagi Ramadhan yang penuh berkat akan tiba.

Moral

Sebenarnya, entri kali ini sekadar memenuhi keinginan yang begitu ‘membara’ ketikamana mengunjungi blog-blog sahabat-sahabat yang penuh dengan isi-isi bermanfaat dan terkini. Iya ! itu juga satu ransangan yang kita tidak perlu minta orang berikan kepada kita tapi kita carinya sendiri. Entri ini juga, mugkin disebabkan Ramadhan yang bakal tiba . Iya ! Ramadhan Momentum Perubahan. Moga anda juga seperti saya. Selamat menjalani ibadah puasa dan Ramadhan yang bakal tiba. Ramadhan Kareem …. Wassalam

” Puasa itu pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk yang membezakan antara yang hak dan yang batil. Barangsiapa yang hadir di antara kamu di bulan Ramadhan, hendaklah dia berpuasa. Barangsiaoa yang sakit atau di dalam perjalanan , maka gantilah puasa pada hari lain Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran …… “

Surah al-Baqarah : 185

2 Responses to “Ramadhan Momentum Perubahan”


  1. 1 Mohd Bakri Ogos 21, 2009 at 12:14 am

    Assalamualaikum wbt,
    ustaz kamal, izayyukuma? Hmmm….dah kahwin kan? heheh… ana alhamdulillah sihat. Skrg kerja di Darul Quran…ngajaq….dulu belajaq…..

    So apa citer, bile nak upgrade title bapa pulak?

    hehehe…

    • 2 Life Of AKU The Episode Ogos 21, 2009 at 1:50 am

      waalaikumussalam…alhamdulillah sehat …. macamtulah ceritanya ….. betul tu … dulu belaja, la ni kita mengajar … jadi bapak ? insyaAllah gai gai ….🙂 yang enta tu bile lagi ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: