Konsert JH Hidang Penari Seksi

123

Bismillah walhamdulillah,

26 hb Julai 2009, lebih kurang jam 10.15 malam, seperti biasa tv3 masih istiqomah menghidangkan hiburan melampau di dalam konsert Jom Hebohnya. Memperagakan penari wanita yang ‘seksi’. Pencampuran antara laki dan perempuan.  Di mana halalnya pun saya tidak tahu. Walaupun isu konsert jom heboh ini pernah panas suatu maa dahulu, bagi saya ianya masih lagi panas dan perlu dihentikan. Macamana nak membina modal insan kalau beginilah rupanya. Kerajaan Abbasiah jatuh diantara sebabnya adalah budaya hiburan yang berlegar disekeliling masyarakat pada waktu itu.

Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua agar tidak terjebak dengan program sedemikian.  Wallahua’lam

p3

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya ”

3 Responses to “Konsert JH Hidang Penari Seksi”


  1. 1 pakcikli00 Julai 26, 2009 at 9:16 pm

    mudah saja , campakkan saja TV dalam sungai habis cerita. kerana tiada bezanya antara yang cela dengan yang mencela kedua duanya tercela.Lagi satu kalau tak boleh terima buruk baik didunia ini, pindah sajalah ke surga tapi ingat, di sana tidak ada orang tercela. Orang lain ini bodoh sangat ke sehingga tak nampak mana yang lucah atau tidak. Susah susah ada TV susah ada Komputer susah ada kereta susah sebenarnya semua kerana tak tahu. terima kaseh.

  2. 2 nuriman Julai 27, 2009 at 2:20 am

    salam akhi..dah lama tak tengok jom heboh, dan syukur rasanya kerana tak tergerak hati nak tengok benda2 macam ni..tak minat. aik pakcilli awat marah sangat tu.senang2 je tengok je APL gambar binatang..

  3. 3 istiroah Ogos 1, 2009 at 1:52 pm

    TEPUK DADA TANYA SELERA MASING 2 PUNYA AKAL..
    APA-APA HAL FIKIRLAH SENDIRI……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: