Saya Letih

766846211_1a805d3540_m

retype ….

Tak sangka entri yang bertajuk ‘ saya letih ‘ versi original tak dapat di publish. Ianya hilang serta merta sewaktu menyimpannya sebagai draf. Masuk ni dah banyak kali perkara yang sama berlaku.

Salah siapa ? dan mengapa ?

Saya tiada bukti untuk itu. ‘ala kullihalnya, saya cuba juga untuk terus menulis sekadar memenuhi kehendak rasa ingin berkongsi pengalaman yang sedikit ini. Pagi tadi, selesailah sudah peperiksaan akhir bagi semester dua. Dan berakhirlah sesi kuliyah saya di Institut Pendidikan di UIA ini. InsyaAllah tak lama lagi saya akan melangkah ke alam baru sebagai seorang guru pelatih di sekolah.

Iya ! saya letih. Saya letih memikirkan tentang tugasan dan amanah. Demi Allah ! amanah begitu berat untuk dipikul apatah lagi insan seperti saya. Pengalaman selama tujuh bulan menjadi pelajar banyak mengajar saya erti amanah. Adakalanya, saya mengeluh sebab banyak amanah yang saya terima, tapi saya gagal untuk menyempurnakannya. Persoalannya

Apakah perlu kita tinggalkan amanah , lantaran kelemahan dan kekurangan ?

Sewaktu di Mesir saya pernah diberi tanggungjawab sebagai exco dewan perwakilan mahasiswa, setibanya saya di UIA ini, saya diberi tanggungjawab memegang jawatang exco persatuan bagi program khas pendidikan. Saya akui saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan ianya adalah cabaran yang begitu hebat saya tempuhi dan akan terus tempuhi.

Justeru, apa tindakannya ?

Iya ! saya perlu bersedia dan berubah. Begitu juga anda . Setiap saat yang dikurniakan kepada kita begitu bermanfaat. Dan diantara perkara yang perlu kita lakukan di dalam setiap saat itu ialah berubah. Memang tidak dapat dinafikan, letih rasanya bila banyak memegang amanah. Namun setiap amanah yang kita pegang dengan berbekalkan masa yang Allah kurniakan ianya menjadi perhitungan dan kita semua akan dipertanggungjawabkan.

Apa resolusinya ?

Kita harus sabar di dalam melaksanakan amanah dan serahkanlah segala yang kita buat itu semata-mata kerana Allah s.w.t. Mudah-mudahan ianya menjadi batu loncatan untuk mencapai syurga Ilahi di akhirat nanti.

0 Responses to “Saya Letih”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: