Budak Syaitan : Siapa Sebenarnya ?

syaitan

Bismillah walhamdulillah ..

Budak syaitan. Iya mungkin itulah simbolik bagi menjelaskan realiti segelintir remaja masa kini yang telah rosak. Maaf ! saya tidak maksudkannya. Gelaran seumpanya juga seperti sampah masyarakat, budak pelesit, budak jahat, budak rosak dan sebagainya sentiasa dilemparkan kepada mereka. Maka yang termasuk di dalam golongan orang yang menggelarkan mereka seperti nama-nama di atas adalah segelintir manusia yang bergelar ustaz atau pendakwah.

Salah atau tidak ?

” hari ini, remaja muslim telah rosak, mereka berperangai seperti syaitan ! ” kata seorang ustaz dengan lantangnya

Ungkapan seumpama itu  mungkin pernah kita dengar atau mungkin biasa kita dengar ..

Saya lontarkan soalan ini untuk kita fikirkan bersama. Namun , satu perkara yang perlu kita tahu ialah, di dalam berdakwah tidak sepatutnya kita terus menghukum dan melemparkan kata-kata seperti yang saya telah sebutkan tadi.

Kenalkah kita siapa budak syaitan itu ?

Satu lagi persoalan yang mesti di jawab oleh kita semua dan terutamanya  golongan yang melibatkan diri di dalam arena dakwah. Iya, secara umumnya kita tahu keadaan remaja masa kini semakin membimbangkan. Tapi kenalkah kita siapa mereka itu ? Kenalkah kita siapa nama  salah seorang daripada budak-budak berperangai syaitan yang kita maksudkan itu ? Kalau kita hanya tahu melemparkan gelaran-gelaran seperti itu, dalam masa yang sama kita lansung tidak mahu turun mengenali dan mendekati mereka. Maka tidak adillah kata-kata itu.

Metod Berdakwah

Yang paling penting ianya dilaksanakan dengan penuh bijaksana. Kita boleh menggunakan cara gaya berdakwah yang pelbagai dalam masa yang sama kita masih berpegang pada prinsip dan asas berdakwah. Jangan sebab kita nak dekati remaja-remaja yang bermasalah, kita ikut sekali apa yang mereka lakukan sedangkan ” matlamat tidak menghalalkan cara “. Pendakwah atau penceramah harus bijak mengeluarkan kata-kata agar setiap daripadanya membawa makna dan memberi kesan. Metod turun padang perlu diaplikasikan kepada pendakwah masa kini. Bukan sekadar bercakap lantang dan menghukum itu dan ini. InsyaAllah ianya akan membantu dakwah kita menjadi dakwah yang efisyen.

Tugas Dakwah UntuK  Siapa ?

” barangsiapa yang mengatakan tiada tuhan selain Allah maka dia adalah pendakwah “

Iya ! kita semua adalah pendakwah pada dasarnya. Namun, yang melaksanakan tanggungjawab dan bebanan dakwah pada hari ini hanya segelintirnya sahaja. Memang tidak dapat dinafikan tugas tersebut bukan calang-calang tugas, namun janganlah kita melepaskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada para penceramah , pendakwah bebas, guru-guru , ustaz-ustaz atau ulama’ulama’. Ianya adalah tanggungjawab bersama.

Maka sekiranya ia berlaku, insyaAllah, budak syaitan dan yang seumpama dengannya tidak akan wujud.

2 Responses to “Budak Syaitan : Siapa Sebenarnya ?”


  1. 1 nuriman Julai 13, 2009 at 11:52 am

    Salam alaik…

    entahlah ya kenapa remaja2 sekarang ni jadi begini?Adakah tidak di didik dengan ilmu agama secukupnya? Kenapa remaja sekarang semakin teruk perangainya? Bukan hanya pelajar lelaki tetapi pelajar perempuanpun ganas juga..

  2. 2 Life Of AKU The Episode Julai 13, 2009 at 12:11 pm

    waalaikumussalam …

    Mengapa ? Bagi saya satu saja jawapan yang mudah iaitu Islam adalah jalan penyelesaian. Semua orang berperanan dalam membentuk masyarakat Islam. Banyak faktor yang boleh kita muhasabah , mengapa mereka jadi begitu.. diantaranya ialah diri remaja tersebut yang tiada pegangan agama yang kukuh, selain itu diri orang lain yang hanya tahu menghukum tapi tidak mahu mendekati remaja seperti mereka … selain itu , mungkin pihak pemerintah kurang memainkan peranan di dalam membentuk remaja yang berakhlak dan baik …

    wallahua’lam …


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: