Piala Konfederasi : Mabruk Ya Misr

r1322907065

Maaf jangan salah sangka. Saya bukan penyokong Husni Mubarak. Saya hanya penyokong bola sepak Mesir secara kebetulan.

Pengalaman yang lalu ketika berada di bumi padang pasir lagi berdebu itu, telah terimbau kembali dengan berlansungnya perlawanan bola sepak Piala Konfederasi iaitu antara Mesir dengan Brazil. Saya tertengok tanpa sengaja dan apa yang tidak disangka-sangka ialah malam itu saya ‘tersarung’ jersi Egypt yang dibeli dengan harga sekitar LE 25 di kedai menjual pakaian sukan dekat Attaba. Pada mulanya saya begitu malu sebab Brazil telah mendahului 1-0.

Tak lama selepas itu, Mesir dapat menyamakan kedudukan dan seterusnya ketika hampir dihujung perlawanan, keputusan terikat 3 -3 . Saya semakin ghairah. Mesir telah berubah. Pemainnya pun hebat-hebat diantaranya abou treika, amr zaki, ahmad hasan, Zidan dan ramai lagi. Rakyat Mesir begitu meminati bola sepak. Apatah lagi jikalau Mesir menang.

Sepanjang tayangan perlawanan tersebut, apa yang membuatkan saya ghairah ialah apabila disekeliling saya tediri dari pak-pak arab yang turut sama menonton dan memberi sokongan kepada pasukan Mesir. Suasananya tak ubah seperti di kedai-kedai kopi di Mesir. Ada saja perlawanan bola yang disiarkan, mereka pakat-pakat berkumpul dan bersorak. Adakalanya sorakan mereka begitu kuat untuk di dengari dari jauh lagi. Itulah ‘taasub’ nya sesetengah dan boleh dikatakan kebanyakan rakyat Mesir dengan bola sepak.

Berbalik kepada perlawanan tadi,

Di dalam keghairahan Mesir yang berjaya mengkotak-katikkan Brazil, akhirnya Brazil berjaya mendapatkan satu gol bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya. Gol diperolehi hasil daripada sepakan penalti yang diambil oleh Kaka pada minit yang ke 90 kalau tak silap saya dan keputusan terikat sehingga wisel penamat. 4 Brazil, 3 Mesir . Saat itu semuanya terdiam dan terpaku. Saya tahu mereka kecewa. Namun ianya hanyalah sekadar perlawanan bola sepak. Kekalahannya hanya dirasai pada waktu itu sahaja. Apa pun, mabruk ya Misr kerana mempamerkan aksin yang begitu cemerlang dan nampak perubahannya. Sebelum ini, Mesir dikatakan jaguh kampung sahaja, tapi sekarang tidak lagi.

Dan apa yang pasti ialah Husni Mubarak telah membuatkan umat Islam hampa dengan sikapnya

Mengapa ? anda fikir-fikirkanlah. Wa akhiran, Mabruukk Ya Misr

Sila Luangkan Masa Untuk Mengundi

Sekian Terima Kasih

2 Responses to “Piala Konfederasi : Mabruk Ya Misr”


  1. 1 Farid Rashidi Jun 22, 2009 at 4:08 am

    Assalamualaikum..

    Mesir kalah malam tadi dengan USA 3-0 maka tidak melayakkan diri untuk ke separuh akhir.

  2. 2 Persatuan Pendidik Ummah Jun 23, 2009 at 1:09 pm

    😦 … hampa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: