Geng Gagak Hitam : Taubatnya Farouq

22

” Barangsiapa dikehendaki Allah akan menunjukkannya, nescaya dilapangkan dadanya bagi Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah akan menyesatkannya, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seolah-olah dia hendak naik ke langit. Demikianlah Allah mengadakan seksaan untuk orang-orang yang tidak beriman.

” Farouq ! lari Farouq ! polis datang ! ” tempik Blorong kepada Farouq dan beberapa gengnya yang lain.

Semacam itulah kehidupan Farouq dan geng-gengnya. Selalu saja Polis datang menyerbu ke rumah tempat Farouq dan geng-gengnya tinggal. Kehidupan mereka tak ubah seperti arab badwi yang asyik berpindah randah. Ada saja rumah-rumah baru yang di sewanya sebagai langkah mengelak daripada buruan polis. Mereka adalah suspek yang begitu dikehendaki oleh Polis atas beberapa siri-siri rompakan yang telah dilakukan. Mereka lebih dikenali sebagai Geng Gagak Hitam. Namun, kegiatan mereka tidak pernah gagal.

Mereka menjadikan malam minggu sebagai ‘malam cari makan’. Rutin mingguan mereka biasanya merompak dan menyamun di rumah-rumah sekitar daerah Klang. Pendek kata, Klang adalah ‘port’ jajahan mereka.

Geng Gagak Hitam terdiri dari 7 orang semuanya yang diketuai oleh Ringgo, pemuda kacak berdarah Cina. Manakala Farouq pula dikira sebagai junior dalam kumpulan tersebut kerana baru 3 kali dia mengikuti Geng Gagak Hitam merompak. Oleh sebab itulah, geng-gengnya selalu saja memanggil Farouq dengan gelaran Bongcu yang diambil dari perkataan bongsu.

Manakala geng-geng Farouq yang lain ialah, Jono, Adeng, Macet, Blorong dan Ah chong. Mereka semua telah melibatkan diri dengan aktiviti rompakan lebih dari 10 kali. Walaupun begitu, geng gagak hitam masih bersih dari jenayah pembunuhan berbanding dengan kumpulan-kumpulan penjenayah yang lain. Contohnya Geng Mamak yang terkenal dengan ‘aktiviti rompakan berani mati’ nya. Kehidupan Farouq sebagai anggota Geng Gagak Hitam merupakan titik permulaan hidupnya sebagai seorang penjenayah.

Pada suatu malam, dekat Taman Sri Andalas. Mereka telah merancang untuk merompak sebuah rumah banglo dua tingkat milik seorang pengurus restoren dekat Bandar Bukit Tinggi.

” Farouq ! kau masuk dulu, aku dengan yang lain khusya dekat belakang ” arah Ringgo dengan nada berbisik

” ok bos ! apa-apa hal bos bagi isyarat ye ! ” balas Farouq dengan suara yang terketar-ketar. Entah apalah yang difikirkan oleh Farouq. Namun, dia tetap nekad.

Lalu, pintu dapur rumah tersebut di pegang-pegangya sambil tangan kanan Farouq memutarkan ‘skrew driver’ bermata halus dekat lubang kunci tombol pintu itu. Tak sampai pun seminit dengan kepakaran yang dimiliki oleh Farouq hasil ‘tarbiyah’ Ringgo sebelum ini, maka pintu rumah di bahagian dapur itu dapat di buka.

” ok ! ” bisik Farouq kepada Ringgo dan gengnya yang lain sambil menggerakkan tangannya sebagai isyarat masuk ke dalam rumah itu. Malam itu , yang mengikuti ‘sesi cari makan’ hanya 4 0rang sahaja iaitu Jono, Ringgo, Adeng dan termasuklah Farouq. Manakala gengnya yang lain, Ah Chong, Macet dan Blorong menunggu di simpang jalan berdekatan rumah yang menjadi sasaran rompakan Geng Gagak Hitam.

” Farouq ! kau masuk bilik sebelah depan, yang lain naik ke tingkat atas ” arah ringgo seperti seorang ‘think tank’ yang hebat.

” Beres ! ” Farouq dan geng-gengnya berikan isyarat patuh sambil menggenggam tengan melainkan ibu jarinya dijulurkan sebagai isyarat ‘ok’ kepada Ringgo.

Dengan terinjak-injak kakainya, Farouq melangkah dengan penuh cermat takut-takut jejak mereka dapat dihidu oleh tuan rumah. Namun begitu, maklumat yang mereka perolehi, hasil intipan Macet pada sebelah petang sebelum mereka datang pada malamnya, tuan rumah dan keluarganya telah keluar yang kelihatan seperti hendak pergi jauh. Kebetulan pada malam itu, kereta milik tuan rumah yang dilihat pada petangnya tidak ada. Jadi, mereka menjangka yang tiada sesiapa di rumah, Namun begitu, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga agar ‘plan’ mereka berjaya seperti di rancang.

” dub ! dab ! dub ! dab ! ” bunyi degupan jantung Farouq seperti gabrah. Kemudian langkah kaki Farouq telah hampir dengan bilik yang dimaksudkan oleh Ringgo. Lalu dengan perlahan Farouq menyelak kain langsir yang tergantung di depan pintu bilik itu sambil menoleh kiri kanan. Lantas, dibukanya lembut-lembut pintu bilik itu.

” fuhh ! ” Farouq menarik nafas lega sambil berdengus. Bilik yang menjadi sasarannya itu kosong dengan pemiliknya. Lalu dengan pantas, Farouq ‘mengaret-aret’ baju-baju yang tersusun kemas di dalam almari. Matlamatnya yang satu itu di arah penuh tumpu. Sekali sekala Farouq cuba menukar posisi tubuhnya sebagai tanda berjaga-jaga. Di almari itu, ada juga seutas dua rantai berwarna emas , dapat di capai oleh tangan Faoruq. Hasil yang diperolehi oleh Farouq masih belum mencapai ‘target’ nya. Sementela Ringgo dan geng-gengnya sibuk menggodek barang-barang yang terdapat di dalam bilik tingkat atas rumah tersebut.

Waktu itu, Farouq semakin berani. Gerak langkahnya terus ‘dibanterkan’ dan tangannya bergoncang nakal. Namun, keghairahan itu bertukar tidak semena-mena.

” hah ! ” Farouq seolah terkejut. Badannya kaku bak terkena angin ahmar sambil mulutnya terlopong bulat. Biji matanya tertumpu pada rak buku yang terpaku di dinding bilik itu. Farouq yang mulanya berani, menjadi ketakutan. Sedikit-sedikit cuba di dekatinya rak buku itu sambil matanya melihat ke arah benda yang membuatkan dia terkedu dan benda itu adalah sebuah buku berwarna hijau. Lalu di capainya buku itu sambil dengan tangan yang terkulai layu.

Kemudian daripada itu, Farouq geng Gagak Hitam yang terkenal dengan ‘ketaikooanya’ kelihatan teresak-esak menangis . Benak fikirannya hanya tertumpu pada buku itu. Lalu ….. bersambung di episod akan datang….

3 Responses to “Geng Gagak Hitam : Taubatnya Farouq”


  1. 1 zuhana_gagak hitam@yahoo.com Jun 3, 2011 at 9:41 am

    saya na kuasa 2 ingin turut serta dalam geng gagak hitam…saya harap pihak tuan dapat menerima saya sebagai ahli gagak hitam…tq

  2. 2 flegios Mei 4, 2012 at 6:16 am

    cerita yang menarik,teruskan wahai sahabat!!~

  3. 3 faathir Januari 9, 2013 at 2:15 pm

    terus kan jela. nak sambung pe hal. nampak sangat cam menipu. aku nak taw kumpulan gagak htm yang sebenar2nya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: