Kerajaan Perpaduan : Berilah Ruang

” alif laam miim, apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, kami telah beriman, tanpa mereka dapat ujian, dan sesungguhnya telah Kami uji orang-orang yang sebelum mereka supaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta (dengan jelas dan nyata ) ” al- ‘Ankabut : 1-3

Semenjak berakhirnya Muktamar PAS, isu kerajaan perpaduan masih menjadi perbualan hangat. Saya ‘malas’ nak mengulasnya dan memang tak pandai nak mengulas apatah lagi ianya ada kaitan dengan nama besar di dalam parti Islam. Dalam masa yang sama kita sendiri pun masih belum tahu ‘kerajaan perpaduan’ yang dimaksudkan itu bagaimana. Apakah kerajaan perpaduan itu memberi maksud bergabung dengan UMNO, atau sekadar memberi maksud berbincang dengan UMNO atau apa-apa saja.

Apa yang menyedihkan ialah, isu ini telah menghambat sesetengah penyokong dan pendokong parti Islam ke dalam ‘biah yang tidak soleh’ . Namun lebih teruk lagi, ada yang menggunakan ‘isu’ ini sebagai pencetus kepada bibit perpecahan di antara satu sama lain. Na’uzubillah min zalik.

Kerendahan ilmu, bukan bermakna tidak boleh memberi pendapat. Saya menganggap apa yang sedang melanda ini sebenarnya adalah ujian dan cabaran kepada orang-orang yang beriman. Apatah lagi kepada orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan perjuangannya dalam menegakkan Islam. Oleh sebab itulah, setiap tindakan kita biarlah ianya di dasari dengan iman. Kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Tuan Guru Presiden Haji Abdul Hadi Bin Awang memang perlu kepada penjelasan. Maka, saya merasakan ianya perlu di beri ruang dan peluang. Janganlah kita mudah-mudah menghukum. Islam mengajar kita berakhlak dan beradab. Kalau kita sayang dengan parti Islam yang mendokong al-quran dan as-sunnah sebagai perlembagaannya dan kita yakin jamaah yang kita sertai itu adalah jamaah yang ‘haq’, maka peliharalah ia dari sebarang celaan. Memang kita ‘arif apa itu wala’ dan apa itu hormat, pendek kata kita tahu semuanya. Tapi biarlah ‘arif itu digandingkan dengan akhlak dan adab.

Saudara dan sahabat yang dikasihi sekalian, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa ini adalah ujian. Sekalipun kita tidak setuju, tapi biarlah ‘rasa tidak setuju’ itu dizahirkan dengan penuh sopan dan berakhlak. Saya lihat, ada di kalangan manusia yang tak dikenali apakah pegangannya dan apakah mazhabnya telah menggunakan ‘wadah maya’ ini dengan lagak dan sombongnya menyindir sinis tok-tok guru, ustaz-ustaz, dan juga pemimpin parti Islam. Dengan nama Allah Tuhan sekelian alam,

” sesungguhnya, orang-orang yang takutkan Allah itu adalah

hamba-hambanya di kalangan orang-orang yang berilmu ( ulama’ ) .

Ketahuilah wahai pendokong dan penyokong parti Islam ! setiap muslim dan mu’min adalah bersaudara. Setiap ahli jamaah juga adalah bersaudara. Maka, eratkanlah persaudaraan itu dengan penuh rahmat dan hormat diantara satu sama lain.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)

Janganlah dek kerana kemenangan yang ‘ secubit’ itu, kita lupa siapa kita sebenarnya. Firman Allah s.w.t :

” Maha suci Allah yang di tanganNya kerajaan pemerintahan dan Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu ” al-Mulk : 1

Selesaikanlah ianya dengan penuh hikmah bukan dengan fitnah memfitnah. Fitnahlah yang buat rosaknya ummah, fitnah juga telah memecah belah ummah. Maka, kembalilah kepada fitrah. Dengan fitrah, ummah berada di bawah mawaddah dan juga rahmah.

Muhasabah :

Atas dasar cintakan jamaah . Saya yakin, setiap penyokong dan pendokong parti Islam, sayangkan tok-tok guru, pemimpin-pemimpin, dan juga ahli-ahli yang berada di dalam perjuangan Islam. Maka, apakah sanggup kita melihat parti Islam yang kita dokong dan sokong selama ini musnah dengan mencetuskan bibit-bibit perpecahan , fitnah dan mehnah ?

Maka, berilah ruang, jangan mudah menghukum. Wallahu a’lam

” dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mu’min ”

3 Responses to “Kerajaan Perpaduan : Berilah Ruang”


  1. 2 Life Of AKU The Episode Jun 10, 2009 at 3:17 pm

    Ust Nazir : ok 2

    Sumber dari : blog dewan pemuda kuala terengganu

    —KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

    10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

    Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

    Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

    ANWAR IBRAHIM
    KETUA PEMBANGKANG
    DEWAN RAKYAT MALAYSIA

  2. 3 kadiology Jun 18, 2009 at 3:08 pm

    assalamualaikum,.

    sebagai ahli UMNO saya menyambut baik kerajaan perpaduuan ini walau pon kurang faham apa sebenar benarnya kerajaan perpaduan itu. tapi pada pengamatan saya, kerajaan perpaduan yang di maksudkan itu ialah persetujuan antara UMNO dan PAS dalam isu isu common yang melibatkan survival dan kepentingan orang islam dan melayu di negara ini.

    kita semua maklum, UMNO lemah, PAS pula bukan domninan di dalam pakatan. akibat dari peristiwa ini, UMNO di tekan oleh komponen2nya seperti gerakan dan MCA, manakala PAS pula di tekan oleh DAP dan PKR. sejak sekian lama, UMNO adalah kuasa dominan dalam landskap politik negara.

    tetapi apabila parti tunjang orang islam dan melayu ini menjadi lemah, maka saya rasa molek sungguh jikalau dua parti terbesar orang islam ini yakni UMNO dan PAS duduk berbincang. janganlah kita batu apikan niat murni ini.

    saya bukan orang agama, tapi saya rasa dalam Islam pon menggalakkan perpaduan. kalau ada dua kumpulan bertelagah, cari lah titik pertemuan antara dua puak tersebut. janganlah kita awal2 lagi dah bersangka buruk akan niat ni. saya sebenarnya letih lihat orang islam bersengketa sesama sendiri. yang tepuk tangan ialah DAP, gerakan, PKR dan MCA. mereka walau pon berlainan parti, tetapi bersatu dalam isu isu yang common bagi kepentingan mereka. tak percaya, tengok DAP, MCA dan gerakan sudah la. kalau mereka boleh, kenapa UMNO dan PAS tak boleh?

    saya sebagai ahli UMNO sebenarnya amat kecewa terutamanya semasa zaman pak lah. tatkala umno begitu kuat, takde pula dia merancangkan kerajaan perpaduan antara umno dan pas ketika itu. tetapi peluang ini timbul lagi apabila umno lemah. tapi saya juga harap umno ikhlas dalam perpaduan ini. begitu juga harapan saya kepada pas.

    saya doa kerajaan perpaduan UMNO dan PAS ini menjadi kenyataan. lupakan sengketa lama. kita pandang ke hadapan. demi islam dan melayu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: