Isyarat Seks

under18

Firman Allah s.w.t :

” Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat ” Surah as-Sof : 2-3

Entri kali ini adalah berkisarkan pengalaman sebenar yang telah saya lalui sewaktu mengikuti prorgam lawatan ke salah sebuah sekolah yang terletak persempadanan Selangor dan KL. Moga kisah ini dijadikan pengajaran

Kisahnya Begini :

Saya dan rakan telah diberi ’taklif’ untuk ’memerhati’ sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan dalam masa yang sama kami di minta untuk mencari apa-apa yang boleh di catat kemudian di ceritakan sewaktu sesi ’muhasabah’ bersama pengetua sekolah tersebut. Dan kelas itu adalah kelas 4H seingat saya jika tidak silap.

Sampai saja di hadapan kelas tersebut, kami melihat tiada sesiapa di dalamnya. Lalu kami terpusing-pusing mencari di manakah mereka. Akhirnya kami teruskan usaha mencari di perpustakaan . Begitupun, sama saja hasilnya. Murid 4H masih belum dijumpai. Kami cuba tanyakan tentang mereka kepada salah seorang cikgu yang sedang bersenang-senang di dalam perpustakaan tersebut. Cikgu tersebut memaklumkan bahawa murid kelas 4H berada di makmal sains tingkat bawah. Sebelum kami melangkah jauh meninggalkan perpustakaan tersebut, saya terdengar suara-suara sumbang yang ditujukan kepada kami

” selamat datang ke kelas 4 H ! ”

Mengapa ? saya hanya tersengih bagaikan dapat menangkap maksud ungkapan itu. Kami diberitahu bahawa kelas 4H dikategorikan dalam kelas-kelas hujung yang membawa maksud ’kelas corot’.

Sampai saja di hadapan makmal tersebut,maka dengan malu-malu, saya menjejakkan kaki ke dalam makmal sains yang terdapat di dalamnya murid-murid tingkatan 4 H. Sambil cikgu yang sedang mengajar , mempelawa kami masuk. Waktu itu saya sedikit terganggu dan tak dapat benar-benar memerhati suasan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Namun, adakalanya saya jeling-jeling tingkah laku murid-murid dengan penuh fikir. Bukan nak cari kesalahan dan mendedahkan keaiban, tetapi ianya bertujuan nak tambah pengalaman buat bekalan bila saya masuk ke persada keguruan

Dalam makmal tersebut, saya dapat lihat bagaimana kedudukan murid-muridnya yang begitu serabut. Sebahagiannya ada yang berkumpul di meja dekat dengan cikgu dan sebahagian lagi ada yang duduk jauh-jauh di belakang. Saya kira yang di belakang itu memang sudah berpakat. Tajuk yang di ajar oleh guru tersebut seingat saya ada menyebutkan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan.

Saya tak dapat nak mengagak secara tepat apakah persepsi mereka dengan tajuk itu, tapi saya kira pasti ada yang suka nak mengheboh-hebohkan jadi bahan gelak ketawa. Suatu ketika, saya ringan-ringankan kepala toleh-toleh dan perhatikan aktiviti sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di meja besar sebelah belakang dekat dengan tempat saya duduk. Mereka memang mengejutkan saya. Cikgu yang sibuk ’pok pek’ di hadapan lansung tidak di hiraukan. Patutlah, sewaktu kami nak masuk ke dalam makmal tersebut cikgu itu ada bisik-bisik yang saya sendiri tak jelas mesej yang nak disampaikan. Tapi saya sedikit faham dengan bisikan cikgu itu namun saya buat acuh tidak acuh .

Dalam kesibukan dan kelantangan cikgu mengajar dengan penuh sungguh ’berbantukan’ microfon , saya terpandang dengan jelas yang salah seorang murid di belakang itu menyerlahkan tangannya. Dada saya mula berdebar dan rasa geram mula tercetos.Tangan dan jari yang diserlahkan itu, digerakkan menjadi suatu isyarat yang saya kenal dengan sangat-sangat bahawa isyarat itu adalah isyarat ‘seks’ @ lucah. Apatah lagi tangan yang beraksi nakal itu di halakan kepada seorang murid perempuan yang berada di hadapannya. Saya yakin dan pasti itu adalah isyarat ‘seks’ .

Saya terkilan dan terkejut ’beruk’ dan runsing dengan perbuatan murid itu. Saya begitu tersentak di mana ianya begitu menginsafkan saya. Bagaimanalah agaknya saya nak berhadapan dengan semua ini sekiranya saya kosong dengan ilmu, kosong dengan akhlak dan juga kosong dengan amal soleh ? Nak saja saya titiskan air mata.

Moral :

1- Akhlak dan adab :

cuba kita bayangkan dalam suasana ilmu berlakunya perkara-perkara yang tidak mencerminkan akhlak penuntut ilmu dan tidak beradab ? laknat atau berkat kah ? Ia sememangnya tuntutan dan menjadi kewajipan untuk ditunaikan. Kerana dengannya, menjadi sempurnalah iman dan Islam yang kita pegang.

2- Peranan dan tanggungjawab :

Kita semua adalah bertanggungjawab dan kita juga mesti memainkan peranan selaku ‘ daie ‘ Kerana ?

” barangsiapa yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah, maka dia adalah pendakwah ”

Maka bagaimanakah ? kita semua perlu bersedia dengan segala macam bekalan

1- ilmu

2- kekuatan rohani dan jasadi

3- kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab

4- amal soleh

5- dsb

3- Zina :

Mustahilkah ? tiada apa yang mustahil. Kalau pelajar tadi tanpa segan menunjukkan isyarat seks kepada pelajar perempuan, apakah maksudnya itu ? Nampak kan penyakit-penyakit remaja masa kini. Unsur – unsur seks ada di mana-mana. Bukan sahaja di kaca tv, internet telefon bimbit dan CD-CD lucah, bahkan ianya ada di dalam majlis ilmu dan unsur seks itu adalah yang tidak sepatutnya.

Muhasabah :

Bersama tegakkan amar ma’aruf nahi mungkar di dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara. Ingatlah ianya tanggungjawab umat Islam bersama.

“ maka berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat “ Surah al- a’la : 9

Wallahua’lam.

 

7 Responses to “Isyarat Seks”


  1. 1 nazir Jun 9, 2009 at 6:09 pm

    selamat menjadi guru yg cemerlang..

  2. 2 Life Of AKU The Episode Jun 9, 2009 at 7:10 pm

    ameen ya rabb, syukran tu ust nazir

  3. 3 kembara Jun 11, 2009 at 5:30 am

    salam,mohon copy untuk sebaran buat manfaat semua…syukran:D

  4. 4 Life Of AKU The Episode Jun 11, 2009 at 6:13 am

    kembara : silakan

  5. 5 ibtisam Jun 13, 2009 at 5:08 pm

    cerpen dr ‘Life Of AKU’ byk beri manfaat, pengajaran sbg daie. syukran. amar ma’ruf nahi munkar perlu dijalankan apa kaedah sekalipun.teruskan usaha dakwah itu.

    • 6 Life Of AKU The Episode Jun 13, 2009 at 5:16 pm

      ibtisam said :
      cerpen dr ‘Life Of AKU’ byk beri manfaat, pengajaran sbg daie. syukran. amar ma’ruf nahi munkar perlu dijalankan apa kaedah …

      Life Of Aku said :
      Syukran ya akh … banyak perkara lagi yang belum terlaksana,
      “wa’lam inni dhof wa faqeer ilallah “

  6. 7 stop dreaming start action Julai 9, 2009 at 4:29 pm

    semoga artikelnya bisa bermanfaat buat oran-orang yg mau mengambil pelajaran


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: