Angkara Najib

364715971_ecaa6d9922Rahman seorang budak kampung, anak kepada seorang tukang kebun. Keluarganya hidup serba dhaif sementala Rahman pula tempang kaki kanannya. Rahman jarang-jarang jalan jauh melainkan asyik dikebun luasnya tak sampai suku batu . Bersamanya ayah tercinta Mat Kasan namanya. Di tanah itulah Rahman dan ayahnya menanam dua tiga batas ubi kemili untuk dijual di market Wak Saleh dekat kampung sebelah. Mat Kasan selalu  berpesan kepada Rahman agar jangan sesekali menadah tangan mengharap kasihan, apatah lagi kalau orang yang diharapnya itu Pak Najib dan isterinya Rosmah Mentel. Pak Najib merupakan pak lurah kampung Kelepet yang kaya tanah hasil bodeknya yang sangat-sangat. Adakalanya orang menggelarnya sebagai lurah jepun. Mat Kasan tak mahu termakan budi dengan lurah itu. Pernah diberinya sehelai kain batik murahan sebagai ‘upah’ kerana tak menghebohkan perbuatan jahatnya kepada orang kampung tentang kes bunuh lembu Pak Mat seterunya. Jelas-jelas Mat Kasan nampak Pak Najib campurkan racun ke dalam wadah minuman lembu pak mat. oleh sebab itulah mat kasan tak mahu anaknye dekat dengan pak najib dan rosmah mentel. Satu hari, sedang rahman berjalan pulang ke rumah, pak najib dari jauh memanggilnya.

 

Rahman ! Pak najib nak mintak tolong , nak bagi rahman buat amal ibadah, boleh tak ? ” tanya pak najib

 

tolong apa pak najib ? ” rahman bertanya balik

 

” esok g pekan , jumpa anak buah pakcik dekat depan kedai farmasi seng se ambil barang dari dia, nanti pak najib belanja tempe goreng ngn bagi duit, boleh ? “

 

rahman, tak fikir lama, dia ingat pesan bapanya, jangan mengharap dan ,menadah tangan pada orang lain. Jadi rahman sanggup tolong pak najib, kerana rahman merasakan dia bukan org yg mintak tolong, tapi pak najib.

 

 

Esoknya, rahman ke pekan naik basikal raleigh warna karat pemberian arwah datuknya. Sampai saja di farmasi, tanpa lengah rahman berjumpa dengan orang yang kononnya anak buah pak najib. habis sudah , barang itu di ikat kuat2 di basikal. sedang rahman kuat mengayuh, tiba2 ada anjing menggonggong dekat tayar bakang basikal rahman. Waktu itu, rahman hilang arah lalu tersungkur di atas jalan. Baran yang di bawa telah pun berkecai. Maka bermulalah episod sadis seorang insang bernama rahman.

 

Rahman terkejut berok bila kotak yang dibalut dengan kertas minyak itu koyak moyak.

 

” daun apa tu ? Pelik-peliklah pak najib ni, daun pun balut macam hadiah ja” ujar rahman terpinga-pinga sambil merengek kesakitan. Sikunya yang nampak tulang itu bergeser di atas jalan berbatu. Rahman, tak fikir panjang, bangun dan terus menitip daun-daun yang bertebaran di jalan siap dikira-kiranya setiap satu. Anjing yang tadi menggonggong hilang entah ke mana. Sedang asyik rahman mengutip daun-daun itu, muncul beberapa susuk tubuh berpakaian biru tua dari arah hujung deretan kedai. rahman sangka, agaknya budak2 sekolah, walhal budak sekolah berbaju putih. Rahman buat bodoh, tiba-tiba saja ada orang mendakap tubuhnya dengan rakus di samping beberapa orang itu ada anjing yang dah buat rahman tersungkur dan merengek kesakitan. Rupanya mereka semua adalah polis…. Rahman tanya dekat polis

 

” Tok ! Jatuh basikal pun kena tangkap ke ? ” tanya rahman dengan penuh lurus dan tulus

  ” Tak salah, yang salah ialah kamu bawa daun ganja “

 

Setelah mendengar penjelasan polis rahman terkejut sehingga kejang. Dia tahu ganja itu apa, tapi tak pernah tahu bentuk rupa daun ganja.  

“celaka Pak Najib ” detik hatinya

 

Rahman di bawa ke balai , dalam bilik bercahakan lampu bulat 40 watt , rahman menceritakan semua ni angkara pak najib. Namun , rahman tiada bukti kukuh seperti rakaman video. Maklumlah… Zaman itu, paling canggih pun baru ada handset tiga tiga sekupang.

 

Rahman disabitkan bersalah atas akta menyimpan dan membawa bahan larangan dan merbahaya seksyen 31 kurungan 2b jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman sebat sampai terbelah daging punggung dan penjara seratus tahun.

 Berita itu, tersebar meluas, dan yang lebih sedihnya, mat kasan kecewa dengan tindakan anaknya yang telah membelakangkan amanat ayahnya itu. Sementara pak najib lurah jepun itu, senang lenang dengan mek rosmah mentel di rumahnya. Pak najib tidak banyak komen , melainkan jika ditanya orang, dia akan menjawab

 

“jangan buat fitnah”

 

Pak najib yang sebenarnya, bukanlah hanya seorang lurah jepun yang jahat disisi penduduk kampung yang beriman, tapi dia juga seorang pengedar ganja gelap kepada pemakan-pemakan ganja yang terdiri dari budak-budak kampung yang senteng akalnya.

 

namun, ramai juga yang buat tak tahu hal itu, sebab mereka juga nak tumpang sekaki kaya pak najib.

 

Akhirnya, rahman begitu menyesal tak sudah, kerana tak terus tanya kepada ayahnya dahulu tentang hajat pak najib itu dan membelakangkan amanat ayahnya yang menyuruh agar tidak didekati najib lurah jepun itu.

Pak Najib sanggup buat apa sahaja sampai orang tak boleh nak bongkar kejahatannya. Walaubagaimanapun, setelah kejadian itu, sewaktu di penjara, Rahman menjadi orang yang kuat beribadat dan selalu berdoa . Dalam doanya Rahman ada menyebut

ya allah , sesungguhnya kebenaran telah datang, dan yang batil itu tela lenyap, maka tunjukkanlah kebenaran itu dan bongkarlah kebatilan itu

doa itu di baca dengan penuh sayu dan harap. Rahman juga selalu menyebut-nyebut

 

” ini semua angkara najib ! buat jahat, kesannya dipalitkan pada orang lain” Ungkapan itu diucapnya setiap hari sehinggalah hayatnya habis.

Tamat

Moral : 1- Berhati-hati dengan musuh

 2- Kenalilah apa yang baik dan sebaliknya kenali juga yang tidak baik

Imam al-ghazali ada menyebutkan, sekiranya kita nak peroleh kebahagian di dunia dan akhirat, maka kenalilah musuh-musuh kita, kenalilah fitrah kita, dan kenalilah kehidupan yang kekal abadi iaitu akhirat

3- Inilah realiti kehidupan manusia pada hari ini

4-Orang yang bermatlamatkan dunia hidupnya, sanggup buat apa sahaja walaupun ianya melanggar hukum-hukum Allah

5- Fikirlah sendiri

3 Responses to “Angkara Najib”


  1. 1 nazir Jun 8, 2009 at 7:51 pm

    wah…macam kisah benar yang dialih situasi je.

  2. 2 Life Of AKU The Episode Jun 9, 2009 at 7:18 am

    sekadar cerita untuk di ambil pengajaran

  3. 3 hemart Jun 9, 2009 at 2:36 pm

    artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: