Menggapai Ikatan Suci : 5

sandar

” bang, tiket ke Jengka ada tak ? ” jerit ku kepada abang yang menjaga kaunter tiket Bas di    Puduraya

” Jengka ? rasanya ada lagi, adik cuba tengok kat kaunter 5 sebelah sana ! ” jelas abang  kaunter sambil mengankat jari telunjuknya

Aku pun terus ke kaunter yang dimaksudkan itu. Tiket ke Jengka untuk hari itu dah pun habis. Kecuali hari Ahad , itupun bertolak waktu 11 malam. Kebetulan minggu tu minggu cuti sekolah. Aku rasa sebab itulah tiket cepat habis.

” nak pegi ke tak ? ” tanya hatiku

Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba begini. Keputusan yang bakal ku tunaikan , bukanlah perkara main-main. Apakah dengan perginya aku jauh-jauh ke tempat orang boleh menyelesaikan masalah aku ? Sedangkan kampungku yang ku duduk selama ini bukanlah penyebab yang membuatkan aku jadi serabut dan kalut.

” bang , bagi tiket ke jengka satu ? ” minta ku kepada abang kaunter

Akhirnya, aku buat keputusan untuk membeli dulu tiket itu. Agak-agak kalau aku berubah arah, kira ‘burn’ lah tiket yang berharga RM 38 tu. Usai semuanya, aku teruskan langkah ku menuju pulang ke kampung kembali. Dalam perjalanan sewaktu di dalam Komuter, fikiran ku bergelumang dengan seribu persoalan.

” ish betul ke aku ni ? kalau nak pegi Jengka nanti, nak cakap apa dengan mak ? “

Aku rasa , aku akan menambah lagi masalah dan keserabutan yang sedang aku alami. Mak, pernah cakap

” ko tak payahlah kerja jauh-jauh, kerja sini ja, tolong mak “

Ada lagi satu perkara yang selalu diulang-uangnya

” ko cari orang sini jelah, tak payah cari orang jauh-jauh “

Aku tahu, sebagai anak sulung aku benar-benar faham tanggungjawab aku. Tapi aku juga ada masa depan yang aku sendiri berhak untuk tentukannya demi ketenangan. Hal itu, membuatkan aku serba salah dan terus buntu.

Sampai saja di rumah, aku melihat mak sedang di dapur sibuk menghidangkan juadah makan tengah hari. Aku lihat wajahnya dengan penuh hiba dan sejuta rasa bersalah. Aku sedar aku bukanlah anak yang baik. Aku pernah bertengkar dengannya dan aku juga pernah bermasam muka dengannya. Tapi, sifat kejantanan dan keras kepala ku ini bisa lembut bila mengenang pengorbanan dan kesungguhan seorang ibu yang tak pernah henti membesarkan anak-anaknya.

Aku jahat tapi mudah menangis. Setiap kali aku buat jahat, selepas itu aku kan menyesal, sedih dan adakalanya menangis. Aku juga mudah tersentuh. Aku punya cita-cita tinggi yang nak digapai. Sebenarnya hal perkahwinan itu bukanlah cita-cita teratas aku. Dan yang teratas itu adalah aku ingin menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa. Tapi bukanlah mudah untuk ku gapai. Sedangkan suratan ikatan suci yang ku lalui begitu banyak ranjaunya apatah lagi cita-cita yang sebegitu tinggi.

Di rumah, aku cuba menyepikan nulut ku dari berkata-kata. Aku tahu, mak sangsi dengan sikap dan dia berkecil hati.

” ko ni kenapa ? ” tanya mak

Aku buat muka 10 sen dan terus bisu tanpa sepatah kata. Aku ingat, malam ni aku perlu nyatakan hasrat ku nak pergi Jengka dan duduk di sana sampai aku rasa nak pulang kembali ke kampung. Banyak juga ayat-ayat yang cuba ku karang dengan penuh hati-hati, agar niatku itu mendapat ‘kelulusan’ secara sah bukan dengan kecewa dan marah.

” mak ! kita nak pergi Pahang, Jengka ” jelas ku kepada mak

” buat apa ? berapa hari ? ” tanya mak inginkan penjelasan

” nak duduk sana, kerja ” jawab ku dengan nada ang lembut

” ko ni, biar betul, duduk sini ngajar KAFA kan boleh, bantu mak ” harapan mak tulus

” peninglah, dah lah nak kahwin tak kahwin-kahwin, lebih duduk jauh-jauh ” jawapan sembrono ku sedikit melenting

Aku terlampau emosi, sehingga lembut dan sopan ku hilang bertukar kasar dan kurang ajar.

” ikut ko lah, malas nak cakap , kerja lah dulu cari duit, baru kahwin ! ” jawapan mak seolah kecewa dengan sikap dan keputusan ku

Astagfirullah ! sekali lagi aku berdosa. Sifat ku yang mudah melenting adakalanya membuatkan aku putus harap dengan dosa-dosa yang banyak itu. Apatah lagi, dosa meninggikan suara dengan ibuku . Oleh sebab itulah, aku sentiasa ingat dan terus ingat ‘ayat itu’ agar dapat menginsafkan dan mengingatkan aku

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)

Anak-anak seperti aku yang punya ibu dan ayah mesti ingat. Tanggungjawab menghormati dan mentaatinya bukanlah cerita dongengan seperti drama Pak Pandir. Aku sendiri sedar dan aku perlu menjadi anak yang baik dan soleh. Aku sedang mencuba ke arah itu dan aku nak capainya. Tapi, keputusan ku nak pegi jauh, membuatkan ku terus berdosa. Namun, hati ku sudah susah untuk berpatah kembali dan aku tetap dengan keputusan itu.

Ahad, 6 petang

” mak , abah ! kita nak pergi ni ” ujar ku takut-takut

” apalah ko ni, ikutlah ” balas mak

Mak tunjukkan wajah kekecewaannya, abah pula dengan sikap acuh tak acuhnya yang malas nak sibuk-sibuk sangat. Bukanlah bermaksud abah jenis ayah yang bertanggungjawab, tapi sifat malas nak berlebih-lebih membuatkan aku kenal sifatnya itu. Dengan berbekalkan 3 helai baju t-shirt dan 3 helai seluar panjang yang diisi di dalam beg sandang, aku tawakkal . Apa yang ku harapkan ialah, doa dan restu dari mak dan abah.

” Mak, abah ! kita pergi dulu ye ? ” jelas ku

Beg yang berisi itu, aku angkat dengan penut berat lalu 2 tangan kurniaan Tuhan, ku angkat dengan lemah kudrat terus ku hulur ke tangan mak dan abah. Rasa bersalah tak dapat dibendung lagi, lalu titisan air mata jatuh ke lantai. Aku cuba sorokkan merah mata ku tapi nyata jelas kelihatan. Aku dapat lihat kecewa mak bertukar menjadi tangisan dan kesedihan. Aku tak tahu, apa yang terbuku di dalam sanubarinya. Marah, kecewa ataupun redha dan hiba.

” Mak, abah kita mintak maaf ” minta ku dengan penuh harap mendapat maaf dan restunya

Usai sudah mencium tangan mak, aku cium dan pegang pula tangan abah sama seperti ku pegang dan cuim tangan mak. Aku tak sanggup lagi tunggu , lalu beg yang telah ku sandang itu, aku bawanya dengan langkah kaki yang sedikit teragak-agak. Tak lupa juga wajah-wajah adikku yang selalu banyak ku marahi.

” maafkan aku semua ” ujar hatiku

Aku minta adikku yang lelaki menghantar ku ke perhentian bas di pekan. Sampai saja, kebetulan bas ke Kuala Lumpur pun sedang menunggu penumpang dan menunggu masa untuk bertolak. Aku turun dari motosikal , lalu ku salam tangan adikku sambil mengatakan

” jangan lawan cakap mak abah, hormat dia orang ” nasihat ku kepada adikku

Aku memang pantang kalau tengok adik-adikku melawan cakap mak dan abah. Pernah sekali ku tengking habis-habisan adik ku yang perempuan, kerana meninggikan suara kepada mak ku. Aku sedar aku pun sama saja tapi sebagai seorang abang , sudah menjadi tanggungjawab untuk aku memberikan nasihat dan teguran dalam masa yang sama, aku perbaiki diri. Cara ku mungkin tersasar. Oleh sebab itulah, semenjak dua menjak ni, aku cuba berlembut dengan adik-adikku dan adakalanya aku hanya ‘me-mesejnya’ bila nak menegur dan menasihatinya.

Itulah kehidupan aku yang penuh dengan cerita duka. Enjin bas pun dah dihidupkan. Aku menaiki bas dengan ucapan selamat tinggal kampungku. Jengka yang nak ku tuju masih jauh. Aku berharap, Jengka bisa menenangkan hidup ku dan mengubat cita ku yang masih gagal di gapai dengan harapan ada hikmat dan nikmat yang bakal ku lalui. Putus harap bukanlah jalannya.

” selamat tinggal, mak, abah adik “

Bersambung …….

2 Responses to “Menggapai Ikatan Suci : 5”


  1. 1 nazir Jun 2, 2009 at 2:52 pm

    haah..jgn melawan org tua..klau tk bagi pergi, jgn pergi..

  2. 2 nazir Jun 2, 2009 at 2:55 pm

    haah..jgn lawan org tua..klau tk bg pergi,jgn pergi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: