Menggapai Ikatan Suci : 4

Gambar di ambil dari blog saudari juz4u.blogdrive.com

” Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, kami telah beriman, tanpa mereka mendapat ujian : Surah al-‘Ankabut : 2

Farah… Gadis jawa sowo mateng kulitnya. Aku mengenalinya dari jauh sewaktu mengikuti program anjuran Majlis Daerah tempat ku. Waktu itu, farah membentangkan satu kertas kerja yang telah dibincangkan di dalam kumpulannya bertajuk Pemimpin : tanggungjawab dan peranan. Aku fikir semua peserta yang hadir terpegun dengan kepetahannya bercakap sehingga ramai yang mengusik2nye. Gadis berjubah dan bertdung labuh itu sememangnya lincah tak padan dengan penampilannya. lincah yang ku maksudkan ialah dia seorang yang pandai bercakap. Aku tahu, farah tak mengenali aku, dan aku juga tak mengenalinya. Tapi, aku mula jatuh hati padanya.

” oh, mudahnya aku ni ”

Sungguh aku katakan, aku bukan sengaja …perasaan itu kuat menusuk di kalbu ku yang penuh kontroversi. kehidupan aku memang penuh dugaaan dan ujian. Adakalanya, aku termenung panjang … Tak semena mena air mata jantan aku menitis

” ya allah, sungguh hebatnya semua ini untuk aku “

zahir aku memang tampak biasa seolah kosong dengan masalah, tapi batin ku sentiasa menangis, dan terus menangis. mengapa, untuk menggapai ikatan suci itu terlalu sukar bagi ku ?….

Farah yang aku lihat wajahnya, dan ku dengar suaranya hanya satu perasaan … Sehabis saja semuanya, aku pulang tanpa membawa apa-apa sapaan atau teguran bermakna… aku sangka

”apa nak buat, tak ada jodoh ”

Walaupun aku masih belum ada kerja yang tetap, kehidupanku penuh dengan program-program yang biasanya aku tak ketinggalan untuk menyertainya seperti program yang aku sertai bersama Farah.

Beberapa hari kemudian, sewaktu menghadiri program halaqoh bersama rakan-rakan di dalam Persatuan Ar-Robitoh, seorang dari rakan ku, Mukhlis namanya, bertanya

” kamal ! enta dah ada ke belum ? ”

” hah ! ” aku terdiam sekejap sambil herot merot muka ku kelihatan malu

” macam mana dengan Farah ? dia ok tu, single lagi ” ujar Mukhlis sambil tersenyum nakal

Soalan yang membuatkan aku sedikit ceria, tapi ’keceriaan’ itu terhenti bila nama aku teringatkan tentang ana. Kalau ikutkan kepala keinginan ku, sudah tentu diam-diam aku bisik kat Mukhlis

” ana nak kat Farah tu, minat sangat ”

Tapi, aku hanya mampu tersenyum sipu dan terpaksa mengelukan lidah lembut ku ini. Hal yang sama juga berlaku. Usai saja usrah, pertanyaan Mukhlis hanyalah sebuah pertanyaan semata-mata. Aku juga menganggapnya cuma pelawa-pelawa ayam. Semua ini aku lalui dengan rasa biasa sebab memang aku dah biasa melalui situasi begitu. Cinta aku sekadar khayalan yang berputar di sekitar benak fikiran dan perasaan.

Namun, insan yang seorang ini, memang sukar untuk dibiarkan. Ana tetap lekat dalam ingatan walaupun telah berbulan lamanya kami menyepi. Terkadang aku memikirkan apakah ana juga sedang berfikir tentang ku, atau dia langsung gembira dengan kehidupannya tanpa mesej ringkas dan suara sumbang milik insan hina yang bernama Kamal. Semenjak dua menjak ni, aku banyak termenung dan mendiamkan diri. Tapi hati ku terlalu bising tak sunyi dari berkata-kata sehingga terbawak-bawak dalam sembahyang.

Astagfirullah …

” apakah mungkin aku tergolong di kalangan mu’min yang berjaya. Sekiranya begini hendaknya ? ” soal hati ku sambil melabuhkan tangan di dahi

Aku begitu sedar dengan kerobekan iman ku walhal dulu aku selalu menyebut-nyebut tentang perlunya kekhusyukan di dalam beribadah. Aku masih ingat ayat-ayat al-Quran yang aku sisipkan di dalam sebuah karangan

” Sesungguhnya telah menang orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyang ” Surah Al-Mu’minun : 1-2

Salah siapa sebenarnya ? wanita yang sentiasa menodakan seluruh ruh dan jasad ku atau aku sendiri yang melakukannya ? Oleh sebab itulah, aku kira jalan terbaik ialah perkahwinan. Aku selalu beranggapan bahawa

” kalau dah kahwin, selesai semuanya ”

Aku katakan begitu sebab keadaan aku yang tak dapat mengawal emosi, perasaan dan juga keinginan bila berhadapan dengan kaum hawa apatah lagi yang pipinya mungil dan cantik peribadinya. Tapi kenapa aku cuba melarikan diri dengan perkahwinan yang sedang menanti ? Aku masih simpan kata-kata Ana

” ana bagi sampai bulan 3 je ”

Iya ! itu tandanya ada peluang untuk aku buang jauh-jauh tabiat buruk aku. Sebaliknya pula yang berlaku, aku dan ana semakin jauh dan terus jauh .

” arghhh !!! buntu ! buntu ! ” keluh ku semacam putus harap

Terkadang aku terfikir nak lari jauh-jauh dan sememangnya aku nak pergi jauh.

Seminggu selepas usrah,

” bang, tiket ke Jengka ada tak ? ” jerit ku kepada abang yang menjaga kaunter tiket Bas di Puduraya

” Jengka ? rasanya ………

Bersambung di episod Menggapai Ikatan Suci : 5

Untuk membaca episod sebelumnya sila klik link di bawah :

Menggapai Ikatan Suci : 1

Menggapai Ikatan Suci : 2

Menggapai Ikatan Suci : 3

0 Responses to “Menggapai Ikatan Suci : 4”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: