Sang Salmon : Hidup Dan Cinta

” Sayang, kenapa nak pergi jauh ke sana ? kan sayang tengah sarat mengandung ” tanya Salmon jantan kepada isterinya

” Aaabang , kalau sayang tak ke sana, macamana dengan zuriat kita ? abang sanggup tengok zuriat kita mati ? ” tegas Salmon betina kepada suaminya sedikit kesedihan

‘” tapi, kan bahaya juga, manusia yang kejam sedang menunggu sayang ! abang takut sayang ! takut ! hmmm, tak apalah, kalau itu yang sayang mahukan, abang doakan sayang selamat, dan abang harap kita kan ketemu lagi ”

ujar Salmon jantan dengan penuh harapan agar kebahagian yang dikecapi selama ini akan terus berkekalan hingga akhir hayatnya bersama sang salmon betina yang sedang menanti hari untuk melahirkan zuriatnya. Namun, apakah mungkin impian dan harapan mereka akan tercapai ? …..

Tamat …

Bismillah walhamdulillah,

Kisah di atas mungkin sedikit menyedihkan, atau mungkin juga amat menyedihkan dan tak mustahil ianya lansung tak memberi apa-apa kesan ke atas emosi kita. Melihat habitat ikan salmon yang sungguh berlainan dan sifatnya yang agak ganjil di antara banyak-banyak spesis ikan membuatkan saya terfikir.

Apakah umat Islam hari ini juga perlu begitu ?

Yang bagaimana itu, nanti akan saya perjelaskan perihal keadaannya. Usai sudah menadah telinga mendengar soksek Dr I tentang peliknya Ikan Salmon ini, saya seronok untuk terus memikirkannya. Apatah lagi, Dr I sebuk mencanangkan tabiatnya yang suka berfikir.

” nanti habis kelas , boleh tengok internet ni, betul ke ikan salmon macamtu ” detik ku inginkan kepastian

Akhirnya saya berjumpa dengan ini >>> . Seperti mana rakan di Indonesia yang mungkin masih ‘kerabunan’ perihal ikan Salmon ini, anggapan saya, begitu juga suasananya di Malaysia. Ikan Salmon spesis ikan laut yang membutuhkan air tawar sebagai tempat menetaskan telurnya, usai ’musim mengawan’. Itulah ’peel’ nya. Saya dapat bayangkan bagaimana perjalanan dan jurnal ’sang salmon’ betina itu sementala menuju ke kawasan air tawar seperti sungai bagi menjamin ’kekekalan’ dan menambahkan zuriat ’sang salmon’.

” cuba bayangkan, ikan salmon melompat-lompat , lawan arus mencari tempat air yang bersih untuk menetaskan telur ” Dr I cuba membayangkan bagaimana keadaan ikan salmon kepada kami…

Saya sendiri membayangkan, betapa lincahnya ’sang salmon’ jika sebegitu yang diandaikan . Namun dalam masa yang sama saya juga membayangkan betapa sukarnya, perjalanan ’sang salmon’ yang mungkin akan berhadapan dengan arus air yang begitu deras.

Namun, sebegitu sudah habitatnya. Akan tetapi, sekiranya ’sang salmon’ berpaling tadah maka natijahnya, adalah seperti yang anda fikirkan.

Mencontohi ’sang salmon’

Salahkah ? Firman Allah s.w.t :

” Katakanlah : Perhatikanlah apa yang dilangit dan di bumi. Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman ” Surah Yunus : 101

Di mana contoh nya ?

Atas sebab ingin menjaga ’ kekekalan’ zuriat ’sang salmon’, maka ’sang salmon’ perlu menongkah arus. Anda dapat fikirkan apakah yang akan berlaku jika ’sang salmon’ tidak berbuat begitu ? Sudah pasti

Jadi, Di mana kaitannya dengan umat Islam ?

Iya ! ’di sinilah’.

Di mana ’point’ nya ?

Berada di dunia pascamoden yang sarat dengan bermacam istilah, mehnah dan fitnah …. Fikirkan bagaimana ’kekekalan’ umat Islam ”(muslim sejati) dapat diteruskan dan dibiakkan ? Saya tinggalkan persoalan ini bersama kisah ’sang salmon’ : hidup dan cinta

Wallahu a’lam.

Firman Allah s.w.t :

“ Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka ” Surah Ali Imran : 191

Sabda Rasulullah S.A.W ertinya :

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. H.R. Tirmizi

Luangkan masa membaca : Bila Manusia Melawan Fitrah


0 Responses to “Sang Salmon : Hidup Dan Cinta”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: