Berkawankan Syaitan

syaitan-ar-rajim2Kisah 1

Sekitar jam 9.35 malam / 17 mei 2009

” berapa semuanya ? ” tanya ku kepada salah seorang pelayan kedai kek

” yogourt cheese cake, durian cheese cake dengan milk shake semuanya rm 22 ” jawab pelayan itu dengan sopan

” wak elleh ” detik hatiku sedikit terkejut beruk. Namun riak wajah ku tetap ‘slumber’ buat-buat tenang

Kisah 2

Di hari yang sama, sekitar jam 10.15 malam

” bang, sate bagi 20 puluk cucuk, daging 10, ayam 10 ye ” minta ku dengan bersungguh kepada abang sate

” bagi fresh oren satu dengan air suam, ikan merah bakar seekor dengan nasi putih untuk 2 orang ” minta ku lagi

” bang, mari sini, buatkan kailan ikan masin untuk seorang makan ye “

Usai sudah ‘kami berdua’ menjamah makanan yang ‘diorder’ aku bertanya

” berapa harga semuanya ? “

” Semuanya rm 40 ” jawab pak cik ‘cashier’.

” ikan merah bakar seekor berapa ? ” tanya ku mencari pasti

” ikan merah rm 32 ” jawabnya

Tamat

Astagfirullah …

Kisah yang berlaku mengingatkan saya tentang sepotong ayat yang ternukil di dalam kitab suci al-Quran . Ayat itu merupakan ayat kegemaran yang biasa saya baca di dalam solat di samping ayat yang sebelumnya menceritakan tentang tanggungjawab anak kepada orang tuanya.

Ayat tersebut bermaksud :

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan adalah sangat ingkar kepada Tuhannya (17:27)

Astaghfirullah … syaitan bukan sahaja menjanjikan kefakiran, dan juga menyuruh melakukan kejahatan, tapi dia juga berusaha menjadikan kita sebagai rakan temannya. RM 60 dihabiskan untuk dua orang dalam masa tak sampai 3 jam. Bukanlah menjadi suatu kehairanan. Tapi ianya perlu diselia mengikut ‘waqie’ ataupun keadaan agar tidak digelar ‘berkawankan syaitan’. Saya juga terkejut dengan harga makanan yang saya pesan.

” biar betul pakcik ni ! mahal betul “

Harganya yang tak patut, atau kita memesan tanpa kira ‘kepatutannya’ ? Oleh sebab itulah, kisah seperti ini harus dijadikan pengajaran. Merancang adalah perlu dalam setiap keadaan. Apatah lagi ketika hendak menggunakan uwang dan memesan makanan. ‘Berkawankan syaitan’ menyebabkan kita kerugian.

” ish menyesalnya, dahlah tak habis makan, mahal pulak tu “

Menyesal setelah kerugian , merosakkan ketenangan dan ketenteraman. Oleh sebab itulah, janganlah kita melupakan tuntutan yang perlu diaksanakan. Bermula dari sekecil-kecil tuntutan seperti membacakan ‘isti’aazah’ meminta perlindungan daripada hasutan dan gangguan syaitan sebelum melakukan sesuatu atau ketika hendak menggunakan uwang atau juga ketika hendak memesan makanan, sehinggalah sebesar-besar tuntutan seperti mengelakkan pembaziran.

Saya pulang dari medan ikan bakar dan kedai kek dengan seribu penyesalan …. Ya Allah ampunilah dosa ku ini ..

Moral : Kalau nak mencari teman dikalangan syaitan, membazirlah dalam setiap perbuatan .

3 Responses to “Berkawankan Syaitan”


  1. 1 thanaif Mei 18, 2009 at 10:30 am

    Bagaiamnakah ruang-ruang di siber upaya dihindari pencerobohannya?

  2. 2 Life Of AKU The Episode Mei 18, 2009 at 11:43 am

    thanaif : maaf, saya kurang jelas

  3. 3 Nur Iman Mei 19, 2009 at 11:58 pm

    Assalamualaikum akhi..lamanya tak jenguk blog ni..semoga di berkati amin…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: