Jadi Guru Gaji Tak ‘Masyuk’

” kamu belajar lagi ke ? ” tanya pakcik driver teksi

” iya ” jawab saya tidak teragak-agak untuk memberitahu

” ambil master ke degree ? ” tanya lagi

” ambik pendidikan, dipoloma pendidikan “

Saya dah beritahu yang saya ada degree. lalu pakcik tu pun melontarkan soalan yang hampir pasti akan ditanya

” dah ada degree kenapa turun ambil diploma pulak ? kan rugi “

” dah kerajaan nak macam tu, syarat nak jawatan tetap ” jawab ku agak malas dan aku tak berapa yakin dengan jawapan itu

” kenapa tak kerja kat ‘army’ je ? jadi pegawai, keja pun tetap, apa ada jadi cikgu ! agaknya kerajaan takut nak bayar gaji mahal-mahal ” jelas pakcik driver

” sah ! ini mesti kes tak berapa faham ” detik hati ku

Tamat

Itulah diantara skrip perbualan diantara saya dengan pakcik driver teksi tentang gaji dan kerja. Sebenarnya saya malas nak banyak mulut, takut dianggap ‘kurang ajar’. Jadi saya membuat keputusan hanya ‘mengiyakan’ saja kata-kata pakcik tersebut.

Sebenarnya, gajinya atau kerjayanya yang menjadi keutamaan ?

Kedua-duanya bagi saya adalah penting dan saya menganggap guru sebagai satu profesion atau kerja yang mulia. Sekalipun gaji yang diberikan kepada guru itu tak seberapa. Dan sepatutnya semua orang harus melihat kerjaya tersebut sebagai suatu kerjaya dan juga tanggungjawab kerana guru merupakan pendidik dan penyampai ilmu kepada masyarakat.

Mengapa Guru Dianggap ‘low class’ ? Pada apakah ianya dikatakan begitu ?

Untuk menjawab persoalan ini, saya mengesyorkan agar kita memikirkan apakah jawapannya. Apakah disebabkan gajinya yang tidak seberapa maka ia dianggap ‘low class’ atau guru masa kini yang menyebabkan kerjaya guru dipandang ‘low class’ ?

Saya yakin, sekiranya kita bukan guru, tapi sekurang-kurangnya kita pernah diajar oleh guru, atau sekalipun kita tidak pernah diajar oleh guru, tetapi sekurang-kurangnya anak kita belajar dengan guru. Maka , penting untuk kita memikirkannya.

Oleh sebab itulah, kelompok masyarakat biasa dan kelompok masyarakat guru perlu ada satu ‘kesatuan mentaliti’. Guru merupakan aset yang penting dalam membangunkan modal insan di dalam sesebuah negara ataupun masyarakat.

Jadi, persoalan ‘ jadi guru gaji tak ‘masyuk’ bukanlah masalah utama, akan tetapi masyarakat rosak, jahil yang memerlukan kepada hadirnya ‘sang guru’ yang berdedikasi dan bertanggungjawab itulah yang harus difikirkan. Tugas masyarakat guru bukan hanya menyerbarkan ilmu, bahkan lebih daripada itu, meliputi pelbagai aspek diantaranya di dalam soal pembentukan akhlak dan kemenjadian pelajar atau murid-murid sebagai seorang manusia. Maka tugas masyarakat biasa pula, membantu. Bukan hanya menuding jari.

Kesimpulannya, sememangnya wajar guru digajikan dengan gaji yang ‘masyuk’ akan tetapi gaji bukanlah kayu ukurnya untuk kita menilai sesuatu kerjaya itu ‘low class ataupun tidak.Dalam perbualan saya bersama pakcik driver teksi tadi, bukanlah saya nak mengatakan bahawa kerja sebagai tentera itu tidak mulia, bahkan kerjaya guru dan tentera kedua-duanya adalah mulia dan dituntut oleh agama. Tetapi biarlah kita bersikap adil dan menghargai jasa dan pengorbanan masyarakat guru yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kita semua. Mungkin kita hanya seorang driver teksi, tapi ingatlah kalau tiada guru yang mengajar kita nombor 1.2.3 …… maka nilai tambang yang perlu dibayar oleh penumpang, mungkin kita tak dapat nak menghitungya.

Ucapan

Selamat hari guru kepadan semua guru-guru . Tunaikanlah tanggungjawab dengan amanah dan penuh berdedikasi agar kelak (di akhirat) kita tidak ditanya. Ucapan terima kasih yang termata, kepada semua guru-guru yang telah menyumbangkan ilmu, dan jugamemberikan didikan kepada anak bangsa

6 Responses to “Jadi Guru Gaji Tak ‘Masyuk’”


  1. 1 Life Of AKU The Episode Mei 17, 2009 at 7:23 am

    NBNNNN

  2. 2 Khairuddin Mei 17, 2009 at 3:17 pm

    Thanks.. Kalau aku jadi PM, akan ku kasi guru gaji yang masyuk2.. Ingat senang ke jadi guru? Test dulu baru tau..

    -Bakal guru..-

  3. 3 antidap Mei 17, 2009 at 3:46 pm

    siapa kata gaji guru sikit ? sama je dengan gaji org lain doktor ke peguam ke sama2 ada degree lainlah kalau dah pakar. guru pun begitu

    la ni baru kerje 5 tahun gaji saya pun dah nak 3500 sebulan. tak caya ? memanglah org lain ingat gaji guru kecil. sapa kata guru tak bagus? kalau ikutkan gaji besar mana pun x mampu menandingi keikhlasan guru menabur ilmu.

    org memang sejak aku study pandang rendah kerjaya guru. konon keluar jadi jurutera, arkitek, peguam last2 x de keje atau tension dgn keje mintak jadi cikgu. apalagi kpli lah

    kalau aku jadi menteri pendidikan org macam ni jgn diambil jadi guru. tak ikhlas!!!!

  4. 4 Life Of AKU The Episode Mei 17, 2009 at 4:19 pm

    to khauruddin n dap :

    thanxs atas luahan dan pandangan tersebut, memang betui, kepada ibu bapa, hargailah pengorbanan guru yang telah mendidik anak anda dan anda ….. masyarakat di lura sana, pandanglah kerjaya guru sebagai suatu rahmat untuk anda … guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan … wllah a’lam

  5. 5 anas Mei 18, 2009 at 2:50 am

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

    Explore posts in the same categories: Majlis Ilmu
    This entry was posted on 14 Mei 2009 at 1:11 pm and is filed under Majlis Ilmu. You can subscribe via RSS 2.0 feed to this post’s comments.

    Tags: Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim, Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari, Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi, Aqidah Mursyidah, bertalaqqi, Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir, Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas, KITAB TURATH, Kolej Dar Hikmah, PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM), Universiti Al-Azhar

    http://pondokhabib.wordpress.com/2009/05/14/majlis-pengajian-intensif-kitab-turath-itiqad-aswj-siri-2/

  6. 6 gamis syar'i terbaru Februari 27, 2015 at 1:40 pm

    Thanks for any other informative website. The
    place else could I am getting that kind of information written in such an ideal method?
    I have a challenge that I’m just now operating on, and I’ve been on the glance out for such information.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: