Menggapai Ikatan Suci : 3

cartoon-illustration-13

“ susah sangat ke ? mana yang susah, nak jaga hubungan yang menanti hari ijab kabul atau nak menjaga ikatan yang sedia sah ? “ tanya ku sendiri

kalau salah satu yang dua tadi susah, maknanya Islam itu masih susah, jadi mana yang mudahnya ? Hikmah itu ada di mana-mana. Jadi beruntunglah bagi orang yang memiliki hikmah seperti Luqman al-Hakim. Aku tak salahkan sesiapa, sebab aku tahu semua ini berlaku kerna ada hikmah. Aku tak kahwin lagi sebab Allah mengkehendakinya begitu. Sebab Allah itu maha mampu. Atau apakah aku belum cukup bersedia ?

“ abang, kita kahwin sekarang ya ! “ kata ana. Waktu tu, kami masih lagi di universiti.

“ya lah, kita kahwin sekarang “ jawapan ku seakan pasti. Tapi aku tipu diri sendiri. Sebab aku nak jaga hati seorang wanita yang aku sayangi. Dan bukan maksudku untuk berpura-pura. Sebenarnya aku tak mahu kehilangannya. Tempoh 4 tahun bukan suatu yang main-main.

“ nanti pak cik mak cik cakap apa pulak kalau kahwin sekarang “ itu jawapan yang aku berikan kepada Ana.

Aku takut dipandang serong dan semacam oleh ahli keluarga dan sanak saudara ku bila berkahwin ketika sedang menuntut di universiti. Lagi satu, aku fikir yang aku ni masih kebudak-budakan. Tapi, kehendak hati ku tak seperti yang aku pamerkan. Iya ! aku harus laksanakan. Pertembungan yang membuatkan aku celaru. Antara nak tapi malu, atau tak nak tapi melepas .

“ mak, kita nak kahwin “ jelas aku. Biasanya bila aku berbual dengan ibu ku, istilah ‘kita’ akan aku gunakan yang memberi maksud ‘aku’.

“ ko ada duit ke ? “ jawab ibu ku. Aku sendiri dah dah dapat agak jawapan itu. Lagi satu bab kerja. Jawapan yang membuatkan aku ‘hilang akal’.

“ Duit-duit, dimana kau duit” . Potongan lirik lagu yang terlintas difikiran ku.

Aku sendiri tak tahu ke mana duit aku pergi. Atau aku memang tak punya duit, atau juga aku yang tak pandai mengurus duit ? Duit juga adalah makhluk, tapi mengapa manusia terlalu bergantung kepada makhluk ? Ya Allah, murahkanlah rezeki ku dan ahli keluarga ku. Bersambung …….

10 Responses to “Menggapai Ikatan Suci : 3”


  1. 1 edzdiana Februari 19, 2009 at 7:25 am

    🙂, bersabar dan terus berdoa

  2. 2 Life Of AKU The Episode Februari 19, 2009 at 3:35 pm

    betul ….. kesian dekat (aku ) .. mudah2han impiannya kan tercapai …

  3. 3 nuriman Februari 21, 2009 at 1:20 am

    salam…aik ni novel ke kisah benar ek..kompius la..alahai naper lah kat mesia ni kalau nak kawen je kena guna duit banyak..sian kat org lelaki oooo…ambik yg wajib udah la…duit tu n rezeki tu datang kemudian.yg penting hidup bahagia dan ada keberkatannya dalam perkahwinan….kesian kat aku ni…

  4. 4 Life Of AKU The Episode Februari 21, 2009 at 3:39 pm

    salam …. biarkan hidup ini diselubungi dengan misteri …… kisah ini memang mengesahkan kisah kehidupan yang benar-benar berlaku …. inilah realiti

  5. 5 edzdiana Februari 24, 2009 at 5:13 am

    “aku” lebih tahu kisah ini..dan aku juga :p

  6. 6 nisa' Mac 5, 2009 at 2:27 am

    moga Allah permudahkan urusan…

    mane citer sambungannya…

  7. 7 Life Of AKU The Episode Mac 11, 2009 at 2:04 am

    nisa : dalam proses insyaAllah ….

  8. 8 mujahidaj April 8, 2009 at 9:19 am

    salam..kamog baru….shams dh pindah ke tapak blog baru..jemputlah ziarah..ermm…ana dlm kisah ni ana yg study kt india tu ke?

  9. 9 Ummi Kauthar April 25, 2009 at 3:22 am

    Salam…Semoga “AKU” n “ANA” Berbhagia selalu hendaknya…
    Pesanan buat “AKU” jagalah ikatan suci ini dgan sebaiknya. janganlah sesekali mempermainkan hati seseorang yang bergelar seorang “PEREMPUAN”. Dalam Menggapai ikatan suci ini, sememangnya brterus terang adalah amat penting dalam mnyelesaikan masaalh. ingatlah,duit bukan nyer makhluk yang dikejar untuk selamanya.

  10. 10 Ummi Kauthar April 25, 2009 at 3:42 am

    saya tertunggu episod 4 dalam MENGGAPAI IKATAN SUCI… episod yang mengisahkan ‘AKU’ n “ANA”.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: