Life Of Aku @ IIUM

Jam sepuluh kurang 25 minit lagi, hari ke empat dalam minggu ini.

cal5

Bismillah alhamdulillah,

Hari ni, aku teruskan kehidupan seperti biasa. Bagi aku yang baru di UIAM ni, banyak lagi selok belok, ceruk -ceruk yang masih belum ketahuan. Kelas pengajian aku berjalan begitu agresif. Kawan-kawan kata

” tepu otak dibuatnya “

Tambahan lagi,  subjek dan sillibus yang banyak, nak dihabiskan dalam masa yang singkat dengan assigment nya yang awal-awal lagi dah diberi. Dr. Johari cakap

” hidup ini adalah ujian “

Sememangnya benar. Dia mengajar kami tentang pentaksiran yang di dalamnya ada tajuk kesahan dan ketidakbolehpercayaan. Satu ilmu baru bagi aku dan ia amat bermakna bagi orang yang ingin menjadikan bidang perguruan sebagai profesion. Apakah nanti aku boleh jadi

” tukang pembuat soalan ” peperiksaan /ujian yang professional ? Semua orang terutamanya guru yang membuat kertas soalan peperiksaan atau ujian boleh mereka soalan,tapi apakah soalan yang direka itu sah, dan boleh dipercayai ? Ilmu untuk itu telah tersedia.

Puan Azmah Ghouse bertanya

” tengok tak cerita son of music ? “

Ini style orang lama mengajar. Usia bukanlah penghalang. Bagi aku dia macam nenek aku, tapi bila mengajar, staminanya begitu luar biasa. Dia suka selitkan bab yangdiajar dengan cerita-cerita tak kurang   menarik.

Apakah juga nanti aku boleh menjadi ahli falsafah atau juga ” palsampah “. Dr. Suhaila yang mengajar aku tentang Philosophy, (falsafah) menerangkan

” Falsafah itu, love the wisdom “

Lebih kurang begitulah yang boleh aku sebutkan. Maksudnya cinta kepada hikmah. Aku sendiri masih tak belum faham.

Apakah juga nanti aku akan jadi pemimpin mahasiswa yang bagus ?

” oh ! itu aku tak mintak “

Sebenarnya, di UIAM baru saja berjalan Pilihanraya Kampus. Aku cuba mencari-cari juga apa yang patut aku buat. Tapi gelap je, maksud aku tak nampak apa-apa. Maklumlah, pelajar baru. Baru kejap tadi ,aku tengok dekat Harakah, pro-mahasiswa UIAM menang besar dalam pilihanaraya kampusnya itu. Dengan 12 kerusi yang dipertandingkan, 10 daripadanya dimenangi oleh mereka. Alhamdulillah.Tahniah aku ucapkan. Aku sendiri tak tahu status aku yang kononnya ” student postgraduate ” boleh mengundi atau tak. Nak tanya, keputusan pun dah keluar.

Kelmarin seingat aku,

” ma ma’na hadhorotul islamiyyah ? ” tanya aku pantas selepas Dr Yusnan menterjemah kalimah bahasa melayu dalam bahasa arab.

Bukan apa, kalimah favourite aku. Dan soalan itu ditujukan kepada rakan sekelas aku. Bukan niat ku untuk mengenakan dia, tapi nak menghangatkan suasana. Tapi tak sangka pula lain jadinya,

” saya rasa awak tak layak dapat degree, kalau kamu tak tahu nak jelaskan apa maksud hadhoratul islamiyyah itu, sedangkan ia bidang kamu ”  sentak Dr Y kepada rakan ku itu kerana dia tak dapat menjawab soalan ku itu

Aku terkedu dan tergamam seketika. Aku rasa rakan-rakan ku yang lain juga begitu.

” aku rasa, mahu dia menangis dibuatnya ” soksek soksek yang aku dengar

Tak sangka pula ! soalan itu telah menimbulkan kontroversi.

” astagfirullah ” sedikit penyeselan dalam diriku.

Aku tahu Dr. Y bukan berniat nak mengherdik apatah lagi menghina. Tapi aku pandangnya ia sebagai motivasi yang sungguh bermakna kepada kami semua. Tapi aku tak mahulah ada rakan ku yang berkecil hati disebabkan soalan membunuh aku itu. Sampai sekarang aku rasa bersalah. Nak saja aku mintak maaf darinya. Aku tahu, hati seorang wanita yang mudah tersentuh. Sampai sekarang aku rasa bersalah dengannya. Aku harap, dia tidak ada simpan rasa marah atau dendam terhadapku. Maafkan aku.

Wassalam.

0 Responses to “Life Of Aku @ IIUM”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: