Bulan Genting

Jam Sebelas Lima Minit, hari Sabtu kurang 54 minit

Bismillah alhamdulillah,

Bulan dan genting. Bulan satu perkataan , genting pula satu perkataan.  Kalau bulan, ia mahkluk  yang berada di angkasa, kalau genting ? boleh jadi genting highland, atau atap genting dsb. Tapi bulan genting yang aku nak cerita ialah satu tempoh di mana di dalamnya ada peristiwa-peristiwa penting yang genting, maksudku bulan Januari . Apa dia ?

1- 2hb hari Januari adalah hari aku mula menjejakkan diri aku ke alam pendidikan. Mengapa aku kategorikannya sebagai peristiwa yang genting ? sebab 2hb hanyalah hari aku mendaftar,  tapi bukan hari yang pasti aku menjadi pelajar, sebab perjanjian antara aku dengan penaja belum dimeterai.  Dan yang paling genting adalah keputusan yang masih belum ada jawapannya, boleh jadi dua : 1- aku teruskan, 2- aku tamatkan. Nampak lain macam saja bunyinya. Tapi ini hak aku, but Allah yang tentukannya. Lantas, aku mohon dengan sangat-sangat yang terbaik dariNya.

mainpix

Anak kecil yang dirawat, tapi … tak selamat (meninggal dunia beberapa minit kemudian)

2- Bumi Gaza, Palestin dibasahi dengan air merah (darah) para shuhada, dan juga air tangisan sang insan mengharap kemenangan dan kebebasan. Itu juga genting, sebab yang menangis dan yang pergi itu adalah sang insan seperti ku.

3- Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu yang akan berjalan pada esok hari, Sabtu. Itu juga genting sebab ia proses pemilihan pemimpin yang adil dan juga sebaliknya. Terus terang, kalau aku layak mengundi sebagai calon pengundi daerah Kuala Terengganu, insyaAllah aku pangkah lambang bulan. Sebab tajuk post aku kali ini bertajuk bulan.

4- Minggu depan,  pilihanraya di UIA juga akan berjalan. Itu juga genting sebab menentukan ke mana arah tuju mahasiswa masa kini khususnya di UIA, samaada mahu konsert Sixth Sense di anjurkan di institusi pengajian tinggi yang profilnya Islamik, atau mahu halaqah dan program bina iman terjadi.

5- Ini sedikit peribadi. Makanya item ke-5 tidak boleh dipaparkan dan dipertontonkan di khalayak umum. Apa yang aku nak ulas ialah, kehidupan ini adalah ujian. Selamat mengundi dan selamat bekerja buat semua yang turun undi, turun bagi semangat dan menyokong perjuangan Islam di dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu esok. Buat student UIA yang terbaca entry ini, undilah untuk Islam ..

” perjuangan itu amat panjang, berliku dan menguji, berbahagialah orang yang berjaya menempuhinya “

6 Responses to “Bulan Genting”


  1. 1 Tera Januari 17, 2009 at 6:24 am

    tk sampai hati tgk kekejaman ini.. smoga Allah hancurkan mereka yg kejam

  2. 2 diyanordin Januari 17, 2009 at 1:39 pm

    salam…

    Dah lama saya tak berkunjung ke mari. Terima kasih masih sudi lawat blog saya. Saya menghadapi masalah untuk online semenjak tinggal di KL dan semenjak saya sudah tak punya lain utk on9.

    Insya-Allah, harapnya nanti masih punya kesempatan untuk membaca tulisan awak.

  3. 4 nuriman Januari 19, 2009 at 1:03 am

    terlalu sukar untuk di ucapkan dengan kata2 melainkan doa yang tidak pernah kering…semoga setiap kekejaman akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t…


  1. 1 Bulan Genting Gagah Mengambang « Life Of Aku Jejak balik bagi Januari 17, 2009 at 3:39 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: