Menggapai Ikatan Suci: 2

fotr_thering

” Kahwinilah seseorang itu walaupun dengan sebentuk cincin daripada besi “

Itu maksud secara umum hadis yang pernah aku baca di dalam sebuah kitab Feqah di dalam bab Munakahat (perkahwinan @ pernikahan).

Beberapa minggu yang lalu, Abi ana ada datang ke Port Dickson atas urusan kerja. Itupun Ana yang bagi tahu. Kisahnya bermula di sini…

” Trutt  trutt ! trutt, truttt ! ” bunyi telefon bimbitku

” Abang ! Abi nak datang rumah abang, Abi suruh telefon dia balik ” Jelas Ana kepada ku

” Dup dap, dup dap, ” bunyi degupan jantung ku yang aku bayangkan begitu .

Apa tidaknya , hari itu bagi tahu, hari itu juga nak datang. Aku terkesima buat berapa ketika. Waktu Ana telefon pun, aku banyak berdalih  cuba menggagalkan rancangan ayahnya itu. Jangan salah faham, maksudku aku tak bersedia lagi untuk menerima kehadirannya dalam keadaan terkejut. Paling kurang aku dah mencantikkan rupa rumah ku yang comot itu. Kedua, aku terkejut. Lama juga lengan ku, aku labuhkan di atas dahi tanda kebingungan.

” Betul ke apa yang aku buat ni ” bisik hati ku selepas memberikan banyak alasan kepada Ana untuk menidakkan kehadiran ayahnya.

Waktu itu, lama juga masa aku habiskan untuk buat keputusan sama ada nak telefon Abi Ana atau aku lupakan saja niat ku yang masih berubah-ubah itu. Sedikit rasa bersalah terpahat di hatiku ini. Apa lagi, aku lajukan gerak tangan ku dan aku mainkan jari-jari ku ke arah butang nombor yang banyak-banyak itu (keypad telefon bimbitku) dengan tujuan ingin mengotakan hajat Abi Ana yang nak datang ke rumah .

” Assalamualaikum, pak cik sehat ? Ana cakap pak cik nak datang, la ni ada kat mana ? ” tanya ku sedikit gugup

” waalaikumussalam … haah, la ni ada dekat Seremban, tadi memang nak singgah, , nampak papan tanda tadi, ada tulis nama kampung kamu, tapi tak tau rumah mana, malam ni pulak Pak Cik ada seminar, maknanya tak dapat datanglah rumah kamu, lain kali lah ye ” jawab Abi Ana dengan gaya cakap yang sama saja sejak aku mengenalinya. Aku rasa mungkin dia sedikit kecewa.

” fuhh ! nasib baik tak jadi ” degup jantungku berubah jadi lega.

Tapi … tak semudah itu, sebenarnya aku menyesal sebab dalam diri aku ada perasaan untuk tidak bertemu dengan Abi Ana. Itu kesalahan yang aku dah buat. Alasannya, aku malu. Sedangkan tetamu itu kan bawa rahmat dan berkat. Aku lupa, aku pernah ingatkan mak aku jangan mengeluh bila ramai orang datang ke rumah. Itu keadaan rumah ku yang biasanya jadi tumpuan pak cik dan mak cik aku. Bukan apa,”stress” yang tak sudah buatkan hilang semuanya bila “depa” semua datang. Sejarah perjalanan keluarga ku yang beraneka ragam sedikit membuatku sentiasa mematikan pergerakan mata hitam putihku, maksudku banyak berkhayal dan termenung. Adik-adik ku yang sedikit bermasaalah dengan sifat keras kepalanya, membuatkan nafsu marah ku tak dapat di kawal.

” Arghhhhhh, hoiiiiiii, kedegang !!!! ” itu semua bunyi-bunyi yang terhasil dari marah ku yang tak dapat dibendung. Itulah aku. Sebab itu aku suka bila ramai orang datang. Tapi dalam kes ini, aku telah memutarbelitkan fakta rasa hati ku.

Astaghfirullah ! Abi Ana nak datang, tapi aku banyak dalih. Bila difikir balik, kalaulah Abi Ana dah datang ke rumah, agaknya aku dah jadi suami dan aku ada isteri. Nak menggapai harap mak dan abah ku pergi sendiri ke sana, entah bila. Paling kurang, cincin belah rotan dah tersarung di jari manis sang insan yang bernama Ana. Tapi … bersambung

6 Responses to “Menggapai Ikatan Suci: 2”


  1. 1 tattibau Januari 16, 2009 at 7:28 am

    Memang pun saorang bakal bapa mertua itu
    ingin yang terbaik untuk anak dara kesayangannya.
    Terbaik bukan sahaja wang ringgit tetapi juga
    perwatakan yang terbaik dan juga beribadah.
    Lumrahnya, si bapa akan teus membuat kajian,
    intipan, penilaian terhadap si pemuda yang sudah
    menawan hati anak gadisnya itu.

  2. 3 Journey Januari 16, 2009 at 4:21 pm

    is it ur true story?

  3. 5 diyanordin Januari 18, 2009 at 8:14 am

    habiskan cerita ni ya…

    nanti dah habis, khabarkan pada saya. Saya dah baca separuh.. best. Saya suka =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: