Pandangan Ku Beralih Arah

Lebih kurang jam 10 pagi kurang setengah jam, hari yang ke-11 dalam bulan Januari tahun 2 ribu 9,

bathroom

Sekadar gambar hiasan

Kisah ni bermula bila aku terdetik nak turun menuju ke cc  kat Mahallah Ali (hostel aku). Lalu, siap-siap aku turun. Belum sampai pun dekat cc, aku rasa macam tak sedap badan. Maksudku, aku nak pergi tandas. Apalagi, keadaan memaksa aku naik kembali dengan tidak lambat (dengan pantas) dan dengan selamba aku menyeluk poket yang aku simpan di dalamnya sebiji ? sebuah ? sebatang ? kunci bilik. Buka punya buka, 

” aihhh, susah pulak pintu ni nak dibuka ” detik hati ku

Aku apa lagi, buat keputusan dengan segera untuk terus ke tandas. Selepas semuanya selesai, kebiasaanku, kaki ku akan ku jirus dengan air yang puncanya dari pili air yang rendah terpahat didada dinding bilik air air. Bila mata aku dipandangkan penglihatannya ke arah pili air itu, sementela tangan ku nak memusingkannya, hati ku berasa pelik,

” eh ! sejak bila pili air ni bengkok, rasa-rasa pagi tadi aku tengok ok  je ”

Apa tidaknya, kalau difikir, boleh bengkok sebegitu rupa, tapi tak ada masalah kebocoran … itu ku kira “amazing”. Aku terus dengan sifat mahmudah ku, husnuz zon (bersangka baik) . Aku tinggalkan pili air itu dan tandas itu dengan seribu persoalan. Tiba-tiba …

” alamak, sejak bila pili air  dekat bilik basuh ni dah ok ? siap sambung dengan batang paip pvc baru lagi ? ”

Aku rasa dunia aku dah berubah sekelip mata. Mesin basuh yang posisinya telah bertukar arah. Macam-macam lagi yang pelik-pelik. Tak apa, sangka baik masih lagi ada pada seketul daging yang berada dalam tubuh ku ini namanya “qalbun” maksudnya jantung dan yang lebih tepat lagi adalah hati. Aku teruskan langkah ku menuju ke bilik. Aku keluarkan kunci sekali lagi. Lalu …

Mata ku terarah pada sepotong kertas  ‘berkaler’ merah yang ada tertulis 2 . A . 10.

” mmm … patutlah ” rungut ku

Rasa-rasa boleh agak tak ? Tak apalah, aku ceritakan saja. Sebenarnya bilik aku ialah 3.A.10. Atau dengan kata yang lain, aku tersilap naik ke tingkat 2, sedangkan bilik aku di tingkat 3. Sungguh, memang aku tak terfikir lansung mengapa semuanya boleh berubah sekelip mata. Pandangan aku beralih arah. Aku terfikir, sebab apa ? mungkin banyak berfikir atau memang itu kehendak Allah. Aku bersyukur, sebab pandangan aku saja yang beralih. Tapi bukan hati dan keimanan aku yang beralih. Sebab Allah mampu menbuat semuanya beralih dan mampu membolak-balikkan hati manusia.

” Ya Allah tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanllah hati kama pada agama Mu dan tetapkanlah hati kami agar kami sentiasa mentaati Mu ”

Begitulah kisah buang tebiat seorang insan yang kuasanya terhad berbanding pencipta insan itu.

Besok, 12 hb Januari, kelas ku bermula, aku berharap pandangan ku tak beralih arah lagi sebab besok kelas pertama ku. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Maksudku, tempat baru ku ini masih belum aku ingat sepenuhnya. Takut tersesat tak jumpa bilik kuliah. Ameen ya Rabb.

1 Respon to “Pandangan Ku Beralih Arah”


  1. 1 Ummi Kauthar April 25, 2009 at 3:37 am

    Alhamdulillah..”aku”masih lagi diberi kenikmatan IMAN olehNYA dengan tidak beralih arah.. Semoga pisang tidak berbuah duah kali. lain kali tengok betul2 dulu…


Tinggalkan komen




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 114,259 Pengunjung