Menggapai Ikatan Suci : 1

ksl-1

Hampir 4 tahun aku mengenalinya, itupun aku tak pasti usia perkenalan aku dengan si dia yang sebenarnya.Sejak di universiti lagi aku dah niat nak kahwin degan si dia. Masa terus berlalu. cita menggapai ikatan suci itu aku tak pasti. Jawabannya ada dua. Gembira, atau aku kan kecewa.

” Ana bagi masa sampai bulan 3, kalau tak, ana kahwin dengan orang lain ” kata Ana dalam smsnya.

Ya Allah ! apa harus ku lakukan. Besar sungguh dugaan yang aku lalui. Aku nak ikatan suci itu, aku nak, aku nak sekarang berlaku. Puas juga aku luah kat mereka, maksudku mak ngan abah ku. Tapi, jauh dilubuk hati ini, begitu memahami. Aku, mak dan abah bukanlah datang dari orang kebanyakan.

” Mak ! bila nak pergi rumah bapak Ana ? ” tanya ku sungguh-sungguh ingin kepastian kapankah mereka nak pergi berjumpa dengan keluarga Ana.

” Ko ada duit ke ? mak kalo ada duit, sekarang juga nikahkan ko ! ” jawab mak aku laju

Sebak juga, simpati pun ada. Bukan salah mereka. Mereka malu nak jumpa sebab aku tak ada wang. Mereka ada maruah. Aku juga ada maruah. Tapi sampai bila aku nak pertahankan maruah, sedangkan jiwa aku meronta inginkan ikatan suci itu ? Ya Allah, aku tahu ini dugaan buatku. Susah aku nak terima bila ….

” kalau abang sayang dengan ana,  kahwin cepat, tak ada duit bukan alasan ” jelas ana tegas

Inilah yang buat aku mati kutu. Aku selalu berpegang ” Islam itu mudah dan tak menyusahkan ” tapi kenapa aku masih begini ? Abi Ana dah pesan kat aku berulang kali, bila nak datang ke rumahnya.Nak saja aku terus terang, yang kami sekeluarga tak ada wang tambang nak datang ke sana. Paling kurang kena ada RM 500 baru boleh jalan. Tapi aku malu. Ya Allah, murahkanlah rezeki ahli keluarga ku”

Dan kini …..

Aku masih lagi berilusi,dan terus bermain dengan perasaan.

” Agaknya, apalah yang kan jadi kat aku kalau si Ana kahwin bukan dengan aku ? ” itu persoaalan yang sering bermain di kepala aku, sebab apa yang nak aku gapai ialah ” ikatan suci itu ” dan itulah yang namanya ikatan perkahwinan ….

Bersambung ….
* watak Ana = teman wanita AKU dalam cerita ini.

4 Responses to “Menggapai Ikatan Suci : 1”


  1. 1 Nuriman Januari 13, 2009 at 11:39 pm

    salam..amboi ustaz tulis novel ke ..waduh bahasanya tinggi sekali….tahniah…….

  2. 2 Life Of AKU The Episode Januari 14, 2009 at 1:45 pm

    salam … novel ? hhehe, buat gempak ja … x adalah … agaknye ntah bila nak kluar episod yang kedua ni …..

  3. 3 diana Januari 16, 2009 at 7:23 am

    Salam..🙂
    berdoa banyak2-..insyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.

  4. 4 nazir Mei 14, 2009 at 9:36 am

    tahniah Mal..teruskan novel ‘Pembangkit Jiwa’ seperti nio..mudah2 blh dijadikan tauladan..Aku pun kenal kau gak..tp byk lagi yg tk tau..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: