Takdir Yang Tak Sudah

Sekitar jam 6 kurang 15 minit lagi, bulan Januari hari yang ke-4 tahun yang 2 ribu dan 9.

Assalamualaikum wbt,

Petang ni , masuk hari ke-3 aku berada di bumi yang jirannya tempat orang hindu beribadah, namanya Batu Caves. Tak pelik, tapi benar. Semua orang berhak dan ada hak untuk berada di mana-mana yang dia kehendaki, tapi tak semestinya apa yang dikehendakinya atau yang diingininya itu betul-betul berlaku melainkan dengan izinNya. Cerita aku yang lama dah terhenti ini bakal disambung dengan berbagai persoalan, (ini sekadar sangkaan aku) bergantung pada bahagian yang aku terima untuk meneruskan penulisan blog ini.  ‘Ala kullihalnya, sekarang aku masih mencari indentiti aku di dalam blog ni. Adakah Life Of Aku ni ‘Aku’, juga ‘saya’ juga ‘ana’ atau ‘sesiapa sahaja. Rasa-rasa nak guna yang mana. Dalam posting aku, kadang-kadang aku guna ‘aku’ sebab bila aku cuba untuk menulis , aku jadi mudah. Kadang-kadang ‘aku’ itu aku tak gunakan, dan aku gunakan ‘saya’ sebab bunyinya sopan. Takpalah, yang pasti ini blog aku, saya, ana dan sesiapa sahaja.

Baiklah, kita ‘go back’ pasal ‘3 hari’ yang aku maksudkan tu. Sebenanrnya, aku telah melebarkan sayap aku (walaupun hakikatnya manusia tidak bersayap) terbang kembali ke alam persekolahan, pengkuliahan, dll. Maksud aku, aku dah jadi student UIA dalam bidang Diploma Pendidikan . Namun, segalanya belum muktamad. Aku masih ‘taraddud’ (koyo mangan berutu mengikut perumpamaan org jawa ) maksudnya kejap rasa komfem nak teruskan, adakalanya aku nak hentikan saja.

Malam kelmarin, tidurku di tayangkan dengan satu mimpi yang aku tak tahu nak kategorikan dalam kategori apa, seram ke, umum ke atau dll. Aku berada di sekolah sebagai seorang guru, Tiba-tiba muncul anak muridku yang ganas, buat aku terkejut sebab ‘kurang diajar atau tak belajar’.  Apa maksudnya ? sangka ku, mimpi itu memberi maksud mengajat budak-budak masa kini banyak cabarannya, tapi kalau aku menjadi orang yang diaajar (student) mungkin tak seberat itu dugaannya, atau itukah ‘alamat’ atau ‘isyarat’ untuk aku menerima tawaran mengajar sebagai guru KAFA yang mana aku terima tawarannya beberapa hari yang lepas. …. wallah a’lam.

header

Pagi tadi aku diberi faham tentang perjanjian penajaan oleh BPG. Apa tu ? aku pun tak tahu sebelum ni, rupe-rupenya, Bahagian Pendidikan Guru yang mana penajaan akan dibiayai oleh ‘depa’ / BPG. Dia kata apa ? dia cakap ada tempoh sebulan untuk membuat keputusan samaada nak teruskan ataupun tidak. Fuhh ! (tanda lega). RM 310 dah pun aku keluarkan, tapi kalau aku berkeputusan untuk katakan selamat tinggal berbaloikah ? atau rugikah ? Duit, siapa tak sayang. Tapi aku lebih sayangkan hala tuju hidupku. Bukan maksud ku untuk berhenti, tapi andaikata itu hendaknya, maka itulah jawabannya daripada aku menanggung sengsara. Tapi dalam 3 hari aku di sini, ada ‘sakinah’ yang aku perolehi walau berbaur kekalutan. Kalut aku sebab ‘tak berani’ kalau-kalau aku tak mampu kerna aku harus berpijak pada bumi yang nyata bahawa aku insan kerdil dan dhoif.

Namun, aku masih mengharap dan terus berharap aku diberi petunjuk demi yang terbaik dari Rabbul Jalil untuk ku… Panjang juga cerita ku ini, aku bersyukur … aku bersyukur …. sebab apa ? nantilah aku cerita, kerna cerita ini semua tidak pernah sudah kerna takdir yang berpanjangan …. salam jihad untuk pejuang agama Allah ….

3 Responses to “Takdir Yang Tak Sudah”


  1. 1 hayad Januari 5, 2009 at 12:50 pm

    jd student? bestnyerrr

  2. 2 nuriman Januari 5, 2009 at 11:43 pm

    salam ustaz……..

    semoga diberkati Allah…..semoga segala impian akan tercapai sempena tahun baru hijrah ini……….

  3. 3 Life Of AKU The Episode Januari 9, 2009 at 8:37 am

    salam hayad, alhamdulillah ….

    sis nuriman, ameen … syukran atas doa yg diberikan … sis too


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,818 Pengunjung

%d bloggers like this: