Isu Sekadar Bahan Gelak Ketawa

Lama benar tidak bertandang ke blog ini, apatah lagi mengupdatenye. Inilah alasan yang selalu saya berikan. ‘Ala kulli halnya, senario yang berlaku pada hari ini berhajatkan kepada suatu kesungguhan dalam apa jua sekalipun perkara yang ingin kita lakukan. Nak nak lagi sekarang ni pelbagai mehnah dan tribulasi yang terpampang di depan mata khususnya buat para penjunjung agama Allah yang benar-benar ikhlas. Mungkin inilah topik yang harus dan selayaknya untuk dibincangkan bersama.

Sebelum ini, saya sempat menghadiri beberapa sesi usrah. Di mana diantara topik perbincangan yang diutarakan ialah berkenaan masaalah umat Islam baik dahulu mahupun sekarang. Kesimpulan yang dapat dikongsi bersama ialah, apa-apa pun, kalau loghat kedah ” dok tara mana pun ” Islam adalah jalan penyelesaiannya. Bila mana manusia tidak menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai dustur atau perlembagaan dalam hidupnya, maka sudah tentu masalah umat yang dimaksudkan itu tidak akan selesai.

Saya yakin kita semua sudah faham tentang masalah umat yang saya maksudkan itu. Nak-nak pada hari ini banyak isu-isu semasa yang berlaku begitu menggambarkan wujudnya permasalahan dan kepincangan dikalangan umat Islam. Dari bab tuduh menuduh, jenayah, sosial remajanya, dan bermacam lagi. Dan akhirnya, masing-masing menuding jari ” kau lah yang salah, kau yang betul “. Kadang-kadang isu yang berlaku bukanlah menjadi pengajaran, bahkan ia sekadar dijadikan bahan cerita untuk bersembang dan menghangatkan lagi pertemuan. Bibit-bibit yang menuju ke arah pemulihan jauh ditinggalkan. Maksudnya di sini, isu-isu ini perlulah dihadapi dan diatasi dengan penuh prihatin dan kesungguhan juga kesedaran. Apatah lagi ianya dikaitkan dengan Islam.

Muhasabahlah

0 Responses to “Isu Sekadar Bahan Gelak Ketawa”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: