Ucapan Hari Guru : Niat Ku Tak Kesampaian

 * ” Sebenarnya tak ada apa yang ingin diucapkan …dot.dot.dot… sebenarnya ustaz sedih , kebetulan ustaz akan menamatkan tugas sebagai seorang guru ganti di sini, dan kesedihan ustaz ini bukanlah disebabkan ustaz nak meninggalkan sekolah ini, tapi ustaz sedih sebab ustaz tak dapat mengajar kamu semua dan menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik, berdirinya ustaz di sini bukanlah atas nama guru yang ingin diingati, seperti mana ustaz dan ustazah-ustazah yang lain. Ustaz ni hanya sementara saja, dan apa yang ustaz harapkan dari kamu semua, agar kamu semua sentiasa menghormati guru dan belajar bersungguh-sungguh. Kalau boleh hari guru ni tiap-tiap hari, dan ustaz tengok pon, kamu ada bawa hadiah yang nak diberi kepada ustaz dan ustazah. Kalau hari-hari, hari guru kan bagus. hehe …. tapi kalau boleh, ustaz dan ustazah-ustazah kena lah ingat juga murid-murid ” Tamat

Bismillah walhamdulillah, dah lama rasanya tak diupdate blog ni. Semangat untuk menulis yang tak konsisten. Walaupun hari guru dah pun berlalu. Tapi inilah modal yang saya ada untuk dikongsi. Pengalaman mengajar bolehlah dikatakan ramai yang memilikinya. Namun, ceritanya itu yang kadang-kadang berbeza. Apa yang kita miliki, hadapi, terima ini sebenarnya semua tanggungjawab. Apatah lagi bila diberikan tanggungjawab menjadi seorang murabbi atau pendidik. Rasa gundah gulana akan menghantui diri kita bilamana orang yang dididik tidak seperti yang diharapkan. Mana silapnya ? Inilah perkara yang mesti dinilai dan diperhalusi serta dimuhasabah. Kadang-kadang, kedegilan anak-anak kecil itu memberikan keinsafan kepada kita.

Hadiah hari guru

Bukanlah saya mengharap. Tapi dua tangan yang ada ini terpaksa menerima. Waktu itu, hati kita mampu tersentuh. Lagi-lagi bila ada picisan yang berbunyi

” ustaz, saya minta maaf sebab tak dapat mengaji dengan ustaz “

ungkapan yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan disampilkan bersamanya sebuah kotak kecil yang berisi butang baju melayu

Siti Sarah nama diberi. Sebelum ini, anak kecil bernama Siti Sarah ni pernah meluahkan rasa hatinya yang dia ingin mengaji. Keinginannya itu mungkin datang dari cetusan pertanyaan saya kepada murid-murid darjah tiga tentang mengaji. Maisng-masing menjawab

” ustaz ! saya mengaji dekat rumah, dengan ustazah jannah, ustaz ! saya ngaji kat rumah , mak yang ajar “

dalam ramai-ramai itulah, ada seorang anak kecil yang bernama Sarah. Dia hanya mendiamkan diri. Sebab apa ? Mungkin kesempitan hidup yang dialaminya. Tapi jawabnya bila ditanya,

” bapak saya tak bagi ngaji, dia tak nak bayar “

Wallah a’lam. Macam-macam tafsiran yang boleh dibuat dengan ungkapan seperti itu, lagi-lagi yang melafazkannya adalah seorang anak kecil yang taklah kecil sangat, 9 tahun. Tampak benar kesungguhannya untuk mengaji, tapi saya hanya mampu berharap, akan ada insan lain yang akan mengajarnya mengaji tanpa mengenakan bayaran. Hadiah yang banyak, mahal dan mengujakan itu bukanlah segalanya. Yang penting adanya komunikasi sebagai seorang insan yang ingin disampaikan sudah cukup memberikan keinsafan walaupu tanpa sebarang hadiah.

* sebenarnya ucapan hari guru di atas tu, bukanlah benar-benar terucap di bibir, dan didengar oleh murid-murid dan guru-guru, itu hanyalah sekadar suara hati yang tidak sempat untuk diluah, tapi jika saya diberikan kesempatan untuk berucap, mungkin itulah ucapannya …..

5 Responses to “Ucapan Hari Guru : Niat Ku Tak Kesampaian”


  1. 1 nuriman Mei 28, 2008 at 1:53 am

    salam alaik..

    Mudahan akan mendapat berkhidmat lagi untuk anak bangsa…kalau dekat2 akak dah hantar Hafiz belajar mengaji di musim cuti sekolah…………selamat hari guru..

  2. 2 khairulnizambakeri Jun 1, 2008 at 8:20 am

    KNB berpindah ke http://nizambakeri.blogspot.com
    Pautan blog anda sudah tersenarai di blog tersebut.
    Harap maklum.

  3. 3 marahman Jun 17, 2008 at 7:00 am

    Pengalaman mengajar pastinya mematangkan diri kita untuk menjadi yang terbaik. Ingatan dari seorang pelajar terhadap diri kita sebagai guru dapat menenangkan & menyejukkan hati kita betapa dapat mendidik moral mereka agar menjadi orang yang lebih berakhlak dari sebelumnya (walaupun tak semua).

  4. 4 hayad Jun 18, 2008 at 4:14 pm

    lama tak updet???

  5. 5 Life Of AKU The Episode Jun 19, 2008 at 1:26 am

    Waalaikumussalam :

    sis nuriman : manfaatkan masa yang ada semaksima mungkin

    hayad : betul tu, keadaan yang tak mengizinkan .. apatah lagi kat rumah tak ada internet,

    marahman : betul tu .. sebenarnya kita ni adalah pendidik, atau murabbi, paling kurang kita sebagai murabbi pada diri sendiri


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: