
Dalam gerakan Islam (jamaah Islam) usrah bererti keluarga yang wujud disebabkan pertalian aqidah Islam, di mana dikalangan ahli usrah mempunyai kefahaman (fikrah) perjuangan yang sama dan saling menyedari akan kewajipan berjihad di jalan Allah dalam memartabatkan agama Islam demi mencapai keredhaan-Nya.
Rukun usrah terbahagi kepada 3 iaitu :
1) at-ta’aruf (berkenalan)
2) at-tafahum (memahami)
3) at-takaful (tolong-menolong).
Diantara matlamat usrah ialah :
1) memperkukuhkan semangat persaudaraan dam tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul, serta memupuk semangat Bantu membantu diantara ahli usrah
2) Meningkatkan kefahaman tentang Islam dan memahami hubungan diantara ahli usrah serta memupuk semangat bertindak secara berjemaah.
3) Melahirkan generasi yang mengenali Islam sebagai deen dan Negara dan melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian meliputi semua bidang.
4) Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia berjuang di jalan Allah.
Usrah takkan terlaksana sekiranya tiada ahli usrah dan ketua usrah (naqib). Usrah merupakan salah satu agenda pendidikan (tarbiyah) yang sepatutnya disertai oleh umat Islam masa kini bagi memastikan Islam dapat difahami dengan selayaknya dan memastikan kesatuan dikalangan umat Islam serta mengelakkan permusuhan dan perpecahan. Moga kita semua istiqomah. Buat tuan puan, pakcik makcik, kakak abang, ustaz, cikgu, adik, selamat berusrah !
Usrah.
Sesuatu yang memualkan saya semasa belajar di universiti dahulu. Kumpulan Usrah yang diusahakan oleh kakak-kakak Pengajian Islam tidak kena dengan jiwa saya. Kononnya, saya merasakan hal-hal begini tidak perlu kepada paksaaan sehingga sanggup datang ke bilik, menjemput dan sesekali menarik tangan kita supaya menyertainya.
Kini, saya menyesal kerana mengada-adakan alasan semata-mata merasa diri hebat dan tidak perlu bersama mengutuhkan silaturrahim sesama saudara dengan mengikuti usrah.
itulah namanya tarbiyah,