Kisah Kampung Tumbuk

Mal, tadi masa kenduri kahwin, dia orang cakap ‘mereka’ bela khinzir – jelas mak, tentang ‘sok-sek’ segelintir pihak berkenaan isu projek babi di Kampung Tumbuk sewaktu di majlis kenduri kahwin yang lepas

Mereka yang dimaksudkan itu adalah orang-orang PAS. Wajarkah lontaran dan tuduhan yang dilemparkan itu ?

Saya bukanlah orang yang pernah melihat dan masuk ke kandang babi, tapi di persekitaran kandang-kandang babi itu berdiri tegaklah saya telah dibesarkan. Kalau dahulu, saya kenal dan rapat dengan Kampung Tumbuk Darat adalah disebabkan dusun durian dan kebun kelapa  milik arwah datuk saya dan juga saudara mara yang ada di sana, namun kini saya mengenalinya lebih dari itu.

Simpang masuk ke Kampung Tumbuk Darat

Saya mengenalinya bukanlah disebabkan kandang babi yang terbina, kerana kandang-kandang yang ada telah wujud sejak saya kecil lagi, tapi saya bertambah mengenalinya dikala ini dengan isu yang diperjuangkan oleh seorang ketua kampung dan segelintir anak-anak buahnya.

Saya bukannya ingin memperkecilkan perjuangan mereka, tapi takkah kita ingin tahu, bila anda mendengar ada yang mempersoalkan perjuangan mereka?

Mana Karam Singh Walia ?, pertanyaan dari sepupu saya yang membuka minda

Saya terpaku seketika,  betul juga apa yang ditimbulkan. Perjuangan Wak Tarmudi adalah membantah kelulusan yang kononnya diberikan oleh kerajaan negeri sekarang kepada pengusaha projek ladang khinzir. Kerana apa ? Pencemaran atau …….

Kandang khinzir yang terdapat di kg tersebut, namun tak pasti kandang tersebut masih beroperasi atau tidak

Jika pencemaran, mengapa tidak dari dahulu lagi isu ini diperjuangkan, bahkan jika dipandang dari satu sudut, projek yang bakal dilaksanakan ini adalah jauh lebih baik daripada membiarkan kandang-kandang khinzir yang ada terus beroperasi. Pengalaman selama berbelas-belas tahun hidup berdekatan dengan kawasan yang hampir dengan kandang khinzir memang suatu pengalaman yang mengerikan. Baru-baru ini juga ada dipaparkan bagaimana keadaan pesisir pantainya, salirannya yang kotor. Sebelum isu ini ditimbulkan, sejak awal tahun 2008 lagi saya telah mendengar bahawa Wak Tarmudi pergi ke Jerman untuk melihat ladang khinzir moden di sana. Sepupu saya yang juga merupakan salah seorang penduduk Kampung Tumbuk, bercerita, sebelum ini mereka ada membincangkan dan memesyuaratkan berkenaan hal ini, tapi tiada bantahan. Ini bermakna mereka setuju. Bukti juga ada jika di sesetengah blog atau laman web memaparkan gambar wak Tarmudi dan Dr Karim (ADUN Tg. Sepat) bergambar di ladang khinzir di Jerman.

Sesiapa saja yang melalui jalan sekitar kawasan penternakan khinzir pasti akan menghidu bau busuk

Begitulah al-kisahnya perjuangan wak Tarmudi dan segelintir anak-anak buahnya. Saya tak memperkecilkan atau mempersenda perjuangan mereka. Akan tetapi saya timbulkan isu ini untuk difikirkan bersama. Jika projek ladang khinzir moden ini dibatalkan atas sebab bantahan yang dibuat oleh wak Tarmudi, maka apa tindakan mereka seterusnya ? membiarkan ladang-ladang babi yang sedia ada mencemarkan keadaan sekitar yang telah sedia tercemar, atau memusnahkan kandang-kandang tersebut ? Wallah a’lam ….

Penduduk Kampung Tumbuk Darat

4 Responses to “Kisah Kampung Tumbuk”


  1. 1 fiqsan April 22, 2008 at 11:57 am

    mal, lama tak dengar berita walau apapun teruskan usaha untuk terus menulis.. ni ade skit kronologi tentang isu khinzir kat kg tumbuk http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/

  2. 2 hayad Mei 3, 2008 at 3:09 pm

    suka la header blog neh.thanx for adding me. i add u also🙂

  3. 3 mohdaliman Jun 3, 2008 at 10:40 am

    mal…camne knal je yang pakai kopiah tu…
    atuk sedera akulah.. heee takbir? pe projek mngguni…

  4. 4 hasanordin Mac 25, 2012 at 5:49 pm

    Berusahalah meningkatkan ilmu pengetahuan supaya kita sendiri dapat menjadi pemimpin yang dapat menyelamatkan agama bangsa dan negara yang tercinta ini


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: