Nafas Baru

Alhamdulillah, dengan menumpang ruang yang sepatutnya khusus untuk tugas yang lain, cc juga menjadi tempat destinasi kedua saya sementara menunggu tugas utama saya yang hampir selesai lebih kurang jam 11 pagi nanti. Jam dua setengah, sepertimana kebiasaannya, saya sudah berada di sekolah dan itulah yang sepatutnya. Kebetulan minggu ini adalah minggu ujian bagi murid-murid sekolah rendah agama . Maka, atas tujuan itulah saya sempat singgah ke cc, sementara menunggu kertas-kertas soalan yang sedang di ‘photostat’ di kedai siap.

Dulu saya pernah mengimpikan ingin mempunyai satu blog atau laman yang sempurna dari segi penampilannya, hasilnya banyak masa yang saya habiskan untuk mencatikkan blog ini. dan apabila difikir kembali,

 nak cantik tapi isi takda kualiti buat apa !

Akhirnya, saya tinggalkan blog ini dengan penampilan ala kadar saja, namun, bila menjengok blog-blog lain, saya rasa terpanggil untuk melihat ‘theme-theme’ terbaru yang disediakan di sawang wordpress ini. Hasilnya, apa yang anda lihat pada ketika ini, itulah usaha saya . Apa pun, bagi saya ia masih kelihatan biasa. Bukanlah ‘Nafas Baru’ yang saya letakkan itu, bermakna akan ada kejutan atau keistimewaan yang bakal saya tampilkan selepas ini. Sebenarnya ianya  sekadar ‘suka-suka’.

Sekejap tadi, saya sempat menjengok blog dari blogger terkenal Roslan SMS, ohhh ! tak sangka rupanya blog tersebut juga telah bertukar wajah. Tapi bila dikaji, memang betul pun, kebanyakan blogger-blogger terkenal hanya menampilkan paparan pada blognya ala kadar saja, tapi setiap isi entri dan artikelnya begitu bermakna seperti Saiful Islam dot com dan ramai lagi.

Header yang saya tempelkan itu, sebenarnya gambar yang saya ambil sewaktu saya berada di Mesir ketika raya haji. Suasana yang tak dapat saya lupakan, apatah lagi bila mengimbasnya kembali dengan sorotan-sorotan gambar seperti itu. Mungkin anda juga akan berasa sedemikian jika anda berada di tempat saya. Titisan air mata batin yang tak mampu diungkapkan. Entri kali ini, sekadar celoteh Life Of Aku, dalam mengekpresikan perasaan yang terbuku di sanubari ini. Salam ceria.

 

Berikut ialah header yang saya maksudkan, saya telah tukarkannya dengan header yang lain

3 Responses to “Nafas Baru”


  1. 1 azraie April 16, 2008 at 1:38 am

    a’zim…
    mantap betul…
    lame x jumpe nta… dtg la phg🙂

  2. 2 nuriman April 16, 2008 at 3:11 am

    salam alaik ustaz..berwajah baru blog ni ya ustaz..sy pernah jugak nak tukar kaler blog sy tp entahlah tak menjadi…nak kena belajar lagi tu..wordpress ni susah kalau nak di bandingkan dgn blogspot bagi sy…betui ke atau sy yg tak reti hehehe……..

  3. 3 Life Of AKU The Episode April 17, 2008 at 2:44 am

    to sis nuriman : wasalam, xdalah, betul tu, blogspot banyak dia punya ‘function’ yang boleh diubah, dari segi html nye, macam wordpress ni kalau nak, kena bayar kalau tak silap lah…

    oh ust jaie, haah la, lama tak jumpa, insyaAllah,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: