Komunikasi Berkesan

Semalam baru saja selesai menghadiri kursus di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) Sabak Bernam, selama 3 hari . Alhamdulillah, dengan beberapa objektif yang ingin dicapai, saya rasa ianya telah membantu semua peserta kursus menjadi lebih berkeyakinan dan berilmu.

Kursus Imam Surau bagi Daerah Petaling dan Sepang

Suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saya ke sana bukanlah atas tiket saya ini sebagai imam suarau. Tapi atas ajakan tuan imam di tempat saya dan bagi memenuhi tuntutan dan kefardhuan menuntut ilmu serta peluang yang ada. Dengan kehadiran peserta yang majoritinya sudah berpangkat pak cik. Saya dapat mengenal bermacam ragam orang. Sudah tua, tapi sifat keremajaan tu masih terpancar di sesetengah peserta. Boleh berlawak, bergelak, menyakat. Apakah mungkin ia terjadi disebabkan beradanya mereka di dalam suatu kursus atau program ? atau memang sifat mereka begitu ? Namun, bukan itu yang menjadi fokusnya, akan tetapi ialah berkenaan penampilan seseorang itu. Adakalanya kita kenal seseorang itu di dalam kelompok masyarakat umum, dia hanya berdiam. Manakala bila dia berada di dalam suatu kelompok yang sebegini (sebagai kelompok yang menyertai kursus) lain pula penampilannya. Oleh sebab itulah, mengenali seseorang tidak memadai hanya sekadar mengetahui nama dan sedikit profil dirinya. Kebetulan pula, komunikasi berkesan menjadi salah satu tajuk utama yang diperbincangkan dalam kursus tersebut.

Komunikasi berkesan

Pada mulanya, saya dan beberapa peserta sendiri masih belum dapat menangkap mesej yang ingin disampaikan oleh penceramah. Dengan meletakkan segelas cawan yang berisi air di atas tempat berucap sambil bertanya kepda kami

nampak air ni tak ? ada tak komunikasi padanya ?

Selepas beberapa paparan slide show serta penjelesan tentangnya, baru saya faham bahawa setiap makhluk ada komunikasinya. Dan bila ia dikaitkan dengan persepektif islam, maka ianya menjadi lebih kompleks. Contohnya, hubungan kita dan masyarakat. Walaupun kita tidak menggunakan mulut kita untuk bercakap sesuatu kepada seseorang, cukup hanya di dalam hati, itu juga dikatakan komunikasi. Tapi bila menyebut komunikasi berkesan, ianya lebih daripada itu bahkan merangkumi semua aspek komunikasi. Samaada melalui percakapan, perbuatan, ataupun lintasan hati. Merujuk pada fokus yang ingin disampaikan dalam ceramah tersebut, komunikasi berkesan yang dibahaskan ialah kumonikasi atau hubungan yang sepatutnya dilahirkan dalam diri peserta dalam membina masyarakat yang sentiasa mempunyai hubungan atas dasar aqidah islamiyah. Menolak fahaman dan dasar ‘nafsi-nafsi’, ‘kau-kau, aku-aku’.

” isy ! anak siapa tuh ? ketat betul seluarnya ! ” detik hati ahmad ketika terlihat seorang anak gadis yang tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat

Iya! itu juga dikatakan komunikasi. Namun, apakah cukup sekadar itu tindakan kita untuk merealisasikan sebuah komunikasi berkesan ? sudah tentu tidak memadai. Oleh sebab itulah, kita sebagai umat Islam khususnya, perlu ingat bahawa kita sesama muslim yang lain adalah bersaudara. Apa yang berlaku pada hari ini kita tidak dapat mempraktikkan ‘komunikasi secara berkesan’ sebaliknya melahirkan cara berkomunikasi yang negatif. Hasilnya

“Ahhh ! lantaklah dia ? “

” eh, kau anak sapa ? !!! bodoh, tak tahu aurat ke ? “

Moral : ” barangsiapa yang mengaku dan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu persuruh Allah maka dia adalah pendakwah ” oleh sebab itu, kita semua bertanggungjawa untuk mengingatkan sesana Muslim dengan menggunakan berbagai cara, dan diantaranya ialah dengan komunikasi berkesan

0 Responses to “Komunikasi Berkesan”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: