Kereta Rosak Vs Manusia Rosak

” Semalam dua-dua biji kereta rosak, satu terlanggar anjing, bumpernya pecah, satu lagi kereta habis minyak hitamnya ” – keluh wak mahfod

” Ya sama macam saya, kadang-kadang ada satu hari tu, semuanya rosak, tv meragam ” – sampuk abah

” Alaaa, aku tak kisah kalau barang yang rosak, tapi kalau orang yang rosak, rasa macam dah tak bermakna dah segalanya ” – ujar wak mahfo

Iya ! memang betul … kadang-kadang kita gelisah dengan kerosakan atau kehilangan barang kepunyaan kita. Orang kata tak senang tidur dibuatnnya. Namun sebenarnya ada perkara yang lebih meresahkan dan menganggu ketenangan kita iaitu bila telah rosaknya manusia.

Rosaknya manusia ?

Iya! rosaknya manusia tidaklah sama macam rosaknya kereta dan bukan itu yang saya maksudkan. Rosak manusia dengan kata lain ialah rosak akhlak, agama, dan jiwa manusia.

“kau pergilah, aku tengah tak sedap ni ” – kata wak ron tanda menolak ajakan wak mahfood untuk pergi mendengar ceramah

Bila ditanya, kenapa ? rupanya wak ron tak sedap badan dengan masalah anaknya yang semakin liar dan rosak akhlaknya. Iya ! rosak kereta dengan rosak manusia bukan sama ubatnya dan payahnya. Alahai ! saya juga terkejut melihat anak muda pada hari ini. Semakin hari semakin jauh dari cara hidup kemelayuan. Kemelayuan ? cukup saya letakkan kayu ukurnya disitu dan seandainya saya melonjakkan kayu ukur itu ke satu tahap yang lebih tinggi lagi, masyaAllah …. dari segi cara hidup islamnya sudah tentu lebih rosaknya.

Pengalaman beberapa tahun lalu yang telah ditinggalkan, rupa-rupanya tersingkap kembali dengan munculnya wajah-wajah anak kecil suatu masa dahulu setibanya saya menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini. Tak sangka, anak murid yang dahulunya masih hingusan, hari ini bisa menggegar hati kecil ini. Iya ! memang sudah berubah. Dengan menggayakan rantai besi dilehernya, motor EX5 ‘modified’ nya, anak-anak muda yang pernah menjadi murid-murid ku suatu masa dahulu lagak memecut laju motosikalnya ala-ala rempit.

Kejutan budaya  ?

Wallah a’lam.  Apalah nak jadi anak-anak muda zaman sekarang. Benarlah apa yang dikatakan oleh wak mahfood itu. Pening kita dibuatnya bila melihat muda mudi zaman kini rosak akhlaknya. Apatah lagi ada juga yang memberi ‘support’ kepada mereka-mereka ini untuk terus khayal dan hanyut dengan dunianya. TV pun tak semua cerita yang boleh ditengok, program-program yang dianjurkan pun tak semua boleh dihadiri, kawan-kawan yang memanggil-manggil juga tak semua boleh didekati.

“Ikut suka hati akulah nak pakai tudung kecik atau besar ? seluar ni ketat ke tak ? “

Apa perasaan anda bila mendengarnya ? bila kita menegur seseorang agar batang tubuhnya benar-benar disempurnakan tutupan auratnya ?

Bagaimana pula dengan ini ?

“alahh ! lantaklah ….. “

Kalau hilang sabar, mungkin penampar jawabnya. Cukup saya katakan, kita mulakan dari keluarga kita jika tidak mahu melihat rosaknya manusia. Allah juga ada berfirman, Jagalah ahli keluarga kamu dari api neraka.

Peranan ?

Kadang-kadang bila kita dah mainkan peranan kita untuk menjaga dan memelihara keluarga kita, diluar pula ada yang menduganya. Pendek kata semuanya memainkan peranan dalam membina ‘modal insan’ yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ini tidak , anak muda kini banyak dihidangkan dengan pelbagai program-program maksiat dan tak memberi manfaat. Konsert-konsert, program realiti tv berbentuk hiburan semata-mata menjadi agenda utama pihak yang mempunyai kepentingan, juga memainkan peranan dalam merosakkan dan mematikan ruh dan jiwa-jiwa manusia lantas terhasillah manusia yang rosak.

Tindakan

Banyak perkara yang perlu diutarakan apabila berbicara tentang tindakan yang seharusnya dilaksanakan bagi membendung masalah kerosakan akhlak dan yang seumpama dengannya. Namun begitu, cukuplah saya sebutkan satu saja tindakan dari bermacam-macam tindakan yang mesti dilaksanakan, iaitu lah :

 Didiklah masyarakat kita dengan cara hidup Islam

3 Responses to “Kereta Rosak Vs Manusia Rosak”


  1. 1 Jowopinter Februari 11, 2008 at 9:17 am

    Salam.

    Tapi yang hairannya, ada juga manusia yang nampak kebobrokan manusia di sekelilingnya, masih lagi lena tidur….🙂

  2. 2 nuriman Februari 12, 2008 at 3:00 am

    salam ustaz…betul2 kita akan rasa gelisah bila barang yg kita syg rosak..tp tanpa kita sedar ada anak2 muda kita yg rosak iman, akhlak dan sebagainya lagi….rosak barang boleh di perbaiki atau boleh beli yg baru tp kalau manusia rosak ianya mengambil masa yg lama utk pulih manakan tidaknya…kerana banyak sangat terhidangnya benda2 yg merosakkan manusia ni di depan mata…….manusia lebih suka memilih hiburan dari menghadirkan diri kemajlis2 ilmu melainkan kepada yg berminat sahaja………waallahuaallam mohon maaf kalau tersalah silap…….

  3. 3 bosz Februari 12, 2008 at 9:13 pm

    lama tak baca blog ustaz kamal..best bila dapat entri baru…begitu bermakna…lagi best kalau dapat us kamal cerita pengalaman atau cerita kehidupan us kamal di Malaysia sekarang…..
    selamat berjuang sahabatku


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 107,817 Pengunjung

%d bloggers like this: